Wednesday, May 2, 2012

[Jom Tadabur] 13:31

Kalau dulu kita pernah beberapa tahun atau mungkin lebih sepuluh tahun kita baca Al-Quran tanpa pernah mengambil kira maksud terjemahannya, mungkin sudah sampai masanya hari ini kita mengambil kira dan memahami terjemahannya.

Kita pernah tak pandai baca Al-Quran
Kita pernah baca Al-Quran tanpa terjemahan
Kita pernah baca Al-Quran tapi tidak faham
Mungkin sudah sampai masanya kita baca Al-Quran dan tadabur.

Kadang-kadang bila kita baca terjemahan dan tadabur ayat-ayatNya, tak semestinya kita akan faham dan rasa ayat itu berkaitan dengan kita.

Kenapa ya?


Sebab setiap ayat tu istimewa. Mungkin kerana kita yang tak melayakkan diri kita untuk faham ayat tersebut. Contoh mudah, kalau ayat tersebut pasal kemenangan kepada orang berjihad, memang la kita tak rasa apa-apa, tak rasa seronoknya kemenangan itu, tak rasa 'motivasi' di sebalik ayat tersebut, KALAU kita sendiri TAK pernah berjihad.

Sekadar berkongsi.

Tapi, InsyaAllah, nak berkongsi satu ayat pagi ni.

Surah Ar-Ra'd (13), ayat 31.

Sebelum tengok terjemahannya, mari kita renung kehidupan kita.

Macam-macam yang kita lalui setiap hari. Ada yang susah dan ada yang senang. Tapi saya berani jamin, setiap orang dari kita telah dan akan melalui kesusahan dan kekecewaan dalam hidup. Lepas satu, dan satu dan satu lagi dan satu lagi. Tak akan pernah berhenti sehinggalah nyawa ditarik pergi. Dan kadang-kadang bila hal-hal tersebut berlaku, segala persoalan keluar. Kenapa? Mengapa? Bila? Bagaimana? Siapa? Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain? Macam mana nak teruskan? Tak bolehkah macam tu? Tak boleh kah macam ni? Macam mana nak lalui? Dan pelbagai soalan-soalan lain.

Bukak Al-Quran (13:31), kita akan jumpa ni,

"Sebenarnya segala urusan itu milik Allah."

Thats it!

SEGALANYA milik Allah.
Fahaminya dalam-dalam, kita pasti tenang.

Dan kalau kita tengok sekeliling kita pula, terutamanya bagi sahabat yang berada di luar negara, tambah-tambah lagi di sebuah negara bukan Islam, pernah tak terfikir, kenapa aku Islam dan dia bukan Islam? Kenapa tak semua penduduk Bumi ini menganut satu agama yang sama sahaja? Bukankah Allah Maha Berkuasa?

13:31

"Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa sekiranya Allah mengkehendaki (semua manusia beriman), tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya".


Tapi bagi orang beriman yang berfikir, pasti dia akan bersyukur sangat, dia terpilih menjadi orang beriman itu. Menjadi orang yang diberikan hidayah. Menjadi orang yang celik dan  nampak mana hitam dan mana putih. Tak takutkan kita andai Allah hentikan hidayah dan petunjuk itu?

Fikirkan!



Terjemahan lengkap ayat 13:31:

"Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan itu gunung-gunung dapat digoncangkan, atau bumi jadi terbelah, atau orang yang sudah mati dapat berbicara, (itulah Al-Quran). Sebenarnya segala urusan itu milik Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa sekiranya Allah mengkehendaki (semua manusia beriman), tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya. Dan orang-orang kafir senantiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi dekat kediaman mereka, sampai datang janji Allah (penaklukan Mekah). Sungguh, Allah tidak menyalahi janji."



...:::: Kalaupun tak mampu faham semua, jangan sampai abaikan semua ::::......



2 May 2012, 6:33am
BF, Brisbane




0 comments:

Post a Comment

Komen anda..