Tuesday, October 18, 2011

Kelar Bayi Dalam Asrama (?)


******************************************************
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.


Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.


Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.



“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.


*******************************************************


kopipes dari berita Harian Metro





*sesak nafas*


termenung panjang............


macam mana ni geng?


tak rasa banyak kerja nak kena buat ke?



Sejujurnya saya adalah manusia yang tak suka baca surat khabar terutamanya hal-hal sebegini....   T_T
Dan saya hanya akan klik pada berita-berita hangat macam ni bilamana saya tiada submission akademik atau kerja 'core business' yang penting sahaja. Bak kata motivator, jangan banyak sangat baca isu-isu negatif macam ni. Akan menyebabkan kita ni ada cas-cas negatif. Tapi tak bermakna kita mengambil keputusan untuk ignore segala-galanya. Ini antara hal yang perlu kita ambil tahu secara serius. Baru kita tahu yang kita ni sedang nazak.


Ingin berkongsi satu kisah best lagi memotivasikan....



Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh burung-burung lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, 'Buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.'

Lalu dijawab oleh burung tersebut, 'Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak.'



kopipes dari status FB seseorang... Jzkk awak! Sorry, curi tak bagitahu. itu lebih baik, mungkin... :D






Sekarang, sesi soal jawab dan pilihanraya dengan diri sendiri...


*tak nak komen, kalau pilihan anda adalah untuk TIDAK menjadi seperti burung kecil itu... maaf, agak tegas di sini*




Patutkah aku menjadi seperti burung kecil itu?


Kalau patut, apa perlu aku lakukan?


















p/s: Mulai hari ini, TZ akan lebih serius dengan Berita Dunia Islam (BDI) termasuklah berita panas lagi menyesakkan nafas dari Malaysia, kerna Malaysia juga termasuk dalam dunia Islam suatu masa dahulu. Malaysia juga dalam sistem khalifah suatu masa dahulu. 











1 comments:

  1. mataku berair-air tatkala membaca...tp pasti aku tetap lena dalam tidurku...
    tiada mimpi2 ummat hadir...krn hatiku masih tidak sepenuhnya utk ummat ini...

    ISHAB akan berfikir tentang ummat sblm tidurnya...

    ReplyDelete

Komen anda..