Monday, April 2, 2012

Kak, orang fasik tu mcm mne?


Pada suatu petang, sambil menunggu bas, satu mesej diterima.

"Kak, orang fasik tu mcm mne?"

Sambil mata memandang ke arah bas datang, risau takut-takut bas dah sampai, otak ligat berfikir pasal soalan seorang adik ini.

Saya suka random questions and random thoughts.

Sebelum salah jawab, saya tanya ustaz google dulu pasal orang fasik. Syeikh Aslam kat Friday Class kat uni selalu cakap guna teknologi untuk dakwah (tapi dia selalu promote ipod sebenarnya... huhu). So, kita guna la kan?

Setelah bas sampai, dan dapat duduk dengan tenang, saya jawab mesej tersebut:


"Org fasik tu org yg lnggar perintah dan hukum Allah dgn sngaja.. Dia tahu hukum ssuatu prbuatan tu haram, tp dia buat jgak.. Jujurnya, kita mnusia yg lemah ni sgt senang nk terlanggar printah Allah, dh tau tp buat jgak.. Dgn kata lain kita mgkn saja prnh trgolong atau sedang berada dlm golongn org fasik.. Wlaupun dosa kecik tp kl brterusan, sama sj.. Istighfar bnyk2, amalkan solat taubat n sllu hadirkn rasa brdosa dgn Allah tu.. Itu jgak nikmat n bukti kasih syg Allah bila Dia hadirkn rasa berdosa tu.. Terima kasih ___  for asking this question. Awk mmbuatkan akk brfikir n trsedar, diri ini sllui lalai"

Jawabnya:

"Ok, faham dah.. tq akak.. sebab de bce translation surah taubah, Allah ckp x kan bagi petunjuk kat org fasik..."

Tersentap! yang part tak diberi petunjuk tu...

Ditarbiyah mad'u sendiri...

Kadang-kadang mereka yang sedang berdikit-dikit untuk berubah itu lebih berhati-hati sebenarnya...

Mungkinkah seseorang yang bertudung labuh, berbaju labuh, bercakap hal-hal agama, sibuk dengan kerja dakwah (katanya) itu juga tergolong dalam golongan orang fasik?

Mungkin saja!

Bilamana melakukan dosa-dosa kecil tersembunyi secara berterusan......




0 comments:

Post a Comment

Komen anda..