Monday, May 28, 2012

[JomTadabur] Berapa hari kita di dunia?

Dalam kesibukan kita sehari-harian, dalam kelalaian kita sehari-harian, dalam kealpaan kita sehari-harian, dalam gelak ketawa kita sehari-harian, dalam kekecewaan kita sehari-harian, dalam apa jua situasi kita sehari-harian, pernah tak kita terfikir berapa lama kita berada di dunia ini sebenarnya?

Jawapannya bukan dari saya. Bukan dari mana-mana ustaz ustazah. Tapi dari ayat-ayat Allah SWT.

Cuba tengok dan lihat dengan mata hati kemudian berfikir dengan akal Islam ayat 112-115 dari Surah Al-Mu'minun:


Maksudnya: Dia (Allah) berfirman, "Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?"


Maksudnya: Mereka menjawab, "Kami tinggal (di bumi) SEHARI atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung." 


Maksudnya: Dia (Allah) berfirman, "Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar saja, jika kamu benar-benar mengetahui."


Maksudnya: Maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?"



Saya bukanlah penafsir mahupun fasih berbahasa Arab dan teror dengan bahasa Al-Quran. Tapi bukankah Al-Quran itu untuk kita SEMUA, jadi pastinya kita juga patut memahaminya dengan setakat yang kita boleh faham.

Apa yang saya cuba nak kita sama-sama renung dari lima ayat di atas berserta ayat-ayat sebelum dan selepasnya dalam Al-Quran, adalah kehidupan kita ni pendek, pendek sangat, ianya hanyalah diibaratkan seperti sehari.

Pendeknya kehidupan kita tu, tapi kita masih lagi sempat bermalas-malasan, masih lagi sempat ke konsert K-pop berbanding kelas agama, masih lagi endah tak endah dengan masalah umat, masih lagi menolak kebaikan, masih lagi meninggalkan perintah Allah, terutamanya solat?

Barangkali kita lupa kita bakal mati. Dan saat tu kita tidak lagi ada peluang untuk melakukan kebaikan. Saat itu juga kita sudah hilang peluang untuk jalankan suruhan Allah. Saat itu kita rugi dan menyesal.

Sama seperti orang lain saya juga cepat alpa. Iman turun dan naik dan membentuk 'graf gergaji' tu. Pada pagi hari membaca Al-Quran, tengaharinya membaca kisah artis, malamnya mungkin kembali insaf dengan membaca kisah Syria. Andaikata malaikat maut datang mencabut nyawa saya pada ketika seronok membaca kisah artis itu, maka rugilah saya. Rugi dan hina kerana tidak mati ketika sibuk dengan kerja dakwah, rugi dan hina kerana tidak mati ketika sibuk dengan ibadah padaNya.... T_T

Seketika tadi, saya bermalas-malasan. Malas dan tiada semangat untuk ulangkaji, malas dan tiada semangat untuk menyiapkan kerja sekolah. Dengan alasan ngantuk dan penat sebab puasa, sebab sejukkk.... Dari minggu lepas lagi rasa nak ketuk diri sendiri sebab rasa penat dan tak bermaya bila puasa.. Padahal tahu je puasa tidak pernah ada kaitan dengan penat, kecualilah ada masalah kesihatan. Ngada-ngada kan? Tak lain tak bukan ini kerja cik syaitan dan cik nafsu diri yang dididiknya... Cik Iman pulak layu dan terkorban. T_T

Sebab tu kadang-kadang atau dengan bahasa yang lebih sesuai, kita seharusnya sentiasa belek-belek dan tadabur dan tanamkan ayat-ayat Allah itu di hati.

Bila baca ayat-ayat di atas, dapat semangat dan tersedar. Betapa 'ignorance' nya saya. Sibuk dan penat (kononnya) 2 hari lepas, sampai tak ambil tahu apa yang terjadi di Syria.

Pada saat-saat bermalas-malasan kita itu, cuba:


  • baca ayat-ayat Allah dan fahami dengan hati
  • ingat pasal mati, kalau nak tahu mati itu pasti atau tidak, cuba ingat ahli-ahli keluarga yang sudah pergi selamanya... (setiap kali terigat arwah, saya akan sedih dan sedar mati itu pasti T_T)
  • ambil tahu, baca artikal, tengok gambar saudara seislam kita di Syria, di Palestin
  • cuba renung dan bandingkan dengan apa yang berlaku di Malaysia (konsert K-pop? whatttt?)
  • kembali pada diri sendiri, cuba tanya apa aku patut buat dan apa yang aku dah buat?
  • dan lakukan apa yang patut kita lakukan itu, ketepikan yang tidak patut dan yang menghalang
  • jika alpa sekali lagi, ulang dari langkah pertama tadi













2:10pm, 28 May 2012
BF, Brisbane



0 comments:

Post a Comment

Komen anda..