Saturday, February 4, 2012

Kenapa Solat Tiang Agama?


Pernah tak sahabat terfikir kenapa solat dikatakan tiang agama?

Pasti sahabat faham je kan istilah tiang kepada agama tu kan? Ianya merujuk kepada kepentingan solat itu sendiri. Tapi kenapa tidak zakat? Tidak haji?

Sebab,

Dalam solat itu sendiri, kelima-lima rukun Islam itu ada di dalamnya. Iaitu:
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Solat 
  3. Puasa
  4. Zakat
  5. Haji

Macam mana solat mengandungi kelima-lima rukun tersebut?

1. Mengucap dua kalimah syahadah
=> dalam tahiyat awal dan akhir ada syahadah kan? 
OK, rukun Islam pertama (check!)

2. Solat
=> err, memang solat la tu kan yang dimaksudkan?
OK, rukun Islam kedua (check!)

3. Puasa
=> maksud puasa tu kan menahan diri. macam tu la jugak dengan solat. dalam solat kita menahan diri daripada makan, minum, meliar-liarkan mata dan juga hal-hal lain yang membatalkan solat bukan? itulah puasa dalam solat.
OK, rukun Islam ketiga (check!)

4. Zakat
=> maksud zakat tu kan mensucikan diri. sebelum kita solat, kita kena berwuduk dulu kan? kita bersihkan diri daripada najis dan sebagainya. itu lah mensucikan diri (zakat) dalam solat
OK, rukun Islam keempat (check!)

5. Haji
=> dalam ibadah haji, salah satu rukunnya adalah tawaf mengeliling Kaabah kan? Mengadap Kaabah. Dan itulah jugak yang kita lakukan dalam solat. Mengadap kiblat (Kaabah) sebagaimana ibadah haji.
OK, rukun Islam kelima (check!)

Ini sebenarnya dalam bahasa mudah lah untuk kita faham kenapa solat itu tiang agama.

Kalau kita meninggalkan solat, maksudnya kelima-lima rukun Islam itu kita permainkan.
Fikirkanlah.


Sekadar berkongsi ilmu yang saya dapat daripada tazkirah sebelum solat Maghrib di TVAlhijrah yang disampaikan oleh Ustaz Ghazali Ibrahim (adik kepada Allahyarham Ustaz Asri -Rabbani).




2 comments:

  1. Dalam solat itu sendiri, adanya Al-Quran. Al-Quran dah cover semua aspek kehidupan. :)

    ReplyDelete
  2. Btol !!! Sy sokong saudara Isyraf!

    Terima kasih atas perkongsian... ^_^

    Sebab tu kita kena faham setiap bacaan solat tu kan? Kalau kita faham makna semuanya, kita akan sedar yg semua aspek khidupan ada dalam solat tu...

    very good point brother! u make me remind myself about this... ^_^

    ReplyDelete

Komen anda..