Tuesday, September 20, 2011

Wahai Anak Adam.......

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..





Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....








diibaratkn diri ini sbg pendayung sampan..
arus yg mngalir adalah perubahan..perubahan ke arah kebaikan mahupun keburukn..jika arus yg mengalir ke arah kebaikan..terusknlah mendayung mengikut haluan..usah gusar..arus itu menuju kebaikan..jika arus yg mengalir ke arah keburukn..tukarlah arus perjalanan..berusahalah mendayung mencari jalan..biar pun tidak mngikut arus perubahan..itu adalah yg terbaik sblum kita tenggalam dek arus perubahan..







melihat insan-insan sekeliling dan melihat ke dalam hati sendiri, diri ini sedar yang diri ini sentiasa berdepan dengan dua tarikan. Tarikan syurga dan tarikan neraka. Bak kata Prof Dr Muhaya, kita kena pilihanraya setiap hari. Maksudnya sentiasa perlu buat pilihan, apa yang kita nak buat. Nak redha Allah mahupun penghargaan manusia semata-mata. Kalau kita ikhlas untuk mencari redha Allah, insyaAllah, penghargaan manusia juga kita akan dapat, kalau itu yang terbaik untuk kita. 


Pantun dari aimanazlan:


Di mana ada gula, di situ ada semut.
Apa saja Allah suka, itulah yang kita kena rebut.











8:04am, 20 September 2011 ,
BF, Brisbane
...:::: kena tepis yang jahiliyah, stick dengan Islam dan yakin dengan jalan ini walau apa jua mehnahnya :::....

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..