Tuesday, July 19, 2011

Petua Bercinta Sebelum Bercinta

Sebut soal cinta ramai yang suka. Dari yang sekolah rendah hinggalah ke peringkat datuk nenek kepada budak-budak sekolah rendah tersebut. Tapi definisi CINTA bagi setiap peringkat ini berbeza. Berbezanya definisi mereka, berbezalah cara mereka meraih cinta itu. Berbezalah juga penghayatan mereka terhadap cinta itu.

Entahla. Bila berbicara soal cinta, pasti soal cinta manusia yang dahulu terlintas di hati kita. Kenapa ya? Kita ni cepat sangat lupa pemilik sebenar cinta manusia itu kan? Kenapa kita selalu lupa DIA ea? Zalimnya kita kan bilamana tidak meletakkan hak cinta itu di tempat yang sepatutnya. Kenapa kita lebih mudah untuk cinta manusia-manusia ya? Sebab manusia berada di depan kita ke? Sebab kita nampak orang yang kita cinta tu ea? Memangla. Memang kita tak nampak DIA, tapi kita patut rasai cintaNYA. Tak rasa ke? Maksudnya jauh dari DIA la tu kan...

*Muhasabah Cinta*

Sebelum dan sambil-sambil kita raih cinta manusia, jom kita hangatkan lagi cinta kita denganNya. Dan InsyaAllah DIA akan bagi kita cinta hamba-hambaNya yang juga mencintai DIA. Seronok tak kalau dapat yang macam tu? Mestila seronok!!!

DIA bagi kita bercinta dengan orang yang kejutkan kita untuk solat malam. DIA bagi kita bercinta dengan orang yang ajak kita sama-sama puasa sunat. DIA bagi kita bercinta dengan orang yang ajak kita bersama-sama infak kan sebahagian harta samada sedikit mahupun banyak kepada jalanNya. DIA bagi kita bercinta dengan orang yang akan sama-sama baca Al-Mathurat setiap pagi dan petang walau di mana kita berada hatta stesen keretapi. DIA bagi kita bercinta dengan orang yang selalu memegang, membaca dan tadabbur ayat-ayat cintaNya. Dan ayat-ayat yang menjadi pengikat cinta kita dan orang tu adalah ayat-ayat cintaNya. Tak ke terlebih madu (baca: sweet!) tu. ^_^

Nak tak?

Mestila nak kan!

Kalau nak, kita kenalah sama-sama perbaiki cara kita BERCINTA dengan DIA. Kalau kita semua dapat raih cintaNya, mestilah lagi banyak peluang untuk setiap dari kita mendapatkan cinta orang yang mencintaiNYA juga.

Jom, kita baca petua/tips bercinta denganNYA:

Petua 1:


"................................ Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri."
[al Baqarah:222]

Petua 2:


" Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[ali Imran:31]

Petua 3:


"........... Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar."
[ali Imran :146]

Petua 4:


"......... Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya."
[ali Imran: 159]

Petua 5:


"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan."
[al Maidah: 93]

Petua 6:


"........ Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertakwa."
[at Taubah:7]

Petua 7:


"........Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil."
[al Mumtahanah:8]

Petua 8:


"Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." [as Saff :4]

Daripada ayat-ayat al Quran di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa untuk menjadi hamba Allah yang dicintaiNya, kita haruslah:

1. Sentiasa bertaubat dan mensucikan diri (zahir dan batin).

2. Sentiasa melakukan segala apa yang diperintahNya (melalui RasulNya) dan meninggalkan segala laranganNya.

3. Sentiasa bersabar.

4. Sentiasa bertawakkal.

5. Sentiasa berbuat kebajikan.

6. Bertaqwa.

7. Sentiasa berlaku adil.

8. Berjuang di jalan Allah dalam satu barisan.




Jom, jadikan Ramadhan ini sebagai bulan bercinta denganNya... ^_^


artikal asal di sini


4:13pm, 19 July 2011
BF, Brisbane


0 comments:

Post a Comment

Komen anda..