Saturday, May 5, 2012

[JomTadabur] 15:16 ....:::Star Watching::::....

Mulakan dengan satu soalan.


Apa yang kita rasa apabila memandang ke langit dan melihat bintang beribu beserta bulan penuh dan ada awan-awan terbang sikit-sikit?





Jawapan saya:

Seronok dan menenangkan!

Betul tak? Ada tak orang yang rasa serabut dan macam nak bunuh diri (ok! ekstrem) bila tengok bintang yang bergemerlapan di langit?

Tak ada kan? 


Samada dapat rasai ketenangannya atau tak rasa apa-apa.
*yang tak rasa apa-apa, tolak ketepi, ada masalah lain nak kena settle tu*

Biasannya kita akan rasa tenang kan bila memandang ke atas dan melihat keindahannya?
Kenapa ya?

Kata kunci jawapannya adalah 15:16

Surah Al-Hijr (15)  ayat 16:



Maksudnya: Dan sungguh, Kami telah menciptakan gugusan bintang di langit dan menjadikannya terasa indah bagi orang yang memandang(nya),


Tu je nak kongsi, sebab rasa ayat-ayat al-Quran ni menarik.


Jom tengok bintang sama-sama walaupun kita berada di benua berbeza ^____^





7:33pm, 5 May 2012
BF, Brisbane






0 comments:

Post a Comment

Komen anda..