Tuesday, November 29, 2011

Apakah niatmu?

Hadis 1 dari Hadis Arbain: NIAT


Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah– Riwayat Dua imam Muhaddisin – Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.

"Kita betulkan niat kita"


Saya tahu. Bagi sesetengah antara kita sudah biasa dan lali mendengar teguran dan nasihat ini.

Tapi berapa orang antara kita yang betul-betul membetulkan niatnya ketika diberi teguran dan nasihat ini?

Dan berapa orang antara kita yang membetulkan niatnya sentiasa, tanpa perlu ditegur sesiapa?

Seorang akhawat pernah berkongsi, membetulkan niat ini bukanlah hanya sebelum kita memulakan sesuatu. Membetulkan niat perlu di awal, di tengah dan di akhir.

Niat kita pelbagai. Walaupun dalam sekecik-kecil hal. Contohnya, niat kedatangan sahabat ke TZ ni. ada yang berniat untuk mencari kesalahan dan kekurangan pemiliknya. Well, you will find that, if that what you want! Ada yang berniat untuk mencari ilmu sambil blogjogging. InsyaAllah, dengan izinNya, sahabat akan menemuinya. =D

Soal niat ini soal berat dan susah. Sebab ianya sedikit sebanyak berkaitan dengan ikhlas. Keikhlasan. Keikhlasan dengan Pencipta kita. Hanya Dia yang mengetahui niat sebenar hambaNya. Sehebat mana pun manusia, tiada lagi yang mampu merekacipta 'measuring cylinder' untuk menyukat dan menilai niat dan keikhlasan seseorang. Tapi InsyaAllah, kesan daripada niat yang baik itu akan kelihatan dan boleh dirasai oleh manusia-manusia yang Allah izinkan.

Sahabat ingat tak kisah seorang wanita penzina yang masuk syurga sebab dia bagi minum air kat anjing? Saya pernah dengar ceramah ustaz skrin (standard budak study luar negara, dengar ceramah ustaz dalam skrin jah) mana entah yang cakap pasal ni. Pernah tak sahabat terfikir kenapa la seseorang yang dah berzina (berzina tuuu, bukannya dosa sembarangan) tapi Allah ampunkan dosa-dosa dia? Dia bagi minum air kat seekor anjing je pun. Bukannya bagi minum air kat semua anjing. Dan mungkin ada yang nak bandingkan, dalam hidupnya, dia pernah bagi minum kat semua jemaah masjid untuk berbukak puasa. Dan ada yang gerenti ke dia masuk syurga? Tak bukan. Sebabnya adalah NIAT dia. Wallahualam. Kita tak tahu. Mungkin niat wanita penzina tersebut sangat ikhlas untuk menolong menyelamatkan nyawa anjing tersebut. Dan kerana itu Allah ganjari dengan pengampunan dosa-dosanya.

Kerana niat, sesuatu amalan yang kecil itu akan dapat ganjaran yang besar. Kerana niat juga, sesuatu amalan yang nampak macam besar tu, kecil sahaja ganjarannya.


Carilah redha Allah, dan bukannya penghargaan manusia.
Tak ke mana pun dengan penghargaan manusia semata.





~Sedang mengingatkan diri ini jua. Sebab tu saya tulis di sini. Apa yang kita tulis, lagi kita ingatkan? InsyaAllah.. Dengan izinNya~







9:59pm, 28 November 2011
BF, Brisbane
...::: hati-hati menjaga hati :::...


0 comments:

Post a Comment

Komen anda..