Sunday, October 16, 2011

Kebaikan Sentiasa Berlegar-legar.....

"Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang-orang yang baik!" <Ustaz Pahrol>

jom promosi bulatan gembira***

Tengahari ini terasa seperti rajin untuk 'bising' di mukabuku. Bermula dengan suka-menyuka (Like), hinggalah kepada komen-mengomen. Oleh kerana kebaikan itu sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang-orang baik, makanya, ada seorang kakak baik yang berkongsi dengan kawan-kawan baik iaitu satu link artikal dari GentaRasa, Ustaz Pahrol. Artikal tersebut sebenarnya tentang jodoh, "Bercerita Tentang Jodoh" .

Nak kongsi satu ayat best tentang jodoh dari artikal Ustaz Pahrol tu:

“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Pilihlah untuk melakukan salah satu cara itu. Dan lagi bagus kalau pilih dan buat kedua-dua cara itu...
(pesanan tulus ikhlas sebagai khidmat masyarakat daripada seseorang yang TIADA pengalaman)

^_^

Berbalik kepada tajuk.

Suka untuk saya sentuh tentang kita secara peribadi. Bukannya dalam konteks mencari jodoh itu sahaja. Tapi tentang kita. Kita ni nak tak kebaikan itu berlegar-legar di sekeliling kita? Dan kerana kebaikan itu berlegar-legar di kalangan orang-orang baik, kita ni nak tak jadi antara kalangan orang-orang baik itu?

*BIG question mark there*


Seronok dan bersyukur sangat-sangat sebenarnya bila berada dalam kalangan orang-orang baik ni.

Bila habis je azan kat laptop, lepas doa lepas azan, terus kedengaran, "Jom solat!" Dan setiap solat 5 waktu itu yang normalnya adalah berjemaah, yang tak normal adalah solat sendiri. Berbeza sangat dengan dulu, yang normal adalah solat sendiri. Lepas solat, masing-masing akan baca Al-Quran. Kadang-kadang ada je masa-masa iman menurun, malas nak baca dan bagi syaitan guling-guling gelak gembira sebab berjaya hasut. huhu... Kadang-kadang terselit 'jeles' bila si awek cun* tu tak habis baca lagi tapi kita dah habis baca, dalam hati, "mesti ____ baca lagi banyak dari aku".

Bila ada program-program kebaikan, akan sama-sama pergi. Senang je nak cari member nak pergi program sebab most of the time, semua akan pergi.. ^_^. Berbeza dengan dulu. Susah benor nak cari teman. In fact, itu antara hal yang difikir-fikir beberapa kali sebab nak cari teman.

Bila rasa down dan rasa tak nak dah join benda-benda baik ni, pasti di perjumpaan akan datang akan diberikan pesanan yang 'mengikat'. Ok. Faham. Tak boleh lari. Tapi bila difikir-fikir dengan kaca mata iman, bersyukurnya tak terhingga sebab kalau lari dari yang ni pasti J** akan tarik. Sudah pasti. Kerana hidup ini hanya ada dua jenis tarikan. Samada tarikan iman atau tarikan nafsu. Jadinya, baik relakan diri ditarik kepada iman! Tak gitu? Lagipun, tak ramai yang sanggup bersungguh-sungguh nak tarik kita ke arah kebaikan ni. So, jangan benci mereka.  ^_^

Bila ada masa-masa yang tidak digunakan untuk study dan menyiapkan assignments, pasti akan berborak soal-soal yang melibatkan agama, soal-soal deen kita (Islam as a deen). Kadang-kadang tu dandan je ada yang nak berkongsi, "nak dengar cerita tak?" Tahu tak cerita pe yang dimaksudkan si awek cun tu? Kisah Tufail bin Amr. ^_^ . Berbeza sangat dengan dulu. Kalau ada masa free je, mesti akan bercerita pasal movie terbaru, pasal mamat2 jambu air dari Korea tu, tak pun pasal mana-mana lelaki la. Tapi sebenarnya, memang kitaorang tak ada persoalan mana-mana lelaki yang menarik untuk diperkatakan pun. Dengan kata laen, kekurangan stok calon-calon imam dalam solat dan imam untuk kehidupan.. Bagusla jugak kan?..  :D

TAPI,

Macam mana nak berada dalam kalangan orang-orang baik ni ye?

