Thursday, June 2, 2011

Tak nak change ke?

Aisyah dan Laila berjalan menuju ke arah gerai di mana Ahmad sedang bekerja sambilan di pasar malam di kawasan setempat mereka.

Laila: Aisyah, aku segan la ngan Ahmad tu.

Aisyah: Apsal plak ni?

Laila: Ko tengok la aku ni, aku tak bertudung. Ahmad tu kan jenis yang baik orangnya. Ko takpe la, tudung labuh.

Aisyah: Aik, tau pun segan. Ngan Allah tak segan plak ye?

Laila: Weh, cheap shot nampak!

Aisyah: *Ketawa*...aku teasing aja. Jangan risau la. Si Ahmad tu friendly orangnya. Rilek sudey! Persoalannya skang ialah ko nak makan nasi lemak tak?

Laila: Ala, mesti la aku nak.

Tiba-tiba ada orang panggil Aisyah.

Susan: Aisyah!

Aisyah: Eh Susan, long time no see! Laila, ko gi beli nasi lemak ko tu. Aku nak gi jumpa kawan jap.

Aisyah pergi berjumpa dengan rakannya. Laila pula berjalan perlahan-lahan menuju gerai nasi lemak Samad. Berat langkahnya kerana dirinya terasa janggal dengan rambut yang terdedah.

Laila: Assalamualaikum!

Laila cuba untuk tidak bertentangan mata dengan Ahmad kerana segan. Dia menunggu-nunggu komen Ahmad tentang dirinya yang tidak bertudung itu. 

Ahmad: Waalaikumussalam warahmatullah! Macam kenal je, Laila kan?

Laila: Iye.

Ahmad: Lama tak jumpa. Apa khabar?

Laila: Baik.

Ahmad: Ha Laila, sila la pilih nak nasi lemak yang mana satu.

Laila mengangkat sebungkus nasi lemak dan menghulurkannya kepada Ahmad. Ahmad meletakkannya dalam plastik. Dalam hati Laila, dia masih menunggu Ahmad untuk komen tentang auratnya. Laila menghulurkan wang.

Ahmad: Terima kasih.

Laila beredar.

Ahmad: Eh Laila, tunggu jap!

Laila terhenti. Hatinya berdebar-debar. Mungkin saat yang dia tunggu telah tiba.

Ahmad: Tak nak change ke?


Mendengar kata-kata itu, Laila menjadi marah. Laila melangkah ke arah Ahmad.

Laila: Eh, ikut suka la bila aku nak change! Aku tau la tudung tu wajib, aku pun belajar Pendidikan Islam jugak la!

Ahmad tergamam. Dengan rasa bersalah, dia menyusun kata-katanya dengan berhati-hati. Dengan lafaz Bismillah dalam hatinya dia berkata...

Ahmad: [Nada lembut] Maafkan aku Laila. Maksud aku tadi ialah ko nak duit baki (change) tak?

Laila: ...

Laila mengambil bakinya dan beredar.

Aisyah: Dah dapat nasi lemak ko?

Laila: Dah. Actually, aku dapat lebih dari tu.

credit to aimanazlan

*Senyummmmm*

Kalau saya balik Malaysia, pergi beli nasi lemak kat pasar malam, mungkin saya akan senyum sorang-sorang sebab teringat kisah ni. *senyum*

Dalam maksudnya bukan?

Ok! Kita generalkan mesej dialog di atas. Maksudnya, kita bincangkan mesej secara general bukannya merujuk kepada isu perempuan tidak bertudung yang tahu tapi buat-buat tak tahu.

Kita generalkan kepada isu kita. Ya, kita! Kita semua. Setiap dari kita pasti punya perasaan ingin berubah dari yang tidak baik kepada yang baik. Juga nak berubah dari yang baik kepada yang lebih baik.

Tapi kenapa susah sangat ye untuk kita bertindak dan lakukan perubahan tersebut? Nak tunggu orang tegur dulu ke? Nanti kang melenting macam cik adik kat atas bila abang 'pakcik' tu tanya 'tak nak change ke?'.

Tapi tu la, kadang-kadang nak kena 'ketuk secara kasar' camtu kot baru kita nak tersedar. Itupun kalau kita boleh menerima teguran orang secara positif.

Hurmmm...

Perasan tak sebenarnya, kalaupun tiada orang/manusia yang menegur kita samada secara lembut atau kasar kurang lembut, Allah selalu menegur dan mengetuk hati kita.

Suka untuk saya ulang tulis (mungkin ada yang dah selalu dengar nasihat ni) di sini:

"Kalau Allah ketuk pintu hati kita ke arah kebaikan, cepat-cepat bukak pintu hati tu untuk terima ketukan. Takut-takut nanti, itu adalah ketukan terakhir yang Allah nak bagi kat kita"

Memanglah kadang-kadang tu untuk 'change' dan melakukan perubahan dari kurang baik ke lebih baik, banyak yang kita kena korbankan. Ya sahabat! Banyak sangat yang perlu dikorbankan! Banyak!!! kalau ceritakan kat sini, memang banyak, dan post ini akan jadi panjang...

Kalau setakat $100 untuk bayaran ke program yang memberi kebaikan bukanlah apa sangat sebenarnya bila dibandingkan dengan kemampuan membeli barang-barang kemahuan (bukan keperluan!) yang lain. Memang, kadang-kadang, Allah uji kita. Kita tak dapat apa-apa sangat daripada program pertama yang kita sertai. Tapi Allah nak tapis kita tu. Allah nak tengok kita akan teruskan usaha mencari kebaikan ke tak. Dan kalau Allah nak bagi kebaikan pada kita, Allah bagi kefahaman agama. Apa lagi yang penting sahabat? Apa lagi yang lebih penting daripada kefahaman kepada agamaNya? Kalau sahabat tak faham maksud ini, maknanya belum lagi merasai 'kehangatan' memahami agama Allah tu.

Akhir kata, bilamana datangnya persoalan 'tak nak change ke?' tu, cepat-cepat lah kita jawab, Ya, saya nak change baki! Sebab mungkin saja persoalan tu tak akan pernah hadir lagi untuk 'menjentik' hati kita supaya lembut. Dan ketika itu mungkin saja, hati kita sudah makin 'mengeras' dan sukar 'dijentik' mahupun 'diketuk'. Nauzubillah. Moga dijauhi.

Jom! sama-sama pilih untuk change! Moga Allah permudahkan niat ikhlas kita, InsyaAllah ^_^




2 comments:

  1. yg pasti, jgn smpai Allah xmahu amik peduli atas apa2 yg kita lakukan..nauzubillah..

    ReplyDelete

Komen anda..