Thursday, March 8, 2012

Check Meter Ikhlas



Ikhlas : Sejenis Penawar

Petikan dari warkah Encik APG:

"Yang pasti penyakit ikhwah mandul ini tidal boleh dirawat dengan ubat-ubatan; Viagra mahupon kopi tongkat ali gelas besar. *koff koff tidak sesuai untuk bacaan kanak-kanak bawah lapanbelas tahun koff koff* Ia tidak juga boleh dirawat dengan membaca buku fikrah semata-mata, atau menghadiri ceramah itu dan konferens riang ini. Tidak.


Ia perlu dirawat dengan kefahaman yang benar tentang tabiat dan sifat jalan ini. Ia perlu diubati dengan gerak kerja yang asli, tanpa dipengaruhi dan dikotori oleh unsur-unsur yang merosakkan dan mengelirukan. Dan yang lebih utama, penawar penyakit ini yang paling berkesan adalah dengan hati yang ikhlas dan yang benar-benar mahu berubah, bebas daripada ego dan kepentingan diri sendiri. "


Seperti kebiasaan, tulisan beliau banyak mnegandungi kosa kata dan istilah yang tak berdaftar dengan Dewan Bahasa, jadinya saya cari satu je point penting dan fokus pada point tersebut sahaja.


Saya fokus pada perkataan IKHLAS.


Jenuh jugak nak fikir macam mana nak ikhlas. Adakah diri ini ikhlas? Macam mana nak tahu samada kita ikhlas ke tak? Apa nak buat untuk capai ikhlas tu.


*Sila kongsikan jawapan sahabat*


Ikhlas itu satu proses. Proses maksudnya ianya ada langkah-langkah tertentu yang perlu dilakukan. Proses juga maksudnya ada sesi 'melaksanakan' dan 'post-mortem' atau muhasabah. Kena ada ilmu, kena ada amal, kena ada muhasabah.


Menurut Imam Ghazali, ada tiga tahap ikhlas:


1) tahap hamba
2) tahap pedagang
3) tahap kekasih


Kalau tahap seorang hamba ini, kita buat sesuatu itu kerana kita takut tuan kita marah. Contoh, kita solat sebab takut Allah murka.


Kalau tahap seorang pedagang pulak, kita buat sesuatu untuk mendapatkan ganjaran. Contohnya, kita bersedekah sebab nak dapatkan pahala.


Dan kalau tahap ketiga, yang merupakan tahap ikhlas yang paling tinggi, kita buat atas dasar sebagai seorang kekasih. Kita buat ibadah sebab kita cinta akan Allah, sebab kita sayang hubungan kita dengan Allah.


Tak kisah la siapa pun kita. Samada yang berada di jalan tarbiyah mahupun tidak, pastikan diri kita ikhlas. Seorang pakcik pembacuh teh tarik di kedai makan juga ramai yang ikhlas, inikan pula mereka yang menggelarkan diri mereka akhi dan akhawat, muslim ataupun muslimat.


Langkah pertama adalah hadirkan persoalan dalam diri, aku ikhlas ke tak? 


Tapi kalau diri menjawab dengan yakin, Ya aku ikhlas! Watch out! Be careful! Pada saat tu, mungkin sahaja ikhlas kita hanya di bibir sahaja. Tidak lagi di hati. 


Kenapa begitu? Fikirkan.












12.30pm, 8 Mac 2012
BSL, Brisbane








2 comments:

  1. Sebelum ikhlas datang, kena ada kefahaman yang jelas dan benar.

    Hmm, ana kongsi sikit apa yang ana belajar

    3 Rukun Ibadah:
    1)Cinta: Cintakan Allah dan Rasul,ikut Rasulullah [2:165] [3:31]

    2)Takut: Takutkan azab dan murka Allah [32:16] [2:114, 150] [6:15] [39:9]

    3)Harap: Mengharapkan redha,rahmat dan ganjaran Allah [32:16] [39:9] [18:110]

    Wallahua'lam. Moga kita tergolong dalam golongan mukhlisin.

    ReplyDelete
  2. Jazakallahu khair!

    Somoga dibalas dgn kebaikan yg melimpah atas kesudian brkongsi ilmu....
    betapa pentingnya ilmu dlm beribadah.... sgt tepat!

    ReplyDelete

Komen anda..