Sunday, August 14, 2011

Tips Hilang Penat Dari Rasulullah SAW

- dia penat tapi maintain comel -
Bilamana kepala bahagian belakang hingga ke belakang tengkuk dan turun ke bahu terasa berat semacam, ditambah lagi dengan tarik nafas yang terasa seperti berat, ini maknanya diri penat. Penat fizikal. Dan bilamana mulut lebih suka diam berbanding berbicara, mata lebih suka pandang ke bawah berbanding pandang manusia lain itu maknanya diri penat. Penat emosi.

Bilamana keputusan nekad untuk keep going, 'bekerja' sambil belajar, percayalah penat fizikal dan penat emosi akan selalu datang. Cuma, perlu berjaga-jaga, jangan sampai rohani juga 'penat'. No matter what happen, jangan biar rohani dan iman kita 'penat'. Tak kiralah sepenat manapun fizikal dan emosi kita, rohani dan spiritual kena maintain cergas dan sihat.

Dan malam ini, fizikal dan emosi saya mula penat. Bilamana weekdays penuh dengan urusan belajar dan 'belajar' dan weekends penuh dengan 'bekerja', pada malam Isnin untuk minggu seterusnya seperti ini, saya perlu refresh balik tumuhat (obsession) saya yang mula goyah bila penat datang melawat.

Sekadar ingin berkongsi dengan sahabat TZ tentang Tips Hilang Penat dari Rasulullah SAW (yang diajarkan Baginda kepada Saidatina Aisyah:



Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."
 

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.
 

Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anaknya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s.a.w.ini.Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

InsyaAllah, marilah bersama-sama kita amalkan petua Rasulullah SAW ini.

Moga suatu hari nanti, tiada lagi istilah penat dalam kamus hidup kita sebagaimana daie ini:



Jom sahabat! Keep going. Jangan kalah dengan penat yang datang menguji pada waktu-waktu penting kita dalam mencari cinta R. Pertandingan merebut T ketika bersama R masih bersisa separuh masa terakhir.

Aplikasikanlah H H N tika berdepan dengan masalah cabaran ...

Hadapi!  --> Hayati! --> Nikmati!


~masa untuk 'mati seketika', moga dibangunkan kembali, InsyaAllah


tips disalin dari sini


9.42pm, 14 Ramadhan 1432H
BF, Brisbane
...::: sedang melatih diri untuk nikmati kehidupan yang penuh kepenatan, sekurang-kurangnya diri ini juga 'penat untuk melakukan maksiat' :::....


0 comments:

Post a Comment

Komen anda..