Thursday, December 15, 2011

SMS Cinta


“Abang, kenapa kita kena baca al-quran?”

Amirul terdiam sebentar. Terjemahan al-quran yang sedang dibacanya diletakkan di tepi.

“antum nak tahu kenapa?” amirul menduga hafiz, mad’unya. Mencuri sedikit masa untuk mencari kata-kata yang sesuai.

“ha’ah. Sebab abang dengan kawan-kawan abang selalu sangat bawa al-quran ni pergi sana sini. Kenapa sebenarnya? Saya tengok macam biasa je...” penjelasan ringkas.



Amirul tersenyum. Lega. Nampaknya kelakuan ikhwah-ikhwah kebanyakannya telah dilihat oleh sebahagian mad’u-mad’unya. Berharap agar amalan kebaikan mereka dicontohi untuk diamalkan oleh mereka yang telah didakwahi ini.

“Antum bawa tak terjemahan?” Faiz ingin menjelaskan.

“Bawa. Kenapa?” Hafiz tertanya-tanya apa yang ingin diungkapkan oleh murobbinya ini.

“ok. Buka surah 21, surah al-anbiya’, ayat 10.”

Hafiz menurut. Mencari ayat yang dimaksudkan. Seketika kemudian, dia mula membacanya perlahan.

“Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu. Maka Apakah kamu tiada memahaminya?”
(QS21. Al Anbiyaa' ayat 10)

Hafiz diam selepas membacanya. Merenung.

“ermm.... Kemuliaan? Kemuliaan macam mana tu?” bisik hatinya.

menyedari hafiz kelihatannya sedang berfikir, amirul menyedarkannya.

“dah?”

Hafiz tersentak. Terlupa pula, amirul ada di depannya. Dia mengangguk perlahan. Amirul tersenyum melihat gelagat mad’unya itu.

“Ok. Allah kata, dalam al-quran ni ada kemuliaan. Tapi apa yang special sangat Al-Quran ni? Antum ada girlfriend tak?”

“dulu ada la. Sekarang dah putus dah.” Hafiz tersenyum mendengar soalan itu. kenapa dia cakap pasal girlfriend pulak?

“hehe, bagus. Ok, masa antum couple dulu, antum mesti selalu mesej dengan dia kan?”

“ha’ah.”

“ok, katakanlah kalau girlfriend antum hantar mesej. Lepas tu antum tak baca. Antum cuma hantar mesej je dekat dia. Tapi mesej dia antum tak pernah nak baca. Antum cuma nak dia baca apa yang antum nak tulis, isi hati antum, tapi antum tak nak baca apa yang dia tulis. Agak-agak, dia marah tak?”

“mestilah marah. Tak adil lah macam tu.” Hafiz menjawab pantas.

“Ha, samalah juga macam al-quran. Yang tadi tu kalau cinta manusia je, yang ni cinta yang betul-betul. Cinta yang tak akan hampa, cinta yang abadi. Alah, macam dalam lagu tu, cintaku untukmu abadi, hehe..” amirul berlawak sedikit selepas memberi penjelasan.

Hafiz sedikit tergelak. Amirul menyambung.

“kita tahu kan, siapa kekasih sebenar kita. Kekasih yang sangat sayang kita. Kalau tak, kita dah mati dah sekarang ni. Udara yang kita sedut, darah kita yang mengalir, makanan yang kita makan, air yang kita minum, baju yang kita pakai, semua Allah yang bagi. Cuba kita fikir balik, apa yang ada pada diri kita ini yang sebenarnya milik kita? Tak ada! Semuanya Allah yang bagi. ”

Hafiz tertunduk. Baru dia sedar, begitu banyak anugerah Allah diberikan kepadanya. Betapa Allah kasih akan hambaNya, sehingga begitu banyak nikmat yang diberi buat kita. Bahkan tiada apa sebenarnya yang dimiliki kita, selain semua itu pemberian Allah buat hambaNya.

“lepas tu, Allah bagi mesej dekat kita. Allah bagi pesanan buat hamba-hambaNya. Inilah mesej tu.” Sambung amirul sambil menunjukkan mashaf Al-qurannya.

Lantas amirul membacakan satu ayat dari Al-quran. Surah al-kahfi, ayat ke 27.

dan bacakanlah apa yang diwahyukan kepadamu, Yaitu kitab Tuhanmu (Al Quran). tidak ada (seorangpun) yang dapat mengubah kalimat-kalimat-Nya. dan kamu tidak akan dapat menemukan tempat berlindung selain dari padanya.”
(QS18. Al Kahfi ayat 27)

“Allah dah pun suruh kita baca kata-kataNya. Baca surat cintaNya pada kita. So kenapa kita susah sangat nak baca? Macam-macam Allah bagi kita, tapi Allah suruh kita buat perkara senang je pun. Kenapa kita tak nak juga buat? Katanya mengaku cintakan Allah, tapi surat cintaNya pun kita tak baca, cinta apa macam tu?”

“Sebab tu akhi, mulai hari ini, tanamkan azam. Sekurang-kurangnya kita baca al-quran 1 juz sehari. Bukan susah pun satu juz tu. antum tahu berapa lama baca nak habiskan 1 juz?”

