Thursday, August 4, 2011

Video UOR: Sabar ya ma....



*5,6 kali saya replay video ni*

Cute miut sangat budak tu. Memang mencuit hati. Tapi mesej sampai, InsyaAllah.


(2:183) Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa,

So, macam mana nak jadi orang bertakwa tu?





(3:133) Maksudnya: Dan berlumba-lumbalah (bersegeralah) kamu kepada keampunan Rab (Tuhan) kamu dan jannah (taman/syurga) yang seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang yang bertakwa.

(3:134) Maksudnya: (Iaitu) orang yang menafkahkan hartanya ketika senang dan susah, *orang yang menahan marah dan memaafkan manusia. Dan Allah mengasihi orang ‘muhsinin’ (yang melakukan kebaikan)

(3:135) Maksudnya: Dan orang yang apabila mereka (tergelincir) melakukan kejahatan atau menganiaya diri sendiri, mereka (akan) ingat kepada Allah, lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dengan apa yang mereka lakukan itu, sedang mereka mengetahui.








*orang yang menahan marah dan memaafkan manusia --> SABAR











Salam UOR, 4 Ramadhan,10.30am
BF, Brisbane
...::: banyakkan bersabar dan berlapang dada ::::...

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..