Tuesday, February 7, 2012

Ambil tahu masalah 'cik tikus'


Pada suatu masa dahulu ada seekor tikus yang tinggal di sebuah rumah. Suatu hari tu, tuannya membeli sesuatu. Bila cik tikus ni pergi tengok, rupanya itu merupakan perangkap tikus. Cik tikus mulai gusar kerana sudah pasti tuannya ingin menggunakan perangkap tikus itu untuk membunuhnya.

Cik tikus tersebut pun keluar rumah dan bercerita dengan cik ayam.

"Cik ayam, tuan rumah kita beli perangkap tikus. Habisla aku. Macam mana ya?"
Jawab cik ayam, "Itu perangkap tikus, mestila untuk kau cik tikus. Bukannya masalah aku".

Cik tikus berlalu dengan sedih dan resah dengan masalah tersebut. Kemudian berjumpa pulak dengan cik kambing. Soalan yang sama ditanya kan, "Cik kambing, tuan rumah kita beli perangkap tikus. Habisla aku. Macam mana ya?" Jawapan yang sama jugak dari cik kambing, "Itu perangkap tikus, mestila untuk kau cik tikus. Bukannya masalah aku".

Sekali lagi cik tikus keciwaa... T_T

Kemudian cik tikus berjumpa pulak dengan cik lembu. Soalan yang sama diajukan, "Cik lembu, tuan rumah kita beli perangkap tikus. Habisla aku. Macam mana ya?". Sekali lagi, jawapan yang sama jugak yang cik tikus dapat, "Itu perangkap tikus, mestila untuk kau cik tikus. Bukannya masalah aku".

Kecewanya cik tikus. Dia pun balik la ke rumah tersebut. Tiba-tiba dia terdengar isteri tuan rumah menjerit dari dapur. Rupa-rupanya seekor ular terkena perangkap tikus tersebut. Dalam kekalutan tersebut, ular yang sudah hampir mati itu masih sempat mematuk kaki isteri tuan rumah.

Kerana patukan ular tersebut, isteri tuan rumah jatuh sakit.

Dengan baik hatinya, tuan rumah telah menyembelih ayam untuk dimasak sup buat isterinya yang sedang sakit. Bilamana jiran-jiran mengetahui tentang hal isterinya yang sakit, mereka datang ziarah. Untuk menjamu jiran-jiran yang datang, tuan rumah menyembelih kambing pula. Tak lama kemudian sakit isteri tuan rumah semakin teruk dan tak dapat lagi diselamatkan. Isterinya meninggal dunia. Pada hari pengebumian, tuan rumah telah menyembelih lembu pula.

Dan akhirnya, semua cik haiwan itu terkorban, yang tinggal adalah cik tikus yang risau akan masalah perangkap tikus tadi.

Apa ibrah dan pengajarannya?

Dalam keadaan dunia hari ini yang ada banyak masalah, dari masalah peringkat kanak-kanak hinggakan peringkat datuk nenek. Dari masalah curi gula-gula hingga masalah curi gula. Dari masalah main judi 1-2 ringgit dalam kedai runcit hingga judi 1-2 million dalam syarikat besar. Dari masalah keluarga hingga masalah negara. Macam-macam ada.

Tapi kebanyakannya memilih untuk guna tagline Aiman,
"Aiman tak kisah".

Semua orang nak jadi Aiman ni kan?

Sedar tak, "The biggest problem : the silent majority"

Janganla macam tu. Sebenarnya kita kena ambil tahu semua masalah di sekeliling kita. Kalau tak, jadi la seperti cik ayam, cik kambing dan cik lembu yang menganggap bahawa masalah perangkap tikus hanyalah masalah peribadi cik tikus. Tapi akhirnya, mereka yang terkorban, bukannya cik tikus.


rujukan: kisah motivasi dari Ustaz Badlishah di IKIM pada 7 Februari 2012


Pesanankhidmatmasyarakat:
Kita semua kena ambil tahu, tapi biarla kena dengan caranya.








0 comments:

Post a Comment

Komen anda..