Monday, November 28, 2011

Pilihlah untuk jadi PEKAK!

Seekor cicak yang kecil kelihatan sedang berjalan terkedek-kedek untuk ke tempat pertandingan memanjat satu batang pokok pinang yang licin dalam satu acara tahunan di sebuah kampung. Pemenang akan dinobatkan sebagai jaguh kampung. Lawan untuk cicak kecil tadi adalah seperti monyet, ular, biawak, kera dan sebagainya. Lawannya besar-besar dan hebat-hebat. Cicak hampir-hampir tidak disertakan dalam penyertaan. Urus setia pertandingan siap kutuk cicak lagi, "Nak panjat pokok pinang ke nak panjat akar pokok pinang?'. Disambut dengan gelak jantan haiwan lain. Katak pun antara yang mengambil bahagian dalam acara kutuk mengutuk cicak. Diorang gelakkan cicak yang kecil itu sebab berangan hendak menyertai pertandingan hebat itu. Tapi sebenarnya yang mengutuk cicak itu semua tidak menyertai pun pertandingan tersebut. Tak setanding dengan kekuatan mereka katanya. Hampeh! 
Tapi cicak dengan selamba meneruskan misinya. Setelah pertandingan dimulakan oleh gajah (yang kalah sebelum bertanding) yang meniupkan serulingnya, monyet, kera, biawak dengan pantas sekali mendahului. Semua binatang bersorak girang menyokong binatang pilihan masing-masing yang diyakini bakal menjuarai pertandingan tersebut. Sekali lagi katak mengutuk cicak, 'Cicak, sudah-sudahla. Turun saja lah sebelum kamu jatuh terjelepuk'. Tapi cicak tetap teruskan tanpa menghiraukan setiap ejekan binatang lain. 

Tak semena-mena, Dusshhh! 
Monyet jatuh. Maklumlah batang pinang itu licin dan badan monyet yang berat (ni jenis monyet tembam) serta 'angkuh' yang dipikul bersama, monyet yang pertama sekali jatuh. Bajet dah selalu panjat pokok boleh menang, tapi itulah nasib kalau bawak 'angkuh' sekali. Biawak yang kontrol macho meneruskan usahanya untuk memanjat namun sebab terpandang bawah dan tertengok mata biawak (betina) idamannya, jatuh hati lalu jatuh ke bawah.. Gedebukk! (sebab ni biawak gemuk!). Kalau dah biawak yang gemuk tu jatuh, dah memang confirm akan terlanggar ular, kera dan binatang lain tadi. Semua jatuh la ke bawah dan bergaduh sesama mereka. Saling menyalahi. Semua penonton rasa kecewa. Tapi cicak.... 
Cicak meneruskan usahanya tanpa pedulikan hiruk-pikuk di bawah dan akhirnya cicak sampai juga ke atas. Yeay! cicak menang dan menjadi jaguh. Tapi apa sebenarnya yang menyebabkan cicak itu berjaya sampai ke atas dengan selambanya walau dikutuk, walau ada yang bersorak girang tapi tak ada satu pun yang menyokongnya, walau berlakunya hiruk-pikuk di bawah yang boleh mengganggu konsentrasinya? 
Sebab, cicak itu PEKAK! 
Cicak itu cicak pekak yang tidak mendengar kutukan-kutukan binatang lain. Tidak mendengar sorakan yang membingitkan telinga. Tidak mendengar hiruk-pikuk pergaduhan yang boleh menjejaskan konsentrasinya.


Saya ingin memulakan post Motivasi pada setiap Isnin dengan kisah ini.
Kisah ini saya pernah post di TZ lebih setahun yang dulu. Banyak versi kisah cicak pekak ini, cuba tanya cik google. Tapi kisah di atas adalah versi rekaan tokok tambah saya. Papepun mesej dari kisah ini sama sahaja.

Jadilah seperti cicak yang 'pekak' tu!

Bukanlah bermakna kita meminta untuk menjadi pekak yang telinga tak dengar tu. Jangan la ambil maksud dari segi bahasanya. Kecuali jika itu yang Allah izinkan.

Maksud yang cuba disampaikan adalah:
  • Dalam usaha kita untuk menjadi lebih baik atau dalam misi untuk mencapai sesuatu dalam hidup ini, jangan pernah sesekali pun mengalah dengan kata-kata ejekan yang melemahkan semangat kita. Buat-buat tak dengar (macam cik cicak pekak tu) dan teruskan. Teruskan. Dan teruskan.

Kadang-kadang bila kita memilih untuk menjadi lain dari yang lain, pasti akan ada 'pencemaran bunyi' yang tak menyenangkan tu. Samada dalam bentuk sms, email, comment, wall post mukabuku, kata-kata, malahan dari segi reaksi.

Memangla, kita akan rasa kecewa dan down dengan tindakan orang-orang sebegitu. Silap hari dan bulan boleh mengalir cik air mata. Tapi tak apa. Ambil tisu, lap cik air mata tu, senyum pada diri sendiri depan cermin dan cakap kat diri sendiri yang depan cermin tu, "Jangan sedih-sedih lagi, jom kita teruskan perjalanan ini ea. Allah kan ada".

Tak kisah la dalam hal apa pun yang kita nak buat dalam hidup ini, memang akan ada yang merendahkan kita. Pada masa itu, activatekan programming 'cik cicak pekak' dalam minda. Dan teruskan.

Sama juga dalam tarbiyah dan dakwah, memang akan banyak halangan. Dan setiap dari kita, mehnahnya berbeza mengikut kemampuan masing-masing. Allah dah tetapkan dah, si *cun ni lalui dugaan macam ni supaya di depan hari dia boleh hadapi yang lebih hebat. Si *hensem ni berdepan dengan ujian ni sebagai persediaan untuk dia bekerja dalam lapangan tertentu. Dan orang-orang yang tak faham akan condemn perbuatan kita, akan bagi ayat-ayat sinis kategori pendengaran bunyi dengan jalan yang kita pilih. Again! Pekakkan telinga dan teruskan. Jalan dakwah memang banyak duri. Siapa kata jalan ini ditaburi ros merah. Kalaupun ada bunga ros sekalipun, pasti ada durinya jugak kan?

*cun/hensem = kategori manusia yang tegar dan tak reti nak give up di jalan dakwah 

contoh awek *cun yang pekakkan telinga dengan pilihan bijaknya... :D
mcm menarik jgak kan pakai jubah, headphone gabak n sneakers
*angkat kening*

Penutup

Kalau nak buat perubahan ke arah yang lebih baik mengikut syariat Islam dan untuk menggapai redhaNya, buat je. Jangan layan pencemaran bunyi bagai tu. Jangan layan comment, mesej, email ataupun pelbagai jenis reaksi yang tak menarik tu. Biarkan mereka. Jangan cari gaduh. Jaga hati kita elok-elok. Dan teruskan. Kalaupun sorang-sorang, teruskan je la sorang-sorang. Itu lebih mendekatkan kita dengan DIA sebenarnya. Biarkan mereka yang tidak menyokong. Mereka bukan apa. Jeles la tu... lalalaaaa










9:16pm, 27 November 2011
BF, Brisbane

...::: dalam proses nak update programming 'cicak pekak' dalam blueprint ::::....



0 comments:

Post a Comment

Komen anda..