Monday, February 6, 2012

Saya masuk Islam bukan masuk Melayu, Shah Kirit

Brother Shah, Bicara, 6 Februari 2012

Selepas menonton rancangan Man Jadda Wajada di TVAlhijrah, saya layan je rancangan Bicara. TER tarik bila mendengar Brother Shah mengatakan ini:

"Malam ini saya pakai baju India............(etc... etc...) Saya masuk Islam, bukannya masuk Melayu.... tak kisah la nak pakai apa pun, asalkan menutup aurat. Pakaian saya juga pakaian Islam, menutup aurat... tak kisah la makan guna chop stick atau sudu garpu ataupun tangan, yang penting makanan itu halal...."


Kurang lebih macam tu kata-kata Brother Shah...

Saya tertarik. Dan sejujurnya, di sebuah negara bukan Islam ini, saya semakin mengerti tentang agama yang suci ini. Saya melihat orang India yang beragama Islam yang jauh lebih Islamnya daripada orang Melayu. Saya melihat gadis Australia yang memeluk Islam yang jauh lebih muslimah daripada gadis Melayu. Dan malam ini, saya mengenali Brother Shah, orang India yang memeluk Islam yang jauh lebih baik amalannya. Dia melakukan DAKWAH. Satu perkataan yang rata-rata orang Melayu 'alergik' dengannya.

Ketahuilah, Islam itu bukan milik orang Melayu sahaja... Ianya milik semua. Pandanglah dengan pandangan agama terlebih dahulu. Angkatlah dan perjuangkan agama itu dahulu.

Dan satu lagi ayat Brother Shah tentang dakwah:

"Kita berdakwah bukan untuk menyuruh/memaksa orang bukan Islam memeluk Islam. Kita berdakwah kerana itu tanggungjawab kita. Dia masuk Islam atau tidak, bukan urusan kita. Allah yang pegang hati setiap dari kita"  .... kurang lebih macam tu la....

Kerana nak berkenalan dengan lebih saya pun tanya pakcik google tentang Brother Shah.

oooo... rupanya Brother Shah, atau nama penuhnya Shah Kirit Kakulal Govindji ini memeluk Islam sebab ingin berkahwin dengan seorang gadis Melayu....

Bacalah tentang kisahnya di sini (sila klik)... menarik!.... ^_^




Pesanan khidmat masyarakat:


Ingat! Dakwah itu wajib! Dan dakwah itu seni! So do daawah with your own creativity... Its fun!.. Tak caya, cuba try! :D

Dah try, bagitau ea, fun ke tak... ^_~



5 comments:

  1. ada hari tu brother syah datang di masjid at-taqwa keningau, bagi ceramah, asal kenapa dia tertarik masuk Islam. sangat menarik.=)

    ReplyDelete
  2. dan juga terserempak beliau semasa "Harun yahya Conference" di KK. dengan ahmad babuna serta seorang lagi orang turki. best =)

    ReplyDelete
  3. Bella :

    Ok... sepertinya Bella dh kenal n prnh dgr talk dia ea Bella?

    ReplyDelete
  4. Saudara Hamka:

    OK, terasa sperti saya shj yg baru mngenali Brother Shah ini... huhu... ktinggalan train sungguh.... =_=

    macam menarik je semua pngalaman saudara Hamka cari ilmu.... tp itula klebihan berada/tinggal di negara Islam spti Malaysia, ANDAI dimanfaatkn ksempatan2 yg baik mcm tu....

    ReplyDelete

Komen anda..