Monday, March 5, 2012

Merasa diri hamba itu satu kekuatan

.....::: Bila resah, tengokla langit. Bukan hanya kerna langit itu biru dan biru itu cantik dan menenangkan. Tapi yakinlah andai Allah Maha Berkuasa mampu mengatur seluruh alam, inikan pula urusan kita yang menjadi salah satu dari susun atur alam itu sendiri. There will be a wondeful ending from Him, InsyaAllah :::....
Bukan mudah untuk melalui jalan kehidupan yang penuh dengan cabaran. Bilamana arah pelayaran asal telah diubah Pemilik Segalanya Yang Agung.

Antara yang menjadi kekuatan adalah kesedaran status diri yang bergelar hamba.

Hamba kepada TUAN Yang Maha Berkuasa.

Bilamana kita sedar kita hamba yang dimiliki sepenuhnya oleh Pencipta Yang Maha Suci, adakah kita layak untuk mengingkari dan melawan setiap takdirnya?

Bukan tugas kita untuk menguasai takdir hidup. Itu tugasNya. Jangan bertuhankan diri sendiri. Jangan sibukkan diri untuk melakukan tugas DIA. Tapi sibukkan diri kita untuk melakukan tugas kita yang bergelar hamba ini.


Hubungan Hamba dan Tuan.

Secara logik akal yang difahami oleh manusia normal, seorang hamba perlu melakukan setiap suruhan tuannya. Kalau disuruh masak nasi, masak nasi lah si hamba tadi. Kalau disuruh bersihkan tandas, bersihkan tandas la si hamba tadi. Kalau disuruh ke pasar tani membeli barang keperluan, ke pasar tani lah si hamba tadi. Walaupun dia sebenarnya lebih suka ke supermarket yang ada penghawa dingin berbanding ke pasar tani di bawah terik matahari. Tapi hakikat hamba, itulah tanggungjawabnya. Kalau melawan, pasti hujung bulan nanti, mungkin sahaja tak dapat gaji, mungkin dimarahi dengan teruk, mungkin jugak dijual dan dibuang terbiar.

Begitulah juga hubungan kita dengan Allah. Kita hamba dan DIA Tuan kita. Bukannya kita tuan kepada diri sendiri. Siapa kita untuk menjadi tuan andai untuk memastikan hidung itu sentiasa berfungsi untuk menyedut oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida pun tak mampu. Kalau kita yang mengatur sendiri hal itu, entah-entah hari ke 10, kita tertukar, sedut karbon dioksida, keluarkan oksigen.

Serahkan lah diri kita kepadaNya. Rasakan penyerahan diri itu. Andai ada rasa ragu-ragu, check balik iman dan hubungan kita denganNya.

Dan dalam apa jua situasi yang berlaku seharian, terima dan redha dengan takdirnya. Andai yang Dia takdirkn itu berbeza dengan plan kita, terima dan lalui lah perjalanan yang baru itu. Tahu, memang bukan mudah. Dan Dia juga Maha Tahu itu bukan mudah untuk hambaNya. Tahu, kita tak kuat nak lalui. Dan Dia pun memang Maha Tahu kita tak kuat. Dan sebab itulah hal itu yang Dia takdirkan, Dia sedang kuatkan diri kita la tu.

Hadirkan rasa hamba itu sentiasa. Ianya kekuatan untuk teruskan perjalanan. Sebagai hamba kita tiada hak untuk mempertikai urusanNya. Sebagai hamba, kita mesti redha dan bersyukur dan lakukan yang terbaik urusan kita. Lebih baik dari sebelumnya. Dia yang pegang perjalanan kehidupan kita. Tapi Dia nak tengok sejauh mana hamba dia berusaha dan bersungguh nak dapatkan sesuatu yang diimpikan itu.  Dia telah, sedang dan akan sentiasa sediakan yang terbaik untuk hambaNya. Dan pastinya untuk hamba yang disayangiNya. Macam mana nak jadi hamba yang disayangiNya?

Selalulah contact Dia. Selalulah bercerita denganNya. Dia menunggu dengan penuh kasih sayang yang mengatasi segala-galanya.

Hubungilah Dia sentiasa. Tak ada charge pape pun. Roaming? Confirm tak! Sebab Dia sangat dekat.




p/s: Jom berebut jadi hamba yang disayangiNya! (^_^)





5 Mac 2012, 11:05am
BSL, Brisbane
...::: semakin mengerti erti hamba ::::....

2 comments:

Komen anda..