Monday, September 19, 2011

Hadis 19: Pertolongan dan perlindungan Allah

Sambil menunggu Isyak tadi, saja baring-baring dan belek-belek Hadits Arbain (hadis 40, Imam Nawawi). Rasa sangat suka dengan Hadis 19 ini. Saja nak share di sini. Intipati hadis pun straight forward, InsyaAllah semua sahabat boleh faham.

HADIS 19
~ my favourite picture and quote~


Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: 

Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: 


Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran lembaran telah kering (dakwatnya). 

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih. 

Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi: Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang,nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. 
Ketahuilah bahawa bersama kemenangan ada kesabaran, bersama kesusahan ada jalan keluar,  dan bersama kesusahan itu ada kesenangan





8:18pm, 19 September 2011
BF, Brisbane
...::: sambil memerhati apa jua konflik/ dugaan/ cabaran/ mehnah di sekeliling, diri ini tersedar, semuanya Allah dah tetapkan dengan cantik sekali.. kenapa nak gelabah sangat... usaha dan buat kerja kita... selebihnya serahkan pada DIA... ::::....

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..