Monday, February 6, 2012

Seminar Ippo Santosa

Saya perkenalkan,

Ippho Santosa (Pakar Otak Kanan)



Alhamdulillah pada 30 Januari 2012, dengan izin Allah, saya berpeluang untuk menghadirkan diri di seminar Ippho Santosa, penulis mega best seller 7 Keajaiban Rezeki.

Saya sangat teruja melihat announcement tentang seminar Mas Ippho di Brisbane ni di page Persatuan Pelajar Malaysia (Muslim) Queensland (PPMQ).  Saya tidak mengenali beliau. Tapi saya sangat berminat dengan seminar-seminar begini. Passionate saya untuk ilmu-ilmu sebegini melebihi yang lain. Antara sebab saya terus buat keputusan untuk menghadiri seminar ini tanpa berfikir banyak kali adalah kerana ianya percuma! Saya cakap serius, seminar-seminar sebegini mahal! It can be hundreds even thousands.


Emosi sepanjang seminar:
Senyum ada. Ketawa ada. Menangis pun ada. Ala-ala program motivasi untuk orang dewasa sikit la. Tapi point yang cuba disampaikan sangat penting, for the rest of your life, bukan untuk lulus UPSR je.

Walaupun saya seorang sahaja peserta dari Malaysia, dan yang lainnya adalah orang Indonesia, tapi saya gembira dan rasa bersyukur kerana terpilih untuk berada antara mereka. Walaupun ada antara perkataan Indonesianya, saya buat-buat paham je...

Banyak ilmu kehidupan yang saya perolehi.
Dan sebagai seseorang yang melalui tarbiyah dan dakwah, saya menilai semua ilmu itu menggunakan neraca TnD. Siapa kata orang yang melalui TnD tidak perlu ilmu kekayaan? Siapa kata orang yang melalui TnD tidak perlu mencari ilmu tentang otak kanan? Nak berjaya dalam TnD lah, kita perlu tahu macam mana nak gunakan otak kanan semaksimum yang mungkin.

Satu je ilmu penting yang saya nak kongsikan dalam post ini, dan yang ini jugalah yang ditekankan oleh Mas Ippho,

SEDEKAH!

Dari slide Mas Ippho:

Pesan Nabi "Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah".
Pesan Ali, "Pancinglah rezeki dengan sedekah".

Apa sahaja yang kita mahu dapatkan dalam hidup ini, dapatkannya dengan sedekah.
Kalau mahu rezeki banyak, sedekah lah banyak. Kalau nak ikan besar, umpannya pun mestilah 'besar' bukan?

Soalan!
Berapa banyak kita perlu sedekah?

Katanya, 10% dari pendapatan bersih kita. Ini untuk orang-orang biasa.
Kalau mahukan rezeki yang lebih, sedekah lah 20%.
Kalau mahu pendapatan digandakan, contohnya kita mahu dapatkan pendapatan 3000 sebulan, sedekahkan 20% dari 3000 (nilai yang kita aim tu).

Soalan lagi!
Kalau kita nak dapatkan jodoh? Nak sembuh dari sakit? Nak anak?

Apa yang kita nak tu, sangat berharga kan? Jadinya, sedekahkan apa yang berharga pada kita juga.

Kurang lebih, itula perkongsian tentang sedekah.
Tapi cara Mas Ippho sampaikan sangat menarik.

Antara hal-hal lain yang diterangkan dalam seminar juga adalah tentang kepentingan 'Sepasang Bidadari". Sejujurnya, Sepasang Bidadari sangat penting dalam kehidupan kita. Apatah lagi untuk kita yang nak mencapai kejayaan dalam kehidupan ini.

