Tuesday, October 18, 2011

Buah hatiku

Sahabat...buah hatiku..
disini ingin daku meluahkan rasa yang terbuku...
terima kasih kerana bersamaku susah dan senang..
walaupun kutahu ia amat sukar buat dirimu..
bersamaku, memahamiku, melayan karenahku..

sahabatku..buah hatiku..
ku bersyukur pada Allah dikurniakan sahabat sepertimu..
punyai kesabaran dan semangat yang tinggi..
punya hati yang murni..
saat kukehilangan, kau tak pernah meninggalkan..
saat itu kau bacakan ayat-ayat Tuhan..
kau ingatkanku tentang hikmah dan lumrah alam..

sahabatku..buah hatiku...
kuingin terus mengharungi perjalanan hidup bersamamu..
ku ingin seiring denganmu..berjalan disebelahmu..
supaya..apabila aku terkehadapan, kau akan menarik tanganku..
apabila aku tertinggal dibelakang, kau akan membimbing dan memimpinku..
supaya..aku terus seiring berjalan disebelahmu..

sahabatku..buah hatiku...
kadang-kadang aku menangis...
tapi..kau tidak jemu mengelapkan airmataku..
kau pinjamkan bahumu buat sandaranku..
kau berbicara bahawa aku harus kuat..
kau kata..bahumu cuma sandaran sementara buatku..
Allah lah yang menjadi sandaranku buat selama-lamanya..

sahabatku..buah hatiku...
terima kasih kerana meminjamkan ruang dihatimu..
untuk meletakkan nama Rabia'tul A'dawiyyah ini..
terlalu banyak kata n pengorbananmu padaku..
tp apa yg ada padaku?
harta? ilmu? akhlak yg luhur? pangkat?
tiada apa pun yg ada padaku yg dpt aku berikan padamu..
tetapi....

sahabatku..buah hatiku..
dalam hati paling dalam..
aku selalu mendoakan kebaikan dan keberkatan buatmu...
dirimu yg tidak pernah-pernah jemu denganku..
kau kritik andai aku salah..kau terima andai aku benar..
kau terima kekurangan yang ada padaku..
kau setia denganku..tidak meninggalkanku terkapai-kapai..
lemas dalam lautan kelemahanku..

Sahabatku..buah hatiku..
tanganmu itu..yang menggenggam dan mengusap tanganku..
saat aku perlukan ketenangan dan kekuatan..
matamu itu..menafsir diriku dengan pandangan yang sangat tajam..
pandangan yang berbeza dari pandangan org lain..
pandangan yang ikhlas terhadapku..
renunganmu buat aku kalah..buat aku lemah..
buat aku menangis....kerana...
kau begitu ikhlas, tulus memandangku sebagai seorang sahabat..
memandangku sebagai teman baikmu..buat aku terharu..

sahabatku..buah hatiku...
mulutmu itu..tidak jemu berkata-kata yg baik-kata..
mulut itu mengingatkanku pada Allah..
sikap berterus terangmu selama ini..sangat aku hargai...
kerana itulah tugas sahabat..
berterus terang dengan kebenaran..
telingamu itu...
dipinjamkan oleh Allah padamu..
buat mendengar segala permasalahanku..
kau pendengar setiaku..dalam pelbagai nadaku..
tetapi..tidak pernah kau merungut..


sahabatku..buah hatiku..
hatimu itu...sangat-sangat mulia...
Allah pinjamkan dirimu padaku...
hatimu ladang bagi tempatku berteduh..
ladang yang penuh keredupan dan ketenangan..
kehadiranmu disisiku penuh hikmah..
hanya Allah yang tahu hikmah sebalik kejadian..

sahabatku..buah hatiku..
sesungguhnya aku takut..takut kehilanganmu..
biarlah kehilangan yg lain..bukan kehilanganmu..
kerana dirimu pengingatku kpd Allah..
tidak membuatku terus menangis saat terjatuh...
kau hulur tanganmu menarikku bangun..
mengubat luka hatiku saat ia berdarah..
penawarnya kau cari merata buat penenang hatiku yg resah..
Aku takut Allah menarikmu dariku..
nikmat bersahabat ini terlalu indah..

sahabatku..buah hatiku..
andai aku pergi dulu..
doakan aku..agar aku tenang di alam sana..
aku berdoa agar aku mampu menjadi sepertimu..
sehebatmu dalam ilmu, iman dan amal..
aku ini terlalu jauh beza denganmu..dari segala segi..
doakanku..doamu cukup bermakna..

sahabatku..buah hatiku..
aku rindu padamu..senyumanmu yg menjadi penenangku..
rindu mahu bersandar dibahumu..melepaskan segala keresahanku..
bercerita itu dan ini padamu..namun..
kau terlalu jauh dariku..tp itu bukan penghalang kpd ku
untuk menukilkan penghargaan ini...terima kasih atas segala-galanya..
terima kasih kerana menjadi sahabat yg mendekatkanku dgn-Nya..





kopipes dari sini






ya...
Terima kasih untuk semua sahabat yang mendekatkan saya denganNya... 
memang, memang nukilan di atas bukan nukilan dari hati saya yang sememangnya tidak pandai untuk meluahkan isi hati sehebat itu, namun, jauh di sudut hati, itulah juga yang ingin disampaikan oleh hati ini...


khas untuk buah hati saya,


AWAK!


dan 


AWAK JUGA!


dan 


AWAK SEMUA !!!








p/s: terutamanya untuk awak yang sedang gundah gulana, serba tak kena dan tak keruan tapi sedang bermujahadah melalui segalanya, be strong sis! like u always tell me... n i know u are strong, because u always prove that u are strong. i know!   |♥♥| 
and... a big... big... hug for u! erk! tak melemaskn kan?... 








9:41pm, 18 Oktober 2011
BF, Brisbane
...::: Aku pohon pertolonganNya supaya menolongmu ::::....






0 comments:

Post a Comment

Komen anda..