Wednesday, April 18, 2012

Antara itu dan ini

Antara itu dan ini
Antara baca Al-Quran dan kerja sekolah
Antara akhirat dan dunia
Antara Allah dan manusia

Seusai menyelesaikan tanggungjawab memasaknya di rumah sewa kerana hari itu adalah gilirannya, si gadis bergegas solat Zohor sebelum keluar rumah dan berjalan ke universiti. 
Kerana takut terlambat sampai ke uni, si gadis tersebut mengalah dengan hasutan syaitan dan tidak menunaikan solat sunat rawatib. Hanya solat fardhu yang entah khusyuk entahkan tidak yang ditunaikan. Selesai solat, iman yang senipis kulit bawang di hatinya mengingatkan, 'bacalah Al-Quran dulu'. Al-Quran tafsir biru itu dipandang sepi. Syaitan kembali menghasut, "nanti lambat sampai uni, lambat boleh start buat kerja sekolah, nanti lambat siap". Kerana iman yang lemah, si gadis mengiyakan hasutan syaitan tersebut. Maka bersorak gembiralah syaitan yang terlibat.  
Sampai di uni, si gadis membukak laptop kesayangannya. File kerja sekolah dibukak. Misinya hari ini untuk menyiapkan semua soalan untuk 4 practical reportnya. Kesemuanya berjumlah hampir 15 soalan. Masa yang dia ada adalah dari jam 12 hingga 5 petang termasuklah waktu untuk solat asar lebih kurang 10 minit. Kalau ikut secara logiknya, dalam tempoh tersebut, sudah pasti dia mampu siapkan kesemua soalan tersebut, namun realitinya, hanya dua soalan yang mampu disiapkan! MasyaAllah! Habis itu, masa yang panjang itu diguna untuk apa? Bila direnung-renung, 'entah', itulah jawapan yang keluar. Punyala semangat nak sampai ke uni untuk siapkan kerja sekolah tengahari tadi sampaikan nak baca Al-Quran 5-10 minit pun rasa 'memakan masa'. Hambik! Buang masa dan sia-sialah kalah dengan syaitan terbabit. 

Pengajarannya, "Jagalah hak Allah, pasti Allah akan menjagamu"



ps: adaptasi kisah benar

mood: tolongla insaf! TT___TT





0 comments:

Post a Comment

Komen anda..