Saturday, June 11, 2011

Palestin kisah kita bersama

~kisah kita bersama~
Semalam, 10 Jun 2011 bertempat di UQ, satu Ceramah Palestin telah diadakan. Walaupun miggu ini adalah minggu exam, tapi rasