Wednesday, May 9, 2012

[Film] Naskhah Cinta Rasulullah



Sekadar berkongsi satu filem dakwah generasi muda.

*Sila tonton dulu baru baca di bawah*

Memang, kadang-kadang filem dakwah generasi pemuda ni tak boleh lari dari mesej cinta remaja.

Tapi insyaallah video di atas membawa pendekatan berbeza.

Ramai yang menegur, menasihati, BERcinta (maksudnya melakukan aktiviti-aktiviti bercinta) itu haram. Tapi bagi jiwa seorang remaja, mereka sukar untuk menerimanya kerana mereka akan mempersoalkan, jika itu tidak boleh, apa yang boleh?

Dengan kata lain, mereka perlukan 'substitution'. Yang pasti ruang kosong di hati itu tetap perlu diisi.

Dan bagi remaja Muslim, isilah hati kita dengan cinta padaNya, cinta pada RasulNya.

Saya cabar setiap dari kita untuk belajar BERCINTA dengan Allah dan Rasul. Kalau berjaya hangat bercinta dengan Allah dan Rasul, pasti cinta manusia lain akan datang dengan mudah. Tak perlu usaha pun, akan datang dengan sendirinya (bak kata mereka yang berpengalaman).

Tapi, bukan mudah kan? Memang pun.

Who said it will be easy, no one.  I just want to say that it will be worth it  ^_^

Daripada BERCINTA yang mudah tapi dosa, baik BERCINTA yang susah tapi pahala + akan dapat yang mudah tu jugak. 


InsyaAllah. Dengan izinNya. Mintak dengan DIA.




p/s: ending cun! very easy, jimat kos, tak perlu scene pape, but yet meaningful ! :D




8:49pm, 9 May 2012
BF, Brisbane



0 comments:

Post a Comment

Komen anda..