Sunday, April 15, 2012

Jatuh cinta lagi

Kerana cuti sekolah, seminggu tiada post di TZ.

Agak tiada kaitan di situ, tapi itulah hakikatnya. Bilamana tibanya cuti sekolah (baca: cuti uni), jadual penuh. Usah kan nak bukak TZ dan mencontengnya, nak duduk atas kerusi dan menatap skrin cik biru (laptop saya!) yang comel ni pun tak sempat. Alhamdulillah, mulai pagi ini, InsyaAllah dapat bersama cik biru kembali.

Nak berkongsi kisah cinta seminggu yang lalu.

Sepanjang minggu aritu tak sedar pun sedang bercinta dengan tema; dalam hati ada taman, dalam taman ada bunga. Hari ini baru tersedar, rupanya saya sudah jatuh cinta lagi!


Seminggu yang berlalu dengan jalan-jalan (baca: jaulah) mencari cinta dan menyemarakkan cinta.

Mencari cinta dengan insan-insan berhati tulus yang baru dikenali, menyemarakkan cinta dengan insan-insan istimewa yang sudah dikenali dan yang paling berharga adalah menyemarakkan cinta dengan jalan dakwah dan tarbiyah yang mendekatkan diri ini padaNya.

Segala puji dan syukur dikembali kan kepada Allah Yang Maha Esa.

Secara ringkas apa yang saya lalui seminggu yang lalu:
  • berjalan-jalan selama dua hari satu malam bersama awek-awek cun (yang sebenar: akhawat yang disayangi) dan adik-adik
  • bermain kayak bersama (pengalaman pertama!), main laser tag (pengalaman kedua!), tadabur alam, bermain istana pasir di pantai (kembali menjadi kanak-kanak! layannn~.....), tengok matahari dan bulan di barat dan di timur yang kemudiannya datang ikan lumba-lumba yang terlepas dari laut agaknya (mungkin nak sertai bulatan gembira tepi muara kitaorang kot :D)
  • setelah pulang dari jalan-jalan bersama mereka, kemudiannya saya sertai jalan-jalan yang satu lagi keesokannya
  • berdebar-debar, itulah perasaan awal pagi tu. Tapi insyaAllah bersedia untuk berjalan-jalan berobjektif dengan muka-muka baru yang hatinya masih tulus mulus.
  • bermusang terbang bersama (baca: flying fox), naik kereta kuda bersama, tengok sunrise dan baca mathurat bersama, kutip epal dan strawberry bersama, bermain 'dragon ball' bersama dan ber movie night, Valley of the Wolves bersama, berjalan-jalan di taman lavender bersama
  • sehari selepas jalan-jalan kedua, Alhamdulillah dapat sertai Islamic Convention dengan tema Muslims Making A Difference di uni. Walaupun agak 'weng' sedikit, tapi dapat manfaatnya, InsyaAllah

Mencari Cinta dan Jatuh Cinta

Bermusafir bersama, makan bersama dan tidur bersama.

Itulah cara terbaik untuk kita mengenali seseorang. Walaupun hanya beberapa hari dan beberapa jam bersama, dan dari zero saya mampu Alhamdulillah untuk mengenali mereka setakat yang Allah izinkan.

Melihat ada yang mengalirkan airmata terharu, mendengar kata-kata syukur dan gembira mereka, melihat wajah 'innocent' mereka, masakan tidak jatuh cinta?


Menyemarakkan Cinta

Melihat insan-insan ikhlas yang bertungkus lumus sedaya upaya untuk menjayakan program, rasa cinta semakin bertambah. Mendengar dan melalui kisah orang sebalik tabir yang menjadi tulang belakang sangatla mengagumkan. Mana nak cari orang yang rela dan sanggup melakukan semua ini? Selain dari wanita yang bernama ibu, saya hanya jumpa nilai-nilai itu dalam diri gadis bergelar akhawat. Yang sanggup berjaga malam, yang sanggup tersenyum riang gembira melayan sahabat dan adik walau hakikatnya dia penat dan mengantuk, yang sanggup berkorban banyak masanya.

Tak tengok lagi bagaimana mereka berdepan dengan ujian. Lumrah jalan ini berduri. Dan normalnya adalah untuk tertusuk duri. Jika tidak tertusuk duri, berhati-hatilah dengan apa yang telah dilakukan. Adakah betul atau tidak. Atau sebenarnya ada cabaran besar yang tidak disedari.

Malang tidak berbau, bak kata pepatah orang tua. Tapi orang mukmin berkata, tiada istilah kebetulan dalam Islam. Tiada siapa yang akan menyangka kemalangan kecil akan berlaku, tapi Allah punya aturan nya terbaik. Kerana hal yang berat itu, kemanisan ukhuwah itu semakin jelas. Kebersamaan itu semakin terasa. Kesabaran itu semakin teruji. Jiwa-jiwa yang terpilih semakin hebat pastinya. Allah menguji tanda kasihNya, dan saya, lebih sayang dan kagum dengan jiwa insan yang diuji. Dalam diam, saya 'admire' orang-orang itu. ^_~

Jatuh Cinta Lagi!

Ya, saya jatuh cinta lagi! Jatuh cinta lagi dengan dakwah dan tarbiyah.

Masakan tidak, saya ditarbiyah oleh jiwa-jiwa 'innocent' yang tulus mulus itu dan akhawat-akhwat hebat yang sanggup korbankan segalanya termasukla mengosongkan account bank! Tapi masih mampu bergurau senda dan tersenyum gembira. Mana nak cari, bagitahu saya.

Setakat ni, saya hanya tahu yang dakwah dan tarbiyah sahaja yang mampu membentuk jiwa hebat sebegitu.

Jatuh cinta lagi jugak melihat pengorbanan dan kesungguhan seorang murabbi yang muharrik, terasa lebih bersemangat. Terasa ada harapan. Terasa bunga di taman kembali segar.
Alhamdulillah untuk segalannya Ya Allah.

Walaupun masih mengengsot menyulusuri jalan terhebat ini, saya kembali dapat kekuatan dan kegembiraan untuk terus berada di sini. Onak dan duri, sila ketepi!


Akhir kata

Walaupun banyak ujian dan mehnah di jalan ini, dengan tanggungjawab belajarnya, dugaan peribadi, cabaran dalam kerja dakwah, cabaran dengan ukhuwah, cabaran emosi, cabaran untuk meningkatkan dan mengekalkan tarbiyah dzatiyah dan sebagainya la, bermanfaat pada masyarakat dan tinggalkan kesan dengan kerja dakwah itu adalah bekalan terbaik menuju ke syurga. Itu adalah konklusi terpenting saya yang saya dapat daripada Islamic Convention (Bne).

Hadiah untuk sahabat yang sudi membaca hingga ke bawah:

Satu video yang disyorkan sendiri oleh Ustaz Zahazan........ Terimalah, (ianya bukan sekadar iklan)









2:20pm, 15 April 2012
Dorothy Hill Engineering and Sciences Library, BNE





0 comments:

Post a Comment

Komen anda..