Thursday, March 22, 2012

Hukuman


Hari ini dalam perjalanan ke uni, saya ternampak polis. Sebelum lintas jalan dah nampak kereta polis lalu. Curious jugak nak tahu kenapa. Tapi mungkin jugak saja-saja diorang kan jalan-jalan di pagi hari? (sebenarnya tak mungkin kot) Tapi rupanya mereka berhenti di tepi jalan dekat dengan kawasan uni. Dari jauh saya duk tengok apa diorang nak buat. Bila ada kereta lalu, ada la dua buah kereta kena tahan. Sebab tepi jalan tu hanya muat dua kereta sahaja (kawasan untuk drop orang), makanya dua kereta yang awal kena tahan. Bila berjalan makin dekat, cuba tengok apa diorang buat, rupanya check alcohol level.


Masa tu terfikir, tersangatla randomly pick kan penguasaan manusia ini? Padahal saya sendiri pun pernah je drive  di sini. Tapi setakat ni tak pernah lagi 'terpilih' macam tu. Pernah jugak dengar cerita kawan yang drive malam dan kena tahan untuk alcohol test. Yang alcohol test tu tak ada la takut pun, InsyaAllah ok je. Tapi kalau dah polis tahan tu, menakutkan la jugak. Kot-kot la ada kesalahan lain pulak kan. Buat nya time tu pile up (naik kereta lebih 5 orang) ke kan?

Tapi itu adalah penguasaan manusia. Yang randomly pick. Kadang-kadang terlepas kadang-kadang tidak.  Kalau ada kesalahan, kena saman on the spot.

Cuba bandingkan dengan penguasaan Allah. Dia memandang SETIAP hambaNya. Tiada yang terlepas walaupun seorang, walaupun sekecil mana pun kesalahan (ataupun kebaikan) yang dilakukan hambaNya. Cuba bayangkan, tetiba Malaikat buat macam polis tu. Tahan secara tetiba. Pastu check solat cukup ke tak? Kalau yang perempuan, puasa Ramadhan hari tu dah habis ganti ke belum? Kalau yang kaya raya kebabom tu, dah bayar zakat harta ke belum? Kalau yang memegang jawatan, amanah ke tidak dengan tanggungjawab tu? Pastu kalau jawapannya tak, terus kena hukuman, macam polis yang tinggal 'surat cinta' tu. Kalau dapat 'surat cinta' macam yang Abang Polis bagi, tak apa lagi. Tapi hukuman sebenar kepada orang yang tak solat. Apa dia ea? Fikirkan.

Ya la, betul jugak. Hukuman kat neraka tu macam melampau la kan untuk diberikan kepada setiap manusia yang berdosa ini tanpa diberi peluang untuk bertaubat? Tapi undang-undang yang Allah sediakan untuk dunia ni ada. Hukum hudud. Tapi kenapa kita tak buat pulak ea?

Kalau buat kesalahan dengan pihak penguasa, kita kena tahan dan kena bayar denda, dan memang kita akan bayar denda tu.

Tapi bagaimana pula kesalahan kita dengan Allah?
Jika merasakan diri tiada dosa dan kesalahan dengan Allah, hati-hati, sila semak balik iman kita. Bahaya sebenarnya bilamana merasakan diri baik dan tiada dosa. Saat merasakan diri tiada dosa itula, kita ada banyak dosa sebenarnya.

Rasulullah SAW yang maksum itu pun bertaubat hingga 70 kali sehari (menurut satu hadis). Inikan pula kita.

Bila tiada rasa berdosa tu, minta la dengan Allah,
"Ya Allah, bagilah aku kerendahan hati dan RASA BERDOSA padaMu dan bagilah aku hidayah dan taufiq untuk bertaubat padaMu"

Terapi yang bagus adalah dengan mengingati mati.


*Rasa macam nak letak je gambar jenazah yang dikapankan kat screen MBW nih... huhu... supaya sentiasa ingat mati dan jangan berfoya-foya sangat dengan dunia yang sementara ini*

Yang pasti, dan satu-satunya hal yang pasti, MATI ITU PASTI !




22 Mac 2012, 10:05am
Law Library, Brisbane









0 comments:

Post a Comment

Komen anda..