Monday, September 12, 2011

Positif dan bersangka baik

Pada suatu petang sesekor telah dituduh.......


dituduh curi ikan.......

Cop! Jangan cepat sangat menuduh dan bersangka buruk.... Check hati kita dulu....


Berfikiran positif dan optimistik sepatutnya ada pada semua manusia terutama orang Islam. Walaupun dugaan datang bertali arus tetapi, bersangka baik kepada Allah Taala itu sangat perlu. Hal ini amat penting terutama bagi seseorang yang ingin menebus kegagalan lalu. Tukarlah pemikiran daripada pesimis kepada optimistik dan positif untuk menjadi seorang hebat.

Sebagaimana yang semua manusia maklum bahawa hidup ini tidak semudah bagaimana dikata. Ia sentiasa diwarnai dengan air mata dan gelak tawa. Pelbagai jenis ragam manusia yang membolehkan manusia tertawa dan pelbagai peristiwa berlaku mengundang tangisan dan air mata. Apa yang pasti, manusia tidak akan dapat melepaskan diri daripada musibah-musibah yang melanda.

Orang yang mendakwa tidak pernah mengalami masalah sebenarnya merekalah yang paling bermasalah. Jalan yang paling baik ialah bersabar dan tabah dengan apa jua yang berlaku sambil kembali kepada Allah atas apa yang diturunkan. Jika seseorang bersikap positif, maka diatasinya masalah itu dengan berfikiran positif dan optimistik.




Ciri-ciri orang berfikiran positif/ Husnuzhan:
  • Utamakan kehendak syariat
  • Tidak berputus asa
  • Tabah berhadapan dengan kesulitan hidup
  • Menerima dengan redha takdir yang ditentukan ke atas diri
  • Berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah taraf hidup
  • Mewujudkan daya saing sesama sendiri

Kesan-kesan berfikiran positif dan bersangka baik

  • Badan sihat / cergas
  • Otak cerdas
  • Mudah dapat ilham
  • Hati dan jiwa bertambah bersih
  • Kejayaan mudah dicapai
  • Hasilnya diberkati Allah
  • Semua orang menyenangi cara kita bekerja
  • Hati semakin kaya

Sejarah: Khalid Al-Walid bersangka baik
Khalid al-Walid, salah seorang panglima tentera Islam yang sangat hebat. Kebanyakan peperangan yang dipimpin oleh Khalid al-Walid akan mencapai kemenangan. Khalid al-Walid dilantik sebagai panglima sejak zaman Rasulullah SAW hinggalah zaman Sayidina Abu Bakar masih hidup. Keperwiraan Khalid al-Walid menjadi kebanggaan tentera Muslimin.
Dalam satu peperangan ketika zaman Khalifah Umar al-Khattab, Khalid al-Walid telah dilucutkan jawatan daripada mengetuai tentera Muslimin. Ramai orang Islam berasa hairan akan tindakan Umar yang tegas itu. Bagaimanapun, Khalid al-Walid tidak terkilan dengan tindakan tersebut. Sebaliknya beliau bertekad untuk melibatkan diri dengan peperangan tersebut sebagai tentera biasa dan tidak menyimpan di dalam hati perbuatan Amirul Mukminin pada waktu itu. 
Malah, Khalid al-Walid sentiasa bersangka baik dan positif dengan pemecatannya sebagai panglima kali ini. Setelah melalui beberapa peperangan, barulah terbongkar tujuan tindakan Umar yang memecat Khalid sebagai panglima. Hal ini kerana Umar tidak mahu orang-orang Islam pada masa itu berasa taksub dengan kegagahan Khalid dan Umar ingin membetulkan akidah umat Islam agar menganggap kemenangan bagi orang Islam disebabkan pertolongan daripada Allah Taala dan bukannya berpunca dari kehebatan Khalid al-Walid. Justeru, marilah kita mencontohi akhlak para sahabat yang sentiasa mengamalkan sikap bersangka baik sesama sendiri. 


ps: be optimistic !
pss: be optimistic and oppurtunistic !!


rujukan: buku Menerobos Sempadan Diri, tulisan Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah


5:37pm, 12 September 2011
BF, Brisbane
...::: berehat seketika sebelum sambung menyiapkan presentation microb.... :::....


0 comments:

Post a Comment

Komen anda..