Saturday, July 16, 2011

Allahumma Ballighna Ramadhan

Malam ini malam nisfu syaaban.

Terasa ingin melihat senario 'dunia luar'.
*Home Facebook dibukak*

Status 1:

nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib.

sama - sama beramal! ;)


Status 2:

Baginda SAW berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban & memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Status 3:

kitab amalan setahun akan berganti malam ni.
T.T *berat sebelah mana lah hai~


..:: 'yang itu' mungkin akan pergi, tapi nafsu dalam diri tetap ada..::
Alhamdulillah, rasa 'sejuk' membaca status-status sebegini. Tapi yang lain-lainnya ada juga. Masih lagi update status dengan bilangan jaringan gol Liverpool vs Malaysia. Ada juga yang update status dengan aktiviti berseronok dan berjalan-jalan makan angin esoknya, "Mount Buller". Ada yang homesick, update status dengan 'saket rumah'. Ada yang tengah bergembira dengan manisnya ukhuwah, update status dengan 'sayang kamu fillah'. Ada yang sedang berdepan dengan ujian, update status yang memberi motivasi. Pelbagai ragam yang boleh saya lihat di Home FB (sekali imbas). Dan pelbagai lagi di luar sana. Dan mungkin pelbagai ragam hambaNya jugakla yang Allah SWT sedang tengok malam ini, malam-malam sebelum ini dan malam-malam akan datang. Cuma, hambaNya yang selalu terlupa, DIA sedang memerhati setiap saat. Dan pada malam 'buku' ditukar, berapa orang antara hambaNya yang sedar ini. Dan berapa orang pula yang sedar dia akan berpuasa ~15 hari lagi. Persiapannya bagaimana?

Entah kenapa, hati saya lebih banyak terarah kepada Ramadhan berbanding kepada Syaaban ini semata-mata. Jom kita 'revise' dan 'lets do it' tips-tips persediaan menghadapi Ramadhan. Moga-moga kebaikan melakukan amalan-amalan ini pada bulan Syaaban kita dapat, kebaikannya yang berganda pada bulan Ramadhan nanti pun kita dapat, InsyaAllah.



Persediaan dan Cara-caranya:

Iman

1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).

Ilmu

1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.

Dakwah

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.

Keluarga/Rakan-Rakan(Housemates)

1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.
2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.

Keazaman


1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

Jihad

1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.



- rindu zaman-zaman berada di rumah dan bersama-sama keluarga dengar pengumuman ini -


الَلهمَ بلَغنا رمضان
“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
- doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah apabila mendekati Ramadhan -



10.22pm, 16 July 2011
BF, Brisbane
....:::: moga diri ini sempat sampai ke Ramadhan kali ini dan diberi kemampuan untuk menjadikannya lebih baik dari Ramadhan sebelum ini, InsyaAllah ::::....



2 comments:

  1. kak ayu, nak mabek part of this post nak letak dlm fb note boleh? ^_^

    ReplyDelete
  2. alamak lily... sorry br nk reply... huhu

    silakan...

    copy je pape yg brmnfaat dr TZ.. x de masalah :)

    ReplyDelete

Komen anda..