Tuesday, October 25, 2011

Dah tanggung kena jawab!


Fend diam seketika merenung nasi di dalam dulang. "Aku baru tau rupanya kalimah syahadah tu besar tanggungjawab nak kena pegang".


Akmal memandang Fend, kemudian mengangguk. "Ingat yang kita solat di Botanical Garden tu? Tu pun namanya menunaikan salah satu tanggungjawab la tu. Kita kena educate orang non Muslim fasal Islam."


"Apabila aku dengar bapak cakap macam tu, sekarang ni apabila aku lafaz syahadah dalam solat, rasa macam lafaz akad nikah pulak." Fend mengulum bibir.


Ketawa Akmal pecah. "Macam mana pulak sampai boleh terlepas ke situ?"


"Dah tanggung kena la jawab. Tu baru namanya tanggungjawab. Tanggungjawab syahadatul haq. Tanggung Allah punya amanat, nanti jawab sendiri kat akhirat." Nasi di dulang dipandang.


"Hmm...."

"Kalimah syahadah yang kita lafaz tiap-tiap hari tu pun ada tanggungjawab kita ke atasnya. Nak menegakkan kebenaran syahadah." Fend pandang Akmal. "Macam orang kahwin la. Habis je lafaz nikah, gedebuk tanggungjawab kat bahu".

Akmal angguk. "Betul jugak".





petikan singkat lagi pendek tapi padat serta tepat dari novel Contengan Jalanan, Hlovate


****************************************



Cuba tengok maksud ayat 143 dari Surah Al-Baqarah:


"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu.............."


Kita akan menjadi saksi di atas segala perbuatan manusia. Yang kita takutkan adalah perbuatan maksiat dan jahiliyah mereka. Di akhirat sana, mereka bakal salahkan kita kenapa tak bagitahu aku ni salah ni betul? 


Sebab itulah hakikat kehidupan ini sebenarnya setiap dari kita sedang menuju ke neraka!
Memang agak nampak brutal di situ, maklumla kita solat setiap hari. Tapi cukupkah dengan itu? Dengan hanya baikkan diri sendiri sahajakah? Apa lagi yang kita rasa kita boleh bawak untuk berjumpa denganNya supaya kita boleh katakan, "Ya Allah, aku dah buat ini, ini dan itu... masukkanlah aku ke dalam syurgaMu".... Ada tak ini, ini, dan itu tu? Apa yang kita dah buat?



Cuba tengok filem pendek ini....





Kesimpulan dari short film ini adalah;
"Apakah peranan SAKSI?"
"What if saksi ambil tindakan untuk berdiam diri?"
Analogi: seperti short film di atas.
Kalau saksi2 itu berdiam diri shj, siapakah yg menenggakkan keadilan utk si victim itu? dan membiarkan shj si driver itu melepaskn diri..kalau begitu, bukan SAKSI namanya..

Tanggungjawab saksi bukan sahaja setakat berpeluk tubuh akan tetapi berani bergerak ke hadapan untuk memberitahu manusia apa yang sebenarnya yang mereka saksikan.

Samalah dgn tanggungjawab KITA! Tanggungjawa ape? Tanggungjawab ini ialah kita melaksanakan di hadapan seluruh alam ini segala hak Syahadah Al-Haq (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang kita imani dan kita akui sebagai agama kita.

wallhualam.."Agar dunia menjadi saksi,kelak tiada alasan diberi"



kopipes dari description uploader video di sini... 
















ps: bukankah senang andai semua orang seperti Fend dalam novel Contengan Jalanan kat atas? Tak perlu konferens riang (bacaan sebenar: daurah), tak perlu dibasuh pekat-pekat, dengan sekali dengar dah boleh fikir kalimah syahadah tu macam akad nikah... erk!


pss: Bukankah bagus andai semua mampu faham dan buat dan istiqamah tanpa banyak soal? Oh! sangatlah susah. Tapi itulah mujahadahnya...










8:24am, 25 Oktober 2011
BF, Brisbane
...::: mengetuk diri sendiri yang kadang-kadang tenggelam dalam timbunan urusan dunia semata-mata, sedangkan tiada bekalan ke akhirat :::...





0 comments:

Post a Comment

Komen anda..