Tuesday, November 1, 2011

Hebatnya mu dik!

Sambil-sambil study, tetiba teringat kisah benar cik adik Hebat ni. Kagum.

Pada suatu petang cik adik Hebat ni yang mempunyai masalah kewangan entah bagaimana (ada la sebabnya kot) telah berada di City (Brisbane). Berada keseorangan di City dengan wang $5. Wang dalam bank $0 (sebab JPA tak masukkan duit lagi). Credit dalam GoCard* jugak $0. Dan $5 itu bakal diguna untuk topup GoCard nya untuk naik train balik ke rumahnya. Tapi entah macam mana, datang seorang pakcik OZ ni, mintak $1. Mulanya dia cuba cari $1 dalam beg, tapi tak jumpa. Dengan hati yang hebat dan kental itu, cik adik ni bagi $5 nya pada pakcik tersebut. Dan dia berjalan kaki balik ke rumahnya, selama 1 jam!!! Whoaa! Betapa bersihnya hatimu dik. Kagum. Dalam ramai-ramai orang kat City tu, pakcik tu datang mintak duit dengan dia. Dengan hanya $5 terakhir dalam hidupnya saat tu, Allah masih pilih dia untuk diuji dengan hartanya. Ya Allah, hanya yang hebat sahaja mampu melepasi tapisan Allah. 


InsyaAllah, akak akan ingat awak dan kisah awak ni sampai bila-bila cik adik H.... ^_~


*GoCard tu macam TouchnGo card kat Malaysia. Yang boleh diguna untuk bayar tambang bas, train dan ferry kat Brisbane ni. Dan harganya jauh lebih murah berbanding dengan beli tiket dengan driver (sebab dapat student concession)




Pesanan khidmat masyarakat yang tulus ikhlas tidak hanya sempena AidilAdha :


  • Sesungguhnya tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.


  • Dan biasa-biasakanlah untuk keluarkanlah harta kita keranaNya ketika susah. Jangan ditunggu senang tiba.

Pesanan khidmat masyarakat yang tulus ikhlas sempena AidilAdha:

  • Bagi yang berkemampuan, laksanakanlah ibadah korban. Sekarang zaman klik-klik. So, klik-klik je bayar korban. Buatla pahala di hujung jari. Bagi kawan-kawan di OZ, boleh klik di sini  korban dengan Human Appeal... 














5:36pm, 1 November 2011
BF, Brisbane











3 comments:

Komen anda..