Sunday, April 22, 2012

Carilah kematian

Carilah kematian, di situ ada kehidupan.

Dulu-dulu, saya takut untuk menggunakan perkataan mati dan berbicara tentangnya apatah lagi untuk membayangkannya. Sebab apa yang terbayang adalah gambar jenazah putih pastu mungkin juga kerana orang melayu ni selalu mengaitkan hal ini dengan cerita-cerita hantu. =_=

Tapi, semakin lama, semakin cuba untuk sedarkan diri pasal kematian tu.

Ianya sangat dekat dan sememangnya pasti.

Satu-satunya hal yang pasti adalah MATI ITU PASTI.
Saya tak mampu nak pastikan saya dapat habiskan post ini sampai ke hujung atau tidak, tapi yang pasti saya akan MATI.


Beberapa hal yang berlaku pada cuti musim panas hari tu dah sedikit sebanyak menyedarkan diri ini tentang kematian. Ditambah lagi dengan kematian bapa saudara (ahli keluarga terdekat yang pertama yang meninggal dunia) beberapa minggu lepas. Semakin hari semakin sedar dan semakin suka untuk ingat mati. Entah la, tapi sekarang ni rasa gembira bila diri ingat pasal mati sebab saya rasa saya masih boleh jadi bijak. BijakSANA, walaupun saya tidak bijakSINI.

"Orang yang bijaksana adalah orang yang mengingati kematian DAN bersedia ke arahnya"

Post selingan di tengah keserabutan menyiapkan report. Mungkin sahaja ini malam terakhir hidup saya, tapi tetap kena usaha untuk siapkan jugak. Bukankah ada hadis Nabi yang berbunyi:

“Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum berlaku kiamat,maka hendaklah dia menanamnya dengan itu dia mendapat pahala”


Itulah kehidupan ini. Kena sentiasa ingat mati supaya tidak terikat dengan dunia. Tapi pada masa yang sama, jalanilah kehidupan dan berusahalah sehabis baik untuk menanam apa jua benih yang ada di tangan!

Tapi jalanilah kehidupan ini sebagaimana yang diperintahkanNya. Pilihlah cara kematian kita. Dan pastinya cara kematian kita ditentukan oleh cara hidup kita.

Jangan takut dengan mati, kerana ia adalah 'pintu' kepada kehidupan yang kekal abadi. Mestila seronok kan kalau dapat jumpa 'pintu' untuk sampai ke suatu tempat yang kekal abadi, dan pastinya seronok itu memang seronok bilamana kita sama-sama berada di taman-taman syurga.

Sangat-sangat nak bersama orang disayangi di taman syurga.

Jom ingat mati dan bersedia ke arahnya!



p/s: Alhamdulillah sampai ke penghujung post. Masih belum mati. Jadinya, perlu terus menanam. 





10:28pm, 22 April 2012
Gatton

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..