Tuesday, July 26, 2011

Soal Ikhlas


I. K.H.L.A.S

Susahnya nak ikhlas. Kadang-kadang tu rasa 'Macam aku tak ikhlas je nih'. Lepas tu, termenung sendiri dan rasa down! Buat apa buat kalau tak ikhlas kan?

Dan keikhlasan diri selalu teruji dengan orang sekeliling. Macam mana ya nak terima dengan ikhlas untuk 'bekerja' bersama seseorang yang dia juga ragu-ragu dan nampak 'terpaksa' memilih ini? Hati saya diuji, ikhlaskah aku menerimanya? Macam mana ya nak terima seseorang yang telah atau sedang melakukan sesuatu yang sukar ditafsirkan dengan ayat skema tapi somehow telah mengecewakan banyak hati. Susahnya untuk terus ikhlas menerima 'orang baik' yang kecewakan beberapa hati kerana tidak lagi menunjukkan qudwah hasanahnya. Sis, sometimes our action explain more than talk. In fact, the action will confirm or falsify our talk. Dan kadang-kadang tu, kata-kata kita diperhatikan dengan mata kasar, tapi perbuatan kita diperhatikan dengan mata hati.


Tapi, Macam mana nak tahu kita ikhlas kerana Allah ke tak?

Kata seorang akhawat, ada dua tanda kalau nak tahu kita ikhlas kerana Allah ke tak.

1) Kita masih di jalan yang sama dan tetap teruskan walaupun DIUJI.
(rasa macam mana nak menitis airmata ketika mendengar ini kerana saya sedang diuji dengan sesuatu yang sangat penting ketika itu (dan juga sekarang), rupa-rupanya Allah nak uji keikhlasan hati di jalan DIA)

2) Kalau rasa over confident dengan keikhlasan diri, means there is something wrong with your heart. Tapi kalau masih ada rasa takut-takut, 'aku ikhlas ke tak nih?', maknanya masih ok. Sahabat masih ikhlas.

Check dan semak lah keikhlasan hati masing-masing. Jika dirasakan tidak ikhlas, bermujahadahlah. Bermujahadahlah untuk ikhlas.

Sahabat,
Sepanjang perjalanan ini:
Its not about the rubbish inside our heart, its about how we sort it out --> MUJAHADAH!





7.36am, 26 Julai 2011, 8 degree
BF, Brisbane
( keikhlasan hati teruji tikamana memerhati di sebalik homepage 'mukabuku' )

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..