InsyaAllah, kalau Allah izinkan saya akan kongsikan lagi tentang ilmu-ilmu yang ditulis Mas Ippho dalam bukunya, 7 Keajaiban Rezeki:


 Saya dapat autograf dia... ngeeee :D




Seminar yang saya dambakan untuk hadirkan diri di masa hadapan adalah:

1. Seminar Dr Irfan Khairi (blog beliau) (yang ni memang standard hundreds or thousands maybe.... hoho)
2. Seminar Prof Dr Muhaya
3. Seminar Puan Arina Abbas (Evolusi Minda) (yang ini tidak akan pernah kesampaian lagi.. kerana Puan Arina sudah meninggal dunia tahun lepas....  T_T )

Pada tahun 2009, saya pernah berbalas email dengan Puan Arina. Masa tu saya dilema untuk menghadirkan diri ke seminar beliau atau tidak. Pada usia 20 tahun, saya sudah wujud keinginan untuk mendapatkan ilmu-ilmu sebegini, namun, saya tiada simpanan yang banyak (sekarang pun.. huhu). Dan saya kuburkan niat itu begitu sahaja. Dan sememangnya terkubur dalam erti kata yang sebenar. Namun nasihat beliau akan saya ingat sampai bila-bila, walaupun saya sudah tidak lagi akan berjumpa dengannya:

Sebahagian dari emailnya:
Ayu,Untuk berjaya dalam hidup tidak cukup hanya sekadar memiliki segulung ijazah atau master atau PhD.  Kehidupan terutama pada zaman ini amat mencabar.  Hanya mereka yang tahu bagaimana untuk mendapatkan kejayaan itu sahaja mampu berjaya dalam hidup.  Ilmu bukan tidak cukup jika kita sekadar tahu sahaja, terutama ilmu tentang minda.  Rata-rata orang yang berjaya dan yang menggunakan conscious and subconscious mind belajar dan mempraktikkan ilmu tersebut bertahun sebelum ilmu itu betul-betul difahami dan membuahkan hasil.  Terlalu banyak yang perlu dipelajari.
Kejayaan tidak boleh dicapai jika bersikap mudah berpuas hati, cukup asal boleh lepas, dan mengambil mudah dalam semua hal.  Inilah masalah dengan kebanyakan orang kita, mudah berpuas hati, memberi alasan, dan berserah pada takdir.  Pada hal Islam itu memerlukan umatnya menjadi kuat dan sanggup untuk menghadapi apa juga cabaran.  Lihat sahaja pengorbanan Nabi Allah Ismail, Nabi Allah Nuh, dan perjuangan yang paling utama iaitu kekasih kita Rasullullah s.a.w dalam menyebarkan Islam.  Tapi sayangnya, umat baginda terlalu lemah dalam berjuang untuk hidup.  Kalau kita lemah bagaimana kita nak memperjuangkan Islam.  Bayangkan Ayu, kalau anda seorang Islam yang hebat, kaya, ternama, secara tidak langsung anda mampu menaikan Islam.  Suara anda didengari, kehadiran anda dihargai, pemergian anda ditangisi.
Marilah kita mencontohi Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, tatkala beliau bersembahyang di Masjid Negara, beliau terlihat keadaan masjid yang memerlukan pembaik-pulihan, beliau menderma sebanyak RM4juta, bagi menampung perbelanjaan pembaik-pulihan masjid tersebut.  Begitulah hebatnya bila kita kaya dan berjaya.  Tidakkah anda berimpian menjadi seperti beliau?  
Ayu,Anda mungkin muda, tetapi itu juga bukan alasan untuk tidak mampu atau masih belum matang berfikir, oleh itu berusahalah untuk mencari kehebatan diri.


Begitulah. Sebahagian daripada perjalanan saya mencari motivasi dalam hidup. Dan saya akan teruskan, tak akan pernah berhenti hingga penghujung nyawa.

Sekadar berkongsi motivasi. Moga ada yang termotivasi. Agar saya akan terus termotivasi. Apa yang kita nak itu yang perlu kita bagi kan?
InsyaAllah...


7:24pm, 6 Februari 2012
Brisbane

2 comments:

  1. wah best la sis u dpt ilmu direct dari mas ippho...kt msia mana nak dpt buku ni? mcm tak jual jer kt kedai buku...

    ReplyDelete
  2. hehe... mmg best sgt!

    tp x habis2 lg baca bukunya... hehe.... sbb mas ippho kata, baca n buat step by step...

    x pasti samada ada jual kt kdai buku msia ke tak... rasanya dia bnyk jual kt internet n melalui seminar2 dia... n usually royalti buku dia mmg disedekahkan... skrng dia dah ada buku baru....

    cuba follow twitter dia... nnti dpt tau psl buku2 dia n jgak kata2 motivasi, kl nk tnya pape pun bleh...

    twitter mas ippho: ipphoright

    ReplyDelete

Komen anda..