Tuesday, May 8, 2012

Hari Pertama Masuk Islam

Bila ya hari pertama kita masuk Islam?
Pada hari lahir kita la kan? 
Atau sebelum itu lagi sebenarnya...

Apa yang kita fikir pada hari lahir kita?
Hadiah? Tunggu ucapan-ucapan hari lahir?
Berapa orang Friend kat facebook, dan berapa orang yang wish
Siap kira percentage bagai

Itu ke yang kita lakukan pada hari pertama kita masuk Islam dan ulangtahunnya?

Abu Bakar pada hari pertama memeluk Islam sudah pun menyeru orang lain kepada Islam
Sahabat-sahabat lain juga begitu
Rasulullah SAW apatah lagi
Tak senang duduk mereka bila agama Islam itu tidak disampaikan
Tak lena tidur kerana memikirkan hal-hal umat
Tak apa tak kenyang makan, asal dapat menyumbang untuk Islam


Terfikir

Apa yang kita sumbangkan untuk agama?
Berapa orang yang kita dah sampaikan Islam padanya?

Soalan yang berat.

Selalu sahaja rasa tak mampu untuk menyampaikan Islam pada orang lain
Sedangkan itu tanggungjawab wajib

Dan kerana kelemahan yang lemah itu,
Saya memilih untuk bertahan dengan jalan tarbiyah, jalan dakwah
Mungkin tak nampak bilangan orang yang berjaya diislamkan
Tapi Allah nampak sekecil-kecil usaha yang mneyumbang kepada agamaNya
Hatta hanya dengan menolong memasak dan mengemas dapur
Kira ok la tu kan?




## terfikir, selepas mendengar recording SH 2010 ##




8 May 2012, 9:13am
BF, Brisbane


0 comments:

Post a Comment

Komen anda..