Saturday, November 12, 2011

Separuh Penuh = Separuh Kosong



Yang mana satu jawapan yang betul?

Separuh penuh atau separuh kosong?


Sebenarnya,

Dua-dua TAK SALAH

Ini hanya psikologi semata-mata.

Orang yang memandangnya sebagai Separuh Penuh adalah orang yang optimis, sentiasa berfikiran positif.

Orang yang memandangnya sebagai Separuh Kosong adalah agak berfikiran negatif.

Kata orang psikologi la.

Tapi,




Its depend!!!

Cuba tengok dua senario ni:

Senario 1

Dalam satu acara sukaneka sekolah-sekolah rendah sedunia, maka berlakulah satu acara yang penuh gilang gemilang yang cukup menjadi tumpuan orang ramai disebabkan hadiahnya yang cukup luar biasa iaitu hadiah ‘misteri’. Acara yang dimaksudkan adalah acara mengisi air kedalam botol dengan menggunakan span.  
Acara pun bermula dengan dilepaskan satu tembakan. Dengan bersemangat, para peserta memulakan larian masing-masing sambil membawa span yang dipenuhi air ditangan untuk dicurahkan ke dalam beberapa botol sebesar lebih kurang botol kaca kuning. 
Kira-kira dipertengahan permainan, para peseta memberi kata-kata semangat kepada lawan masing-masing (semangat kesukanan yang sangat tinggi) dengan berkata “ cepat sikit, dah separuh penuh botol tu. Cepat.” Dengan penuh semangat yang berkobar-kobar terus menambah kuasa turbo masing-masing untuk berlari memenuhkan botol masing-masing. Oleh sebab sama-sama hebat, maka keputusannya adalah seri. Mereka dapat memenuhkan botol masing-masing serentak. Akhirnya mereka berkongsi hadiah misteri.


Senario 2


Satu pertandingan jugak. Pertandingan ini adalah istimewa disebabkan terdapat wakil daripada world book of record yang hadir disitu. Pertandingannya adalah pertandingan menghabiskan air sebanyak 50 gelen paling cepat. Terdapat dua orang peserta sahaja yang mengambil bahagian. Maka majlis pun bermula dengan bacaan doa selamat dan doa taubat ( bimbang takut peserta tercekik air). 
Kemudian, air diminum. Dipertengahan pertandingan, para penyokong menjerit, “ cepat, cepat. Air tinggal separuh kosong tuh” bila mendengar kata-kata ghairah penonton, maka kedua-duanya semakin cepat meminum air tersebut dah pertandingan tamat.
kisah senario dikopipes dari sini. tak de 'air die' nak reka cerita... :D


Kesimpulannya nak cakap, sekali pandang tu, kalau mind kita dah decide, "Its half FULL!". Maka teruskan dengan sikap positif itu dan kekalkan momentum positif serta optimis untuk SETIAP MASA!

Jika sekali pandang, terus kata half empty, tak apa la. Mungkin itu cara sahabat memandang sesuatu. Mulanya agak negatif, lepas tu, semakin positif, setelah sahabat menjadikan 'yang negatif' tu sebagai batu loncatan untuk ke arah lebih baik (macam senario 2).

Tapi, kalau pandang, tak ada perasaan dan tak tahu yang mana, yang tahu dalam gelas tu ada air...
Fikir-fikirkanla
Anda mampu mengubahnya!!! :p



Tak adalah.
Saya tahu je ada orang yang tak rasa apa-apa tengok gelas ada air tu, kecuali rasa macam nak minum sebab haus :p
Tiada judgement apa-apa untuk anda.
*senyum*




0 comments:

Post a Comment

Komen anda..