Thursday, February 2, 2012

Bertambahnya Tahun, Berkurangnya Usia




Pada 2.2.2012, hari ini bertambah berkurangnya usia kehidupan saya.

*flashback segala pengalaman kehidupan setahun yang dulu*

Macam-macam ada. Tapi yang pasti, yang pahit itu lebih banyak dari yang manis.
Ada antara yang berlaku tahun lepas, akan saya lalui kesannya beberapa tahun akan datang.
Mana mungkin ianya manis. Tak. Tak mungkin.
Tapi tak semestinya yang pahit itu tidak baik. Boleh jadi ianya adalah yang terbaik dari Dia Yang Maha Sempurna. Dan saya yang bertanggungjawab untuk menjadikannya sesuatu yang terbaik. Saya yang perlu membuktikannya. InsyaAllah.



"Every dark light is followed by a light morning"
{mesej dari malaysia. ucapan hari lahir dari seorang adik. biarpun 'kakak-kakak' yang lain itu mengatakan apa pun tentang dirimu, pada akak, awak ada nilai berharga tersendiri. yes u are! }




Tika mana kita berdepan dengan ujian dalam hidup ini, kita perlu terus berjalan. Terus berjalan, bukannya berhenti. Dan untuk berjalan kita memerlukan dua ni:

  1. Yakin
  2. Cinta

Bergantung pada individu untuk yakin dan cinta pada apa/siapa. 




ps: bermula hari ini TZ akan kembali seperti biasa. InsyaAllah. (^_^)





4:39am, 2 Februari 2012
BF, Brisbane
...::: mereka yang pernah jatuh dengan teruk akan bangun dengan memontem yang lebih dari sebelumnya :::...



0 comments:

Post a Comment

Komen anda..