Friday, November 4, 2011

Seksualiti Merdeka... LGBT

~apa nak jadi dengan masa depanku?~
Dah banyak hari isu ini berlegar-legar di media dan sudah pastinya saya dapat tahu dari 'mukabuku', dipost seorang rakan.
Dah banyak hari juga saya duk fikir-fikir pasal ini (walaupun tak la serius mana) sambil-sambil study. 

Dan hari ini terjentik lagi sebab terbaca status 'mukabuku' Ustaz Hasrizal.
Klik dan bacalah. Saya segan nak tulis di dinding TZ.
Boleh klik di sini untuk baca artikal Ustaz Has.
Saya segan nak tulis dua perkataan P____ dan V____ tu sebab dua perkataan tu tak adalah menarik sangat untuk saya yang sedang wat revision tentang Genital Infection nih.

Bagi yang rasa nak jadi golongan yang "Saya Peduli Agama Saya", sila la tanya pakcik Google dan pergilah ke webpage Seksualiti Merdeka.


2,3 hari yang lepas, saya tersentap dengan kisah  seorang gadis teruna yang bergelar Aleesha Farhana atau nama sebenarnya Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz. Menjalani pembedahan pertukaran jantina di Thailand ketika hayatnya. Arwah telah pun meninggal dunia. Punya la ignorant  nya saya sebelum ni, tak pernah tahu pun kisah dia yang turun naik mahkamah untuk tukar namanya kepada Aleesha Farhana. Astaghfirullahalazim.

Hari ini, lepas berita polis membantah konsert mereka tu, saya bukak balik webpage mereka. Kali ini tersentap dengan satu post yang 'hakak-hakak dalam Islam' tu kecam tindakan polis. Ok! Yang ni rasa macam nak jerit, TOLONG JANGAN GUNA PEKATAAN ISLAM TU LAGI !!!
Saya tahu jeritan tak bersuara ini tiada maknanya pun.

*Kembali ke alam nyata*

Itulah dunia hari ini.

Konsep LGBT huh?
LGBT = Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender


Sekali lagi, saya rasa statement ni sangat betul dan tepat :

"Kita sedang berjalan ke neraka"

Takut. Ya, takut.

Setiap dari kita akan ditanya di akhirat kelak. Apa nak jawab?
Kalau nak exam ni, sekurang-kurangnya boleh la juga study, wat revision, soalan yang akan keluar nanti tak akan keluar dari skop apa yang kita study satu sem ni. Cuma bergantung pada keizinan dan keredhaan Allah yang akan membolehkan kita dapat jawab dengan baik atau tak. Itu kuasa Nya.

Itu soalan exam dunia.
Kalau tak boleh jawab sekali pun, tak adalah sampai kena campak ke dalam periuk panas goreng keropok lekor.


Tapi fikirkan soalan-soalan di akhirat sana.
Kita bakal dicampakkan ke dalam api neraka!


Fikir-fikirkanlah.





ps: semua nak jadi macam mat saleh, dah makin susah nak cari yang soleh
pss: gamaknya 5-10 tahun lagi, nak kahwin kena check gene, bakal pasangan tu pembawa chromosome XX ke XY... 
psss: tak semua ideologi yang memperjuangkan 'hak asasi manusia' itu perlu disokong


update: bacalah apa kata Dr Harlina pasal isu ni kat sini 
Saya suka point yang diutarakan Dr Har. Kita kena tolong mereka. Pandangla mereka dengan pandangan yang kasihan atas dasar kasih sayang sesama manusia (samada Islam mahupun bukan). Mereka sebenarnya memerlukan perhatian dan bantuan sebab tu mereka buat macam tu. Mereka ada masalah tapi tak tahu macam mana nak selesaikan. Sebab tu suggestion Dr Har tu saya sangat setuju. Mereka adalah golongan yang perlu dibantu. Bukannya membantu dengan mengiakan apa yang mereka mahu tu, tapi bantu dengan menyedarkan mereka dan kembalikan mereka kepada fitrah.






3:56pm, 4 November 2011
BF, Brisbane
....::: seram dengan masa depan :::...


4 comments:

  1. soalan kt akhirat dah lame bocor...
    tp x ramai yg pulun prepare nk jwb soalan tu...

    ReplyDelete
  2. akak setuju, golongan2 seperti in kita perlu bantu mereka utk kembali kepada fitrah asal kita dijadikan. memang kita marah tapi jgn sampai kita menjauhi mereka.

    ReplyDelete
  3. betul kak Zuraini....
    tp realitinya susah nya nak buat tu....

    ReplyDelete

Komen anda..