Friday, March 9, 2012

Teknik Sandwich

~Sandwich kat kedai Pakcik Google~

Mari berkenalan dengan sandwich. Asas pembentukan sandwich yang normal:


  • Satu keping roti yang lembut kat atas
  • Tuna dan timun yang keras di tengah
  • Satu keping roti yang lembut di bawah

Sebenarnya, bukan nak ajar buat sandwich tapi nak bagitahu teknik sandwich dalam topik magnet diri.

Saya dapat ilmu ini ketika mendengar segmen Magnet Diri kendalian Amin Idris dalam rancangan Assalamualaikum di TVAlhijrah pagi ni. Sempat aje saya ini streaming kat library ni.... hehe..... 

Teknik sandwich ni merupakan teknik yang perlu kita lakukan bila kita menjadi pemimpin. Pemimpin yang pemimpin tu, dan termasuk juga kategori seorang ibu dengan anaknya, seorang guru dengan anak muridnya dan sebagainya la.


Macam mana nak tegur kawan kita, anak murid kita, anak kita, anak buah kita dan juga anak usrah kita bila mereka melakukan kesilapan ataupun memang ada sesuatu yang kita perlu tegur:

Terus sembur ke?
oo... ok... memang akan terbakar la....
banyak belajar dari pengalaman..... 


Tak boleh!

Kita kena aplikasikan teknik sandwich ni. Macam mana?

Mulakan dengan roti yang LEMBUT, iaitu beri PUJIAN..... Kemudian, diikuti dengan tuna yang KERAS tapi sedap lagi menyenangkan itu. Kita betulkan kesilapan dan sampaikan teguran tersebut dengan mencadangkan penambahbaikan beserta contoh. Kemudian letak lagi satu roti yang LEMBUT iaitu dengan memberi keyakinan dan kepercayaan.

Tuna yang keras itu perlu di kepit dengan dua keping roti yang lembut. Barulah jadi sandwich yang sedap. Macam itu la jugak memberi teguran. Kepit teguran tersebut dengan sesuatu yang lembut. Supaya orang tu dapat telan teguran tersebut dengan berselera tanpa tercekik dan tersedak.

Sebagai contoh, kita nak tegur seseorang yang menghasilkan tugasannya dengan agak cacamerba (eja sesuka ati), tidak seperti yang diharapkan;

Pertama sekali, puji dulu. Cakapla, 'Saya suka dengan cara awak bekerja. Bila disuruh, awak akan buat tanpa banyak soal." Kemudian, letak tuna yang merupakan part utama tu. Bagitahulah yang, lagi elok kalau dia betulkan sikit part ini, tambah sikit part ini, tak perlu lakukan part ini. Maksudnya, kita cadangkan penambaikan. Bukannya cakap dengan dia, ini salah dan tak patut. Tapi tak bagitahu apa yang patut. Kadang-kadang bukan sebab dia buat kerja tak elok, tapi sebab dia tak tahu apa yang patut dan apa tak patut. Akhir sekali, beri keyakinan dan kepercayaan. Cakapla, "Saya yakin dengan awak. Boleh buat punya. Tak susah pun. Awak mampu mengubahnya (ayat iklan)".

Kesimpulan resepi sandwich tu macam ni:

  1. Roti atas - Puji
  2. Tuna - Cadangkan penambahbaikan beserta contoh
  3. Roti bawah - Keyakinan dan kepercayaan 
# A leader is not a boss
Leader = bagi cadangan      vs                Boss = bagi arahan

Saya kongsi ini bukan nak suruh orang lain yang lakukan. Tapi untuk kita sama-sama praktikkan.

Kepada yang kenal saya, mesti akan mencebik muka baca ni. Saya tahu saya jenis lempar biskut kering je. Terus bagi yang keras dekat orang. Kalau bagi air teh sekali ok jugak kan, boleh celup-celup sebelum telan biskut kering tu.

Iklankhidmatmasyarakat (untuk jiran terdekat):

Saya minta maaf kepada semua yang terlibat dengan kes makan biskut kering saya. Saya pernah melakukan kesilapan dan saya berani je untuk melakukan kesilapan demi kesilapan. Sebab itu adalah guru yang paling ikhlas dekat dunia ini. Cuma untuk menjadi seseorang yang lebih baik, saya perlu dengan tak sengajanya melakukan kesilapan-kesilapan lain dulu. Itu lumrah alam. Kadang-kadang ditambah dengan hal-hal peribadi yang menyesakkan nafas, memang biskut kering je la yang ter- bagi. Tapi, untuk mengelakkan lagi ramai orang tersedak dengan biskut kering saya, lebih baik diam. Sampai la saya mampu memberi sandwich yang sedap. Tapi mungkin akan bermula dengan sandwich yang tak sedap dulu... hoho.....



Selamat ber- sandwich semua!




p/s: menulis ini sambil mendengar topik 'Second Child Syndrome' di Assalamualaikum. Satu point ustazah (panel terbabit) yang menarik. Ustazah ketengahkan tips pengendalian usrah dan halaqah dari ISHAB, iaitu Taaruf, Tafahum dan Takaful.... Usrah tu kan keluarga, tips ISHAB evergreen untuk mana-mana zaman, dan dalam apa jua situasi sebab ianya semua dari sumber yang benar.... (^_^)




11:35am, 9 Mac 2012
BSL, Brisbane

3 comments:

  1. Salam Ayu..

    teknik sandwich ini ada persamaan dgn artikel di blog ini.. http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com/2012/02/impak-teknik-nabi-di-dewan-memberi.html?m=1

    akak sering mengikutinya..

    akak juga pernah melakukan kesilapan.. memberi biskut kering.. dan insya Allah sedang berusaha utk memberi sandwich pula.. insya Allah..

    ReplyDelete
  2. Wksalam Kak Zuraini,

    Terima kasih dgn perkongsian blog Ustazah tu.... Terima kasih....

    Akak seorg yg ikhlas.... i can feel tht....

    Moga berkah Allah sntiasa melimpah utk akk! ^_^

    ReplyDelete
  3. Thank you for sharing. Saya sedang mendalami ilmu Teknik Sandwich untuk dipraktikkan. Thanks. :)

    ReplyDelete

Komen anda..