Friday, March 2, 2012

Getting lost to find myself

Lama rasanya tidak menconteng di TZ. Bukan setakat tidak menconteng, menjenguk pun tidak.

Bukan kerana tidak serius, tapi situasi yang tidak mengizinkan. Mungkin ianya sekadar alasan, namun itulah yang telah berlaku.

"Getting lost to find myself"

Saya mungkin telah melakukannya, mungkin juga sedang melakukannya, dan mungkin juga bakal melakukannya.


Kadang-kadang perlunya kita mempunyai personal time untuk diri sendiri dan merancang balik perjalanan kehidupan.

Perlunya membetulkan niat di awal, di tengah dan di penghujung setiap fasa kehidupan.

Apa yang dah berlaku?
Apa yang aku telah lakukan?
Apa yang perlu aku teruskan dan tidak perlu diteruskan?
Apa yang perlu aku ubah dan perbaiki?
Kenapa aku lakukan ini?
Kenapa tidak itu?
Aku yang pilih atau mereka yang paksa?
Apa tujuan aku lakukan semua ini?
Andai arah sudah berubah, adakah prinsip aku juga sudah terubah bersama?


Dan soalan yang paling penting:


Di mana Allah dalam tujuan hidupku?
Berada di depan, atau sudah tertinggal di belakang, atau memang tidak pernah berada dalam senarai? Nauzubillah!

Jangan tipu! Kita tak akan pernah memikirkan jawapan-jawapan kepada soalan-soalan kritikal itu andai tidak pernah muhasabah diri. Walau berbuih mulut orang lain (ustaz, ustazah, naqib, naqibah) memberi nasihat untuk muhasabah diri, kita tak akan jumpa semua jawapan itu jika tidak pernah memikirkannya dengan serius sendirian.

Banyakkan berfikir dan bermonolog dalaman. Berdiskusi dan bersoal jawab la dengan diri sendiri. Perhatikan setiap yang berlaku di sekeliling kita. Hatta dengan melihat seekor cacing yang mati yang sedang dikelilingi semut-semut di bawah terik matahari (terlihat ini dalam perjalanan ke uni pagi tadi). Dan pada masa yang sama, carilah ilmu. Mungkin dengan cara membaca bahan-bahan berfaedah, menghadirkan diri ke kelas-kelas agama, mendengar tazkirah, hadiri usrah, dan sebagainya. Dalam pada masa yang sama juga, jaga amalan-amalan ibadat. Dengan erti kata lain, jaga hubungan dengan Allah. Kesemuanya, SEMUA yang berlaku di dunia adalah di bawah kekuasaanNya. Andai setiap helai daun yang gugur adalah di bawah aturan kuasaNya, ini kan pula susunan kehidupan kita. Pasti DIA ada jawapannya.

Yakin padaNya!
Yakin padaNya!
Yakin padaNya!

And everything will be fine. InsyaAllah  (^_^)







9.40am, 2 Mac 2012
BSL, Brisbane



2 comments:

  1. Hisablah (muhasabah) diri kamu sebelum kamu dihisab di akhirat kelak!

    Jadilah orang yang khusyu'! yaitu orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya. [Al-Baqarah, 2: 45-46]

    ReplyDelete
  2. Jazakallahu khair dengan perkongsian ayat-ayatNya... ^_^

    ReplyDelete

Komen anda..