Tuesday, March 6, 2012

Tanda Diri Memberontak Bila Diuji



Pagi ni sempat 'blog jogging' ke blog Cik Atul. Scroll atas scroll bawah, mata terbaca post Memberontak? Untuk kali keduanya saya tersentap. Tapi sentapan yang biasa-biasa je la kali ini.

Apakah tanda-tanda kita memberontak apabila diuji?
Kata Imam Ghazali rahimahullah, “cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah ‘memberontak’ kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya!”

Saya pernah membaca satu post panjang itu di blog Ustaz Pahrol - Genta Rasa. Tajuk post adalah Rehatkan Hati.


Seperti biasa kebanyakan tulisan Ustaz Pahrol berkisar tentang persoalan cabaran dalam rumahtangga. Pada saya sama sahaja. Ianya dalam kategori ujian juga. Bagi yang belum berkahwin, ujiannya setimpal dengan situasi orang yang belum berkahwin. Bagi yang sudah berkahwin, ujiannya pasti setimpal dengan situasi mereka yang sudah berkahwin. Yang penting adalah BAGAIMANA kita berdepan dengan ujian tersebut.

Saya berani untuk mengaku yang respon saya sangat teruk bila diuji sedasyatnya tahun lepas. Negative thought yang sangat teruk juga pernah terlintas di fikiran. Sesuatu yang tak patut untuk difikirkan oleh seseorang yang berada di jalan tarbiyah. No one will know what it is.

Dalam tempoh nak bangun balik awal-awal tahun hari tu, saya terjumpa post Ustaz Pahrol tu. Tersentap hingga mengalir air mata sebab teramat malu dengan Allah. Malu sangat dengan tindakan yang dilakukan. Banyak sangat kebiasaan-kebiasaan yang saya tinggal dan saya tukar.

Teringat seorang adik pernah cakap, "Its not you Kak Ayu". Jawab saya dalam hati, "Yes, its not me. You're correct".

Tapi ianya bukan mudah untuk menjaga respon dan akhlak kita dengan Allah. Dengan secebis keimanan yang ada, hati tetap yakin pasti ada hikmahnya, tapi tindakan tak mampu mempamerkan keimanan itu. Kerana apa? Kerana pergolakan emosi dalam diri. Yang orang tak nampak. Yang sukar untuk dijelaskan.

Kadang-kadang kita mungkin terfikir kenapa susah sangat untuk kita terima takdir dan ujian itu? Kenapa teruk sangat rasa stress dan depression tu? Kenapa tak semudah orang lain? Kenapa kita rasa berat sangat dengan ujian yang tak seberapa itu padahal apa la sangat berbanding umat Islam di Syria, di Palestin?

Mungkin kerana Allah nak kita struggle dengan lebih kuat, lebih baik dari sebelumnya. Momentum yang sangat besar diperlukan untuk bangun dari kejatuhan yang teruk. Dan momentum yang lebih besar itu perlu untuk melonjak ke tahap yang lebih tinggi dari sebelumnya. InsyaAllah.

Untuk sahabat yang diuji, samada hal kecil mahupun hal besar, pesanankhidmatmasyarakat saya adalah:

jaga akhlak kita dengan Allah dan kekalkan dan perbaiki kebiasaan kita. paling kurang pun, kekalkan kebiasaan kita. 





6 Mac 2012, 8:50am
BSL, Brisbane


1 comments:

  1. Setuju, berdosa kita memberontak sebegitu rupa dengan Allah. Apabila diuji je "ahh, nak buat dosa lah." nauzubillahi min zalik.

    ReplyDelete

Komen anda..