Saturday, March 10, 2012

Caring nya Rasulullah SAW

Sebuah hadith tentang kepekaan Rasulullah SAW dengan anak muridnya:

عن مالك بن الحويرث قال أتينا رسول الله صلى الله عليه وسلم ونحن شببة متقاربون فأقمنا عنده عشرين ليلة وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم رحيما رقيقا فظن أنا قد اشتقنا أهلنا فسألنا عن من تركنا من أهلنا فأخبرناه فقال ارجعوا إلى أهليكم فأقيموا فيهم وعلموهم ومروهم فإذا حضرت الصلاة فليؤذن لكم أحدكم ثم ليؤمكم أكبركم
Daripada Malik bin al-Huwairith radhiyallahu ‘anhu bahawa beliau berkata: Kami telah datang kepada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam (untuk belajar secara intensif daripada Baginda). Kami ketika itu adalah anak-anak muda yang hampir sebaya dan kami tinggal bersama Baginda selama 20 malam. Kami dapati Baginda adalah seorang yang amat penyayang lagi santun. Suatu ketika, Baginda telah merasakan bahawa kami dilanda rasa rindu kepada ahli keluarga. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya kepada kami tentang keluarga yang telah kami tinggalkan di rumah. Maka kami pun menceritakannya kepada Baginda. 
Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Pulanglah kalian kepada keluarga semua, tinggallah bersama mereka, ajari mereka, anjurkan mereka untuk berbuat kebajikan dan melaksanakan solat sebagaimana kalian melihatku mengerjakan solat. Apabila telah tiba waktu solat, hendaklah salah seorang daripada kalian melaungkan azan dan hendaklah yang paling besar (tua) daripada kalian bertindak sebagai imam” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Ini merupakan kali pertama saya terbaca hadis ini. Hadis ini ada dalam salah satu post Ustaz Harizal. Dalam post tersebut Ustaz menceritakan sikap guru yang tidak peka dengan kemerosotan motivasi anak muridnya.

Seorang guru akan memarahi anak muridnya yang termenung dan tidak fokus dalam kelas kerana merasakan usahanya yang membuat pelbagai persediaan mengajar tidak dihargai anak murid. Tanpa si guru menyedari yang anak muridnya yang berusia seawal 9 tahun itu sedang termenung memikirkan pergaduhan antara ayah dan ibunya yang entah kali ke berapa malam tadi. Bukannya dia termenung dan saja-saja memandang rama-rama dan kupu-kupu bergaduh.

Mungkin Ustaz memilih isu cikgu dan anak murid. Tapi ibrahnya untuk diguna pakai dalam skop yang lebih luas. Tersangat luas.

Jika kita seorang ibu atau bapa, peka dan perhatikan perubahan emosi dan motivasi anak-anak. Jika seorang majikan, perhatikan anak-anak buah. Jika seorang kakak atau abang, perhatikan adik-adik. Jika seorang senior, perhatikan junior, Jika seorang murabbi, perhatikan mutarabbi kita.

Saya sebenarnya teringin untuk highlight yang last tu. Antara murabbi dan mutarabbi. Tapi.......... end up, termenung, start tulisss... then delete balik. tulis.. delete... tulis...delete.....  mungkin, delete yang terbaik. belum masanya lagi untuk saya menulis hal ini..... 

Do first, talk later, right?

Saya komen secara umum la.

Kalau ada sesiapa di sini yang suka baca buku-buku motivasi dari Barat, pasti pernah terjumpa nama ni: Dale Carnegie. Saya pernah dengar dan nampak nama ni, tapi setakat ini belum pernah lagi membaca buku tulisannya. Katanya dalam buku How to Win Friends and Infuence People:

Ketika semua orang hakikatnya berminat hanya dengan diri masing-masing, bagaimana mungkin kita menjadi manusia yang boleh memenangi hati orang dan mempengaruhi mereka apabila kita memaksa mereka berminat dengan kita? Apa yang menjadikan kita outstanding ialah apabila kita berkongsi minat yang sama dengan mereka, iaitu berminat dengan diri mereka! ~petikan dari post Ustaz Harizal~

Buku tulisan Dale Carnegie ni baru je. Maksud saya ianya di abad millenium ini la. Tapi hadis Rasulullah SAW di atas sudah berusia lebih dari 1000 tahun!

Rasulullah SAW dah lama ajar hal ini.

Dalam memenangi hati orang lain, kepekaan kita terhadap mereka itu sangat penting. Kalau Dale Carnegie, dia cakap kita kena kongsi minat dan fokus pada minat mereka. Dengan kata lain, fokus pada isu mereka dan apa yang mereka perlukan. Bukannya fokus pada diri kita dan tunggu orang lain fokus pada kita. Pengalaman saya, tak akan pernah terjadi. Penantian itu hanya sia-sia, KECUALI seorang ibu. Ini kes exception untuk dikupas dalam isu lain.

Cuba perhatikan cara Rasulullah SAW. Baginda tiada urusan peribadi kah? Baginda tiada isteri dan anak-anak kah? Baginda tidak sibukkah?

Pasti kita semua tahu yang Baginda adalah seorang yang sangat sibuk! Dalam kes di atas, Baginda bukan lah seorang guru sepenuh masa yang tiada hal lain kecuali dengan beberapa orang anak murid itu. Pada masa yang sama Baginda adalah ketua kampung, ketua tentera, hakim, ketua polis, suami kepada beberapa orang isteri, dan ada banyak jugak kelas lain yang dikendalikannya. Baginda seorang yang amat sibuk. Tetapi sibuk bukan alasan untuk tidak mengambil tahu perihal anak-anak murid Baginda.

Baginda fokus pada isu anak muridnya. Bila nampak anak murid sedih, baginda yang bertanya dan memberi cadangan penyelesaian. Bukan hanya fokus pada isu peribadinya. Dan bukankah itu tips hebat dari Rasulullah SAW tentang bagaimana ingin 'mempengaruhi' orang lain? Dan bukankah itu yang dinamakan 'caring'?

Oh, caringnya Baginda!



~semoga ada manfaatnya~


4:49pm, 9 Mac 2012
BSL, Brisbane



0 comments:

Post a Comment

Komen anda..