Wednesday, September 7, 2011

Cinta Sehujung Kuku

 
Pada suatu masa, tinggal sepasang suami isteri yang saling menyayangi.
 
Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Dia meminta kepada suaminya untuk tidak menghubungi dia langsung  selama sehari.

Si isteri berkata kepada suaminya, “Bila abang dapat melepasi syarat  itu, saya akan mencintai abang selamanya”. 
 
Si suami bersetuju. Seharian dia tidak sms dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana si isteri terkena kanser.

Keesokan harinya si suami itu pulang ke rumah. 

Air matanya menitis  melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertulis “Kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari..? Saya mencintai kamu selamanya..”
Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….

artikal disalin dari sini
 
|♥♥|
 
 
Lama rasanya TZ tidak diisi dengan apa-apa. Itu membawa maksud pemiliknya juga tidak terisi pape la tu.. :(  Assignments and minggu pertama raya. Memang tak sempat nak curi masa untuk mengisi rohani diri. Sedih sebab tak pandai 'mencuri' dalam bab ini. InsyaAllah akan curi jugak masa untuk update pasal pengalaman beraya di Brisbane untuk tahun kedua di sini. 
Petang ini, otak saya dah pening seketika. Bukak excel dan tengok semua nombor-nombor untuk assigment IRR tu saya pening. Bukak word, essay microbiology, saya pening. Bukak, tutup, bukak, tutup. Ok dah... kita blogwalking je. Malam ni kita sambung ye assignments. Will meet u tonight! :D

Saja, share cerita pendek berpengajaran pasal cinta (di atas). Ambil mood untuk Marriage Course this weekend... ngee :D
 
“You have so many University Degree courses to choose from for your employment – Engineering, Accounting, Medicine, Dentistry, Business and Economics. But there are no degrees to prepare for the most important, fulfilling and delicate job of all, one which each one of us has to do in our lives for years and can be the most rewarding or the opposite of all roles in life: Training for marriage life, to be an Islamic husband, Wife, Father and Mother!
from HikmahWay
 
Apa yang buat saya terasa nak pergi course ini?
Sebab nak kahwin nak menang trip umrah tu... macam la ada peluang kan, tak apa, kita cuba try dulu... tak dapat umrah trip, dapat tafsir ibnu kathir pun jadila kan... kalau tak dapat jugak, dapat ilmu (missing chapters) tu pun sudah berbaloi-baloi dah , insyaAllah ^_^

Kerana itu, kena siapkan semua assignments secepat mungkin....

 
 
6.29pm, 7 September 2011,
Social Science Library, UQ, Brisbane,
...::: tetiba terasa kehilangan Ramadhan, betul la kata orang, bila dah tak ada, baru rindu :::...
 
|♥♥|
 

4 comments:

  1. salam..k.ayu..macam sangat best marriage course..nk pergi...:(

    ReplyDelete
  2. salam,
    waaa..g ye kursus kawen tu..
    kawan2 saya pon ramai nak pi..tingin pulak..^^

    ReplyDelete
  3. Syaal >> tak apa lah, x brpluang lagi... exam first! all the best ^_^


    najwa>> insyaAllah plannya nk gi... moga diizinkn n dpt mnfaat... pergi la, kn dh ade geng tu... :D

    ahLia >> menarik kn? a different point to ponder about love... ^_^

    ReplyDelete

Komen anda..