Friday, October 14, 2011

Antara Gedik dan Realistik

video
saya akan review short movie ni kat bawah... :D
tontonla.... best!

Tajuk ni pasal apa ya?
*tak ada kaitan dengan mana-mana golongan gedik di dunia yang fana ni*

Secara kesimpulannya (wah! awal-awal lagi kesimpulan) nak cakap pasal, dalam proses mencari calon itu, adakah kita ini bersifat gedik ataupun realistik?

btw, bukan calon pilihanraya terdekat kat tanahair, tapi calon pemilik cinta kita setelah (bold itu maksudnya penegasan) Allah dan Rasulullah SAW.   |♥♥| 

*tak suka sangat perkataan gedik tu, tapi macam best tajuk antara gedik dan realistik nih*


Jom, kita curi-curi terjah jap ciri-ciri zaujah @ isteri @ wife dambaan seorang akhi @ lelaki baik nih:





1. Berkulit putih.
2. Punya lesung pipit.
3. Bertudung labuh
4. Berkaca mata
5. Berasal dari Kelantan, kalau boleh dari jajahan Kota Bharu 
atau Pasir Mas sahaja (mak saya minta supaya menantunya boleh makan budu).
6. Berketurunan melayu.
7. Muda 2 tahun dari saya.
8. Pandai memasak.
9. Lemah lembut.
10. Punya sifat keibuan yang tinggi.
11. Pandai mengambil hati orang tua.
12. Menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzu’ Al Quran.
13. Komited dalam dakwah.
14. Rajin bertahajjud.
15. Tidak lebih tinggi dari saya. Tinggi saya 1.63 cm sahaja.
16. Bertubuh sederhana, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk.
17. Aktif bersukan.
18. Ramah tamah.
19. Pandai memandu kereta.
20. Jangan anak sulung atau bongsu.
21. Sanggup untuk berhari raya pertama di kampung saya di Pengkalan Chepa.
22. Tidak ada sakit yang kronik, terutamanya sakit kulit.
23. Boleh juga bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.
24. Subur, kerana saya mahukan sekurang-kurangnya 6 orang anak.

    *watak akhi yang direka di atas sudah terang lagi jelas, adalah watak akhi yang berasal dari kelantan.. btw, kopipes je pun dari sini ... so tiada unsur bias di situ   :D


      Hurmm, cam ner geng? Ada rasa macam nak pengsan tak baca list tu?
      *mula-mula terlopong, pastu, toink... pengsan*

      Kalau yang satu geng dengan watak di atas, mesti mata bersinar-sinar dan tersenyum, sambil hati berkata-kata, hurmm, aku pun ada list camtu gak.... kan? kan? kan?
     *kalau salah, jangan marah, harap maap*

      Memang tak dapat nafikan, list tu ideal... tapi... tapi... tapi...... SANGAT ideal tuh!

      Mungkin ada yang memiliki 1/2 @ 1/3 @ 2/3 @ 1/4 daripada list di atas... Tapi 1 dalam 100 kot yang ada SEMUA list di atas. Kalau ada pun, mungkin sahaja selepas berkahwin, ciri-ciri tu dah hilang. Allah kan Maha Berkuasa, bila-bila masa sahaja isteri yang dikahwini sihat walafiat gebu lagi comel pada awal-awalnya akan terbaring lesu tak bermaya kerana sakit selepas berkahwin? Kena bersedia tu.

      Dan, same thing goes to geng saya, gadis-gadis comel lagi solehah, akhawat sweet (yang macho tapi comel pun termasuk jugak). Tak perlu pun kita meletakkan ciri-ciri se IDEAL itu. Bak kata Ustaz Hasrizal, fokuskan pada menjadi, bukannya mencari. Kalau dapat yang memiliki ciri-ciri yang kita dambakan, anggap sahaja itu bonus, dan beringatlah, bonus tu bila-bila masa sahaja bakal ditarik balik oleh Pemberi Bonus Yang Maha Agung itu. Dan kembali kepada fokus untuk MENJADI. Jom, perbaiki 10 muwasofat muslim kita... kita buat dan perbaiki sikit-sikit ea...
      *sambil pegang tangan sesiapa yang sudi, dan senyum, dan angguk*



comel kan yang berbaju BIRU tu... hehe... eh, ada cik arnab la... 
      
      Pasal video kat atas. Nak review dan berkongsi.


      "Its different for guys"

      huh! sangat ____  arghhh! x nak tulis...

      Basically, cerita pendek ini berkisar tentang seorang lelaki / suami yang tak boleh terima tentang masa lepas isterinya yang pernah melakukan kesilapan di masa mudanya, sebelum dia mengamalkan Islam dengan sebaiknya. Padahal si lelaki tadi juga pernah melakukan kesilapan di usia mudanya, sebelum mereka berkahwin.

      "I just want to wake up next to the perfect wife that I get married, but instead I go out and some man tells me everything about my wife? Its disturbing to think that my wife have been with another man?"

      .......................

      "I made taubat. I repented it to Allah"..... "I made a lot of mistakes"

      "I made a lot of mistakes too. But..... its just different for a guy"

      "Why is it different? Is it different in the side of Allah?"

      "No, of course not."

      ............................

      "I dont expect you to accept me for who I was, but accept me as I am"

     ..................

       'I'm a human being, not perfect, and nobody is."


      O yeah! Got the point everyone?

      Ok good!   *senyum lebar*

      Macam tu la hidup ni ya kawan-kawan.
      Bukanlah hanya ditujukan kepada situasi untuk mencari jodoh itu sahaja, tapi dalam situasi kita seharian. Kita akan berjumpa dengan macam-macam orang. Kita akan serumah dengan housemates yang berbeza perangai. Kita akan buat kerja dengan ahli kumpulan yang macam-macam kerenah.
      Fikir-fikirkan lah.



    
     ps: kalau saya mengharapkan seseorang yang banyak ditimpa ujian dan dia mampu atasinya dan ujian-ujian tu membuatkan dia makin tsabat di jalanNya boleh tak?   *angkat kening*
      pss: jom berkonferens riang!... kata kena fokus pada MENJADI kan? kena banyak ilmu agama untuk jadi ibu yang berpengetahuan bila mendidik anak-anak nanti kan? dandan je nih... :D




      







       Jumaat, 14 Oktober 2011
     BF, Brisbane
     ....::: kurangkan dan hilangkan gedik, perbanyakkan realistik ::::....

4 comments:

  1. tee tee underscore underscore tee tee

    ada orang tu kata orang ni terlalu mudah ikut angel tu tapi kan tapi kan..
    ada orang tu pun terikut juga angel tu..

    kriik kriik~~

    ReplyDelete
  2. I dont expect you to accept me for who I was, but accept me as I am

    Kak HANNA...sangat2 kot org tu dah terpengaruhan

    ReplyDelete
  3. well, angel kot... harusla ikut... bknnya devil... :p


    aman.


    =p

    ReplyDelete

Komen anda..