Saturday, October 1, 2011

Islam bukan hobi ya kawan-kawan!

Islam bukan seseronok mengatakan saya sayang islam,
Bukan juga seronok-seronok minat nasyid dan artisnya,
Seronok-seronok menggayakan busana muslimah,
Seronok-seronok ukhwah muslimin muslimat,
Seronok-seronok dakwah ala kadar,

Kalau mahu seronok sahaja, pasti liat berkorban,
Pasti suka dimanjakan dan suka tidur banyak,
Islamnya diamalkan begini,
"Senang, aku buat"
"Susah, jangan harap aku nak buat"
Bahkan orang begini tidak mahu berusaha sehingga senang membuat.

MENYEMBAH ALLAH JANGANLAH HANYA DI TEPI

“Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebaikan (kesenangan dunia) dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cobaan (musibah) dia berbalik ke belakang (murtad). Dia rugi di dunia dan di akherat. Itulah kerugian yang nyata.” [QS. al-Hajj: 11]


kopi pes dari sini

*****************************************************************************************

Seminggu telah berlalu... Dalam erti kata lain, seminggu  cuti spring saya sudah berlalu... Berlalu dengan bermukhayyam (dalam bahasa commonnya: camping). Tidur bertilamkan bumiNya dan beratapkan langitNya. 


Cuti spring (musim bunga) merupakan cuti pertengahan semester bagi kami di sini. Memang, memang betul pun cuti inilah peluang untuk menyiapkan assignments dan revise study balik. Tapi ada segolongan pelajar 'pelik' akan memilih untuk berkumpul bersama-sama dan belajar tentang agamaNya. Dan saya adalah salah satu dari golongan 'pelajar pelik' ini. Dan saya gembira dengan keputusan 'pelik' saya.

Isnin hingga Rabu (26-28 September 2011), kami bermukhayyam di Mt. Tamborine. Telah berusaha memberi yang terbaik untuk adik-adik dan Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, dengan izinNya, mukhayyam berjalan lancar. Tak sangka. Walaupun persediaan rancangan penuh mehnah bertarbiyah, tapi perjalanan rancangan menyenangkan hati. Sangat bersyukur. Dan moga setiap hati dari kami samada adik-adik comel mahupun kakak-kakak yang lagi comel disentuh dengan sinar tarbiyah. InsyaAllah... 







Dan petang Rabu itu juga, kami perlu buat keputusan untuk menyertai satu lagi mukhayyam yang kali ini kami hadir sebagai peserta. Hurmm, sejujurnya penat fizikal. Jiwa kaco jugak sedikit dengan situasi perlunya membuat keputusan yang mendadak dalam masa satu petang, sedangkan hal itu boleh diselesaikan lebih awal. Tarbiyah Allah di situ ya kawan-kawan! Kita kena sentiasa bersedia dan berlapang dada dengan perangai setiap insan. Jalan ini bukan jalan untuk orang yang banyak songeh. Kerana itu, niat pada pagi Khamis dibetulkan. Lalu, kami ke Lake Wivenhoe. 






Dari angin gunung, kami ke angin pulau.

*****************************************************************************************************************

Berbalik kepada tajuk, Islam ini bukan hobi. Dan usaha kita mengenali dan mempelajari Islam yang sebenar itu bukannya hobi.


Saya tidak pergi mukhayyam (camping) dan beraktiviti untuk berukhuwah fillah dan pelajari tentang agamaNya kerana camping adalah hobi saya. Tidak! Tidak sama sekali!


Jika ianya sekadar hobi, pastinya saya memilih dan yang lain juga akan memilih untuk tidak melakukan hobi ini pada cuti kali ini. Kerana apa? Kerana banyak assignments!


Tapi, pencarian hidayah dan menyelusuri jalan tarbiyah ini memerlukan pengorbanan. Berkorban waktu cuti dan belajar tentang agamaNya, berkumpul dengan solehah yang lain yang juga sedang dalam proses membaiki diri. Iman itu perlu di 'refresh' dengan cara berkumpul dengan sahabat seperjuangan yang lain. Bukakkan minda dan lapangkan hati mendengar nasihat dan berkongsi kisah dengan sahabat yang lain. 


Jangan rasa menyesal dengan pergi program mendekatiNya 3 hari kerana merasakan 3 hari bakal dirugikan. Merasakan 3 hari dibazirkan sedangkan boleh digunakan untuk menyiapkan assignments. Betul ke boleh siapkan assgnments dalam masa 3 hari tu? Atau 3 hari tersebut bakal digunakan untuk maraton movie, atau berjalan-jalan di city, atau maraton novel dan sebagainya? Siapa kita yang dapat jamin assignments itu PASTI akan siap kalau tidak ke program 3 hari? Who are you? Sedar tak, assignments tu ALLAH yang izinkan kita untuk berjaya siapkannya. Dan bantuan Allah tu sentiasa ada. Mungkin saja kita mampu siapkannya dalam masa 1 hari sahaja lepas balik program tu nanti. DIA Maha Berkuasa. Yang tinggal adalah, kita ini. Kita yakin ke tidak dengan DIA. Itulah assignments kita yang sebenar! 


Bila balik dari mukhayyam, kawan sepengajian (tak sama dengan teman seperjuangan) bertanya, 
'ko buat apa cuti ni?'... 
'Aku gi camping'..... 
'Banyak masa ko....'
.....................  (dalam hati: so what?)


Tahu, memang banyak assignments. Tapi saya yakin saya boleh siapkannya. Dan keputusan/markah yang saya akan dapat untuk setiap assignments tu, Allah yang tentukan. Dan DIA akan bagi yang terbaik buat saya. 


Pergi program untuk mendekatiNya --> dapat belajar tentang agamaNya, dapat berukhuwah fillah, dapat selusuri jalan DnT iaitu jalan Rasulullah SAW...*
Kurang tempoh masa untuk siapkan assignments --> Kurang masa untuk buat benda buang masa sebab assignments tak siap lagi 


=> dapat degree*


Tak pergi program  
Banyak tempoh masa untuk siapkan assignments --> Banyak masa untuk buat benda buang masa sebab rasa ada banyak masa untuk siapkan assignments 


=> dapat degree


Dan itulah bezanya degree saya dengan degree awak... Degree saya ada * so dia jadi degree*.......  lalalalala....  


Dan saya tekad untuk dapatkan degree yang berbeza dengan awak tu... Saya nak degree*. Fullstop!












12:16 am, 2 October 2011,
BF, Brisbane...
...::: baru lepas mukhayyam Spring 2011... dalam usaha untuk menyiapkan assignments. InsyaAllah, saya yakin saya boleh! Allah kan ada... Sangat dekat, lagi dekat dari urat leher.. tak kan tak yakin lagi? :::....





3 comments:

  1. diklah, this is ur first year.... dont worry, take ur time to learn... n if u r learning this in a hard way, thats mean u r in a correct track... because this journey is meant to be hard... :D

    p/s: ayat2 di atas tidak dituju pada sesiapa tau dik... akk dh mesej awk kn aritu? u r always a cute adik... n one of my inspirations n strengths here... ^_^

    ReplyDelete
  2. amboi..cepatnyo balas..huhu..

    ReplyDelete

Komen anda..