Friday, April 27, 2012

Kias Cinta

Jam 2:27 pagi Jumaat,

Cik Semangat dan Cik Iman berjaya kalahkan Cik Nafsu Tidur dan Cik Syaitan Penghasut.
*clap*

Kerana mengantuk sangat-sangat jam 11 tadi, terpaksa juga mengalah pada fitrah walaupun assignment belum siap. Walaupun terpaksa pejamkan mata, tetap juga berniat kena bangun balik ni.
"Tidur tempat cik housemate, nanti cik housemate tu balik, mesti tersedar dan bangun"

Jam 1.30 terbangun. Cik housemate sedang betulkan selimut untuk tidur. Dia kata "tidur je la kat situ". Kalau ikutkan nafsu mengantuk, tarik comforter, tidur balik. Tapi sambil pejam mata sedar tak sedar, buat 'pilihanraya' sikit.

Entah mana datang Cik Semangat, bagitahu:


"Kena bangun! siapkan assignment! ingat balik Al-Adiyaat. kena kerja keras! "

Masuk bilik air, Cik Iman cakap, "ambikla wuduk"

Maka tunduk dan sujud la seorang hamba itu dalam kedinginan pagi bumi kanggaroo.

Kembali menatap skrin~~~

Seperti biasa, sebelum buka buku yang sepatutnya, mukabuku dulu yang dibuka. Pendek cerita, terlayan la nasyid di bawah:



Rasa macam pernah dengar sebelum ni. Tapi entah kenapa malam ini terasa ter- hayati liriknya.

Di luar sana, dalam kesejukan pagi musim luruh ini, dapat didengari suara-suara 'abang mat'* yang riuh rendah. Baru balik dari party, bar dan sewaktu dengannya, mungkin. Bukanla suara 'abang' nya sahaja, cik kak nya pun ada. Walaupun yang terdekat ini adalah kolej lelaki, tapi diorang ni bukannya ada istilah 'kawasan larangan'.

Itulah dunia kejahilan.

Pernah suatu malam Jumaat, kami keluar pintu pagar rumah, dengan pakaian seelok yang mungkin untuk ke KELAS AGAMA dengan Syeikh Aslam di uni, berdepan dengan mereka yang keluar pintu pagar kolej kediaman mereka dengan 'pakaian mereka tu' untuk ke PARTI.

Hitam dan putih kehidupan. Itulah dia.

Ketika pulang dari kelas Syeikh Aslam, pernah kami ditegur 'abang mat' yang nampak 'gembira semacam', "are you girls dress up for party?". Whaaatttt!!?? Seorang dengan jubah, seorang dengan baju kurung, seorang dengan pakaian kasual. Dress up for party?? huhu...TT__TT

# antara perkara menakutkan duduk negara bukan Islam ni bila malam minggu, berselisih dengan lelaki-lelaki, terutamanya yang dalam group, pastu pegang botol, lagi la. perempuan pun sama. menakutkan jugak.... *scary*

Tapi itula tarbiyah paling berharga di luar negara ni.

Dapat melihat hitam dan putih secara jelas. Tiada yang kelabu. Kerana tiada istilah yang kelabu itu pun sepatutnya. Kalau pilih kelabu, kita sudah pun jauhi putih, dan mungkin sahaja kelabu itu kelabu yang menghampiri hitam. Tiada kompromi sepatutnya di situ. Kerana di akhirat juga hanya ada dua. Samada syurga atau neraka. Tiada syurka (syurga+neraka).

Buatla 'pilihanraya' diri sendiri sentiasa. Kalau perlukan BERSIH 1.0 untuk bersihkan hati, usahakan dan kerjakan, kalau tak berjaya dan perlu diperbaiki lagi, sambung dengan BERSIH 2.0, 3.0, 4.0, 5.0 dan seterusnya... Tapi pastikan BERSIH itu bersih! :D


*abang mat= mat salleh


Selingan, petikan lirik yang ter-hayati:

.......................................................
Tika dalam gelita
Atau sepi kembara
Dihadirkan rasa cinta
Sisih segala duka
Anugerah dariNya

Hanyalah cintaNya
Yang amat ku harapkan
Tiada lain yang jadi rayuan
Namun Dia Maha Mengerti
Tak mampu insan bersendiri
Menempuh dugaan yang menguji
Naluri...

Tak akan ku persia
Limpah rahmat Yang Esa
Bagaikan jalinan warna
Yang menyulam cahaya
Biasan kasihNya

Moga tak diuji
Asyik cinta duniawi
Mengharap teduh redha Illahi
Kerna segala kurnia
Hadirnya hanya pinjaman
Sungguh ku syukuri kesempatan
Bahagia..





Sungguh, ku bahagia dengan kesempatan ini, moga menjadi hamba yang bersyukur.
Pernah tertanya-tanya macam mana nak dapatkan cinta Allah yang kemudiannya secara tak langsung Allah bagi cinta manusia. Masih berusaha dan akan terus berusaha. Namun ku syukuri setiap yang dianugerahkanNya. Sentiasa menghargai rasa rindu, kasih dan sayang kepada setiap jiwa yang telah, sedang dan baru dikenali, pastinya rindu, kasih dan sayang keranaNya. Moga dapat berkumpul di taman-taman syurga, InsyaAllah. Berusaha untuk melayakkan diri ini di taman teristimewa itu... 



pesanankhidmatmasyarakat (highly recommended!):

JANGAN LUPA BACA SURAH KAHFI HARI INI !
(CAPSLOCK tanda penting!)



~kembali kepada cik assignment, moga Allah redha kebersamaan kami. Wallaweh! (erk! tapi serius, moga Allah redha, kalau tak sia-sia la tinggalkan cik katil)~










27 April 2012 3:24am, 
BF, Brisbane
...::: Alhamdulillah, BF dah dapat internet hari ni. ::::....






0 comments:

Post a Comment

Komen anda..