Mungkin ada yang memilih untuk mencari sendiri kebaikan itu. Tapi bukankah kalau bersama-sama dengan yang lain, lagi cepat kita dapat kebaikan itu. Kalau saya, saya syorkan bulatan gembira***. Seronoknya berbulatan gembira ni. Sebab ada support system. Kalau dah rasa macam nak give up dan dah malas nak join benda-benda baik ni, mesti ada yang akan datang dan tarik tangan dengan lemah lembut tapi serius. Memang, time himmah/ semangat/ iman kita tengah down tu, kita tak nak. Mintak dilepaskan dan jangan diganggu. Tapi ketahuilah, tangan yang cuba menarik kita itu adalah tangan kasih Illahi sebenarnya. Kalau kita lepaskan, bermakna kita sedang melepaskan kasih sayang Allah jugak. Mungkin. Tafsiran saya semata-mata.

TAPI, 

 *sekali lagi*

Saya tahu, tak ramai yang berminat. Hanya ingin berkongsi video ni yang ditunjukkan sewaktu konferens riang**** semalam.

video

Degil benor kan orang yang tak bergerak dari landasan keretapi tu. Dah macam-macam sign orang tu bagi.

Pencerahan untuk kita:
Adakah kita nak jadi si pemberi peringatan? Atau yang mendengar peringatan dan berubah? Atau yang mendengar peringatan tapi sampai ke sudah degil dan tak mahu berubah? Kalau yang ketiga itu pilihan kita, cuba rajin-rajinkan diri selak buku cintaNya, tengok ayat 2:6 tu.


Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

Terasa tertampar tak?

Tak rasa pape ea? (err... memangla tak ade orang yang menampar... tapi tak akan tak ada 'rasa' tu..)

Cop! tengok ayat 2:7 pulak...


Maksudnya: (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

Hurmm, kalau hati kita tak terasa apa-apa, kena minta dengan Allah hati yang baru kot ea...

Bukan ingin mengatakan kita kafir dan mengkafirkan sesiapa. Tapi point saya adalah, bilamana kita ini menolak perkara-perkara kebaikan, satu masa tu, hati, pendengaran dan penglihatan kita ni dah tertutup. Nauzubillah. Tak nak bukan?

Saya tidak memfokuskan pada sesiapa secara peribadi kecuali pada diri sendiri. Kerna diri ini yang membaca post ini berkali-kali sebelum ditekan "Publish" supaya orang lain boleh membacanya.

Sekadar ingin berkongsi dengan sahabat TZ. Allah yang memegang hati sahabat. Bukan saya, bukan post ini. Hanya DIA yang mengizinkan hati sahabat terasa dan akal sahabat berfikir dengan kaca mata iman.

InsyaAllah, moga apa yang saya tulis ini akan sentiasa tertampar ke muka saya kembali bilamana diri ini mula 'give up' dari jalanNya. Tak nak dan tak mahu tapi mungkin sahaja, bilamana iman dan himmah menurun. Tapi mengharapkan DIA tak akan palingkan diri ini. Doakan.





*awek cun = akhawat comel
** J = Jahiliyah
*** bulatan gembira = usrah (Cik Gabbana, pinjam istilah ye! aman. )
**** konferens riang = daurah (Cik Gabbana, pinjam lagi.. smoga sntiasa aman. )

















2:25pm, 16 Oktober 2011
BF, Brisbane
...::: saya ingin terus berada dalam lautan kebaikan dan berenang-renang bersama orang-orang baik.. Amin ::::...



2 comments:

  1. ayuh berenang dgn skilnya atau pakai jer pelampung yg blh menyelamatkan...
    kalau x...kita boleh karam kalau x de skill atau pelampung kita tu bocor...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum wrh wbk,
    blog yg sgt bagus utk bermanafaat.
    teruskan perjuangan.

    p/s- tamparan tersebut ada juga yg singgah di pipi saya beberapa das :)

    ReplyDelete

Komen anda..