Thursday, May 10, 2012

[JomTadabur] Duniawi

Pernah tak melihat orang-orang yang hebat urusan duniawinya? Walaupun dia tak menuruti ajaran agama Islam, tinggal solat, makan rasuah, main judi. Usahanya untuk menjadi kaya dan hebat berjaya. Semakin hari semakin kaya, semakin hari semakin hebat. Semakin hari semakin nampak gah.

Cuba tadabur ayat 18 dari Surah Al-Isra' (17):




Maksudnya: Barangsiapa mengkehendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di (dunia) ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan baginya (di akhirat) neraka Jahanam; dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.


Begitula amaran Allah sejak beribu tahun yang dulu.

Itu untuk yang memilih kehidupan dunia. Bagi yang memilih kehidupan akhirat, InsyaAllah ada ganjaran yang terbaik sedang menanti.

Terpaksa la bukak Al-Quran dan sambung tadabur ayat 19, 20 dan 21 ea.  ^___^


Pilihlah yang membawa keuntungan di sini dan di sana.


Pesanankhidmatmasyarakat:

"A man that decides to change on the 12th hour dies on the 11th"

~Kebaikan itu berlegar-legar di kalangan orang-orang baik~





6:12am, 10 May 2012
BF, Brisbane



0 comments:

Post a Comment

Komen anda..