Wednesday, October 5, 2011

Belajarlah Menjual Waktu

jangan biarkan waktu itu berlalu tanpa mengingatiNya
Semalam, saya belajar untuk menjual.

Menjual Waktu...

Menjual Waktu Dengan Pahala Allah....

Kesimpulannya (wah! awal-awal dah kesimpulan....), kita luangkan masa (jual waktu kita) ke jalan Allah untuk mengejar pahalaNya.  Menarik tak urusan jual beli dengan Allah ni? Kita jual waktu kita padaNya, dan DIA bayar dengan pahala. Contoh, kita ni penjual bunga (sekarang kan musim bunga di sini), kita pun jual la bunga kepada seorang gadis yang ingin menghadiahkan bunga kepada teman bulatan gembiranya, dan dia akan membayar kepada kita sejumlah wang. Ini urusan jual beli dengan manusia. Tapi urusan jual beli dengan Allah ni jauh lagi menarik.

Jual --> Waktu
Dibayar --> Pahala !!!!

Tapi, apa maksudnya dengan menjual waktu kita kepada Allah yang melayakkan kita untuk dibayar dengan pahala nih?

Sudah semestinya, dengan cara kita meluangkan waktu yang kita ada untuk agamaNya. Lakukan apa yang disuruhNya dan tinggalkan apa yang dilarangNya.

Kita tengok ayat cintaNya jap (57:16):

Maksudnya: Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.


Kita sama-sama tadabbur (bukan tafsirkan) ayat ni:




  • Allah bertanya hambaNya bila masanya kita ni nak tunduk dan ingat kepadaNya? fikir-fikirkan bila kita nak buat ni....
  • kita diberi amaran agar tidak ikut dan menjadi seperti orang-orang terdahulu yang tidak mengendahkan ayat-ayat Allah yang turun pada mereka
  • mereka yang membiarkan masa itu berlalu tanpa memperingatiNya itu tergolong dalam golongan orang-orang fasik yang hatinya menjadi keras
  • takutnya andai hati kita menjadi keras dari mengingatiNya... tapi kalau tengok drama, mudah pulak nak menitis air mata.... 
  • mungkin boleh difikirkan, andai kita tidak rasa apa-apa dengan ayat ini, tanyalah pada hati, mungkinkah hatiku telah keras dari mengingatiNya?

Dengan itu, jangan takut dan gusar untuk luangkan masa untukNya. Apa sahaja perkara yang boleh dilakukan untuk mendekatiNya, lakukanlah.... Antaranya:

  • berkumpul dan bertemu dan hubungi lah orang-orang atau sahabat-sahabat yang soleh solehah.. time consuming jugak tu, bagi orang yang agak kedekut untuk jual masanya dengan bersosial yang baik
  • hadiri la program/aktiviti yang mendekatkan diri padaNya... contoh: bulatan gembira, konferens riang*, ceramah Palestin, ceramah agama, dan sebagainya....
  • banyakkan membaca artikal-artikal agama... bacalah blog-blog ustaz yang diyakini
  • banyakkan membaca buku-buku bermanfaat
  • banyakkan menonton video-video yang bermanfaat dan mengingatkan diri padaNya
  • yang paling penting, banyakkan membaca Al-Quran... at least, seminggu tu pegangla satu ayat-ayat cintaNya... (ayat tema hidup saya minggu ni: 57:16.... 57:4.... 57:22-23  ^_~) 
  • dan lain-lain
Semua di atas adalah time consuming.. Saya tahu... Sebabnya, kita ni 'banyak sangat' assignments dan kerja. Tak sempat nak berjual beli dengan Allah. Tapi, bukankah hidup kita ni hanya sekali? Bila lagi nak ambil peluang berjual beli denganNya?

Banyak sangat ke masa yang akan terbuang kalau kita hadiri bulatan gembira 3 jam seminggu dan seminggu ada 24x7 = 168 jam. 
168 - 3 = 165 jam.
Kita ada 165 jam lagi!!!
Hurmmm, licik kan syaitan tu. Dia menampakkan 3 jam itu bagai 30 jam pada kita. (pak syait tu tengah senyum jahat sekarang!)

Fikir-fikirkan dan undilah yang selayaknya.
Pastikan Cik Iman yang menang dalam 'Pilihanraya Cik Iman dan Cik Nafsu' setiap hari.
~Selamat Mengundi~



*bulatan gembira = usrah
  konferens riang = daurah

# agak effected dengan Inche Gabbana nampaknya di situ ya... #
p/s: tak sabar tunggu jawapan-jawapan kepada soalan-soalan Inche Gabbana untuk konferens riangnya yang bertajuk Saya Hosem (wah!). Saya yakin akan ada jawapannya nanti sebab Inche Gabbana kan osem. :p


p/s (II) : by the way, saya juga sedang berpilihanraya dengan menulis post ini. Sebab assignments tak siap lagi. Due esok dan lusa. 1.5hrs lagi ada lab. Whoaa! Tak apa, sekurang-kurangnya saya sudah menulis dan berkongsi satu ayat cinta dari Maha Agung hari ni.. O yeah! Walaupun mungkin tak akan menyentuh mana-mana hati, sebab Allah yang pegang hati-hati sahabat, tapi  berharap agar post ni akan kembali 'menampar' pipi saya sendiri bila saya lalai dan hampir futur. Nauzubillah. 






12.34pm....... 5 Oktober 2011
BF, Brisbane
...::: saya cuba untuk memperbanyakkan dan upgrade lagi urusan jual beli denganNya... :::...





3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Mungkin tiada jawapan. Tanya hati anda, iAllah anda jumpa jawapannya.. ;)

    harap maklum. harapnya tidak kechiwa.. ^__^"

    ReplyDelete
  3. baikla... agak kecewa...

    eh, x pe la.... mmg itulah tarbiyah n dakwah dzatiyah nya...
    fikirla sendiri nak buat apa, kn?
    persoalan akan djawab dgn persoalan
    learn a lot bout this...

    *sedang bertanya hati untuk 5 soklan itu dan soklan2 lainya*

    by the time goes on, akan jmpa lah jwpannya... yg pasti kena lalui dulu, baru jumpa jawapan, x gitu Inche Gabbana? :D

    ReplyDelete

Komen anda..