“err.... sejam?”

“itu kalau antum baca lambat. Kalau macam biasa, laju sedikit, setengah jam ke 40 minit dah cukup. Setengah jam je akhi. Lagi sekejap daripada makan. Antum pernah kira tak berapa lama kjam kita makan sehari?”

“tak pernah pula.”

“ok, katakanlah antum breakfast 7 minit, makan tengahari 20 minit, minum petang 7 minit, dinner 20 minit, dan supper 7 minit. Itu pun dah kira laju gila dah antum makan. Total dia, berapa?”

“err, 20 darab 2 campur 7 darab 3. 61 minit. Sejam lah.”

“Ha! 61 minit Akh! Itu kalau antum makan laju gila, kalau antum makan lambat? Kalau kita sanggup gunakan sejam untuk urusan perut, kenapa setengah jam pun kita tak boleh nak letakkan untuk urusan hati kita? Tak lama pun. Separuh je akh! Itu sebab kita kena tetapkan sekurang-kurangnya 1 juz. Itu minimum bacaan kita sehari. Kalau sebagai da’i, sepatutnya kena lebih. Sebab kita yang katanya nak memperjuangkan islam ini, kena lebih lagi dekat dengan Allah. antum kenal tak Sultan Muhammad Al-Fateh?”

“tahu. Yang tawan constantinopel tu kan?”



“yup. Yang mana rasulullah gambarkan dalam satu hadis, sebaik-baik tentera dan sebaik-baik sultan. tahu macam mana ibadah tentera dan sultannya?”

“macam mana?”

“ada satu cerita, masa tu diorang ni nak dirikan solat jumaat, lepas tu sultan muhammad al-fateh ni tak tahu siapa yang layak jadi imam.  Lepas tu dia suruh semua tenteranya berdiri.

Dia kata, ‘siapa yang sejak dia baligh sampai hari ini pernah meninggalkan solat fardhu secara berjemaah, sila duduk.’ Lepas tu duduk satu kumpulan.

Lepas tu dia tanya lagi, ‘siapa yang sejak dia baligh sampai hari ini pernah meninggalkan solat rawatib, sila duduk’. itu, yang sebelum dengan selepas solat tu. lepas tu, satu kumpulan lagi duduk.

Last sekali, dia tanya, ‘siapa yang sejak dia baligh sampai hari ini pernah meninggalkan solat tahajud walau sekali, sila duduk.’ Last sekali semua duduk, tinggal dia seorang je yang berdiri. So dialah yang jadi imam pada waktu tu.

Ha, itu dia akhi, orang yang nak memperjuangkan islam itu, sepatutnya kena sebegitu ibadahnya! Kita, macam mana? Kalau tanya soalan pertama je pun dah duduk dah semua kot. Terpaksa suruh bangun balik. Haha..” amirul menenangkan suasana.

“hebat juga lah diorang tu. dahsyat tu, tahajud tak pernah tinggal.”

“aha. Sebab itu kita pun kena cuba dekatkan diri dengan Allah. sebab kita pun nak memperjuangkan islam macam mereka juga kan? Cuma cara mungkin berbeza, namun tujuan tetap sama. Sebab itu kita kena jaga sebaik mungkin hubungan kita dengan Allah. baru perjuangan kita diberkati, insyaAllah.”

“oh. Sebab tulah antum semua selalu sangat baca quran, bawak sana-sini.”

“ha, paham pun kamu. Betul, sebab itulah. Sebab itulah kami buat ini semua. Supaya Allah mengiktiraf kita dalam kalangan orang yang beriman dengan Al-quran. Macam dalam surah ke 2, surah al-imran, ayat 121.”

 “orang-orang yang telah Kami berikan Al kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. dan Barangsiapa yang ingkar kepadanya, Maka mereka Itulah orang-orang yang rugi.”
(QS2. Al Baqarah ayat 121)

“ok, ana faham sekarang. Jazakallahu khairan akhi.”

“wajazakallahu khaira. “

Hafiz lalu membuka terjemahan Al-Qurannya dan mula membaca. Amirul yang agak bersyukur dengan perubahan itu berkata,

“akhi, 1 juz ke hari ini?”

“eleh, buat ape 1 juz. 3 la, baru layak jadi da’i!”

Amirul terpegun. Tidak disangka, bersemangat sungguh mad’unya ini. Dia lantas mencapai al-qurannya lalu mengumam perlahan,

takkan aku nak kalah dengan mad’u aku sendiri kot. Hish, malu aku dengan Allah. ok, aku buat 5 juz la. Hehehe....


**********************************************

cerpen disalin dari blog ini
ps: iklan promote blog.... gembira melihat adik-adik muda di mrsm sudah melalui TnD... akak, selaku x-mrsm (produk tak berapa bagus ni) merasa bangga dgn kalian... moga terus tsabat adik-adik... 

pss: semakin hari semakin yakin. yakin Islam akan naik dalam zaman yang terdekat ini! InsyaAllah.



0 comments:

Post a Comment

Komen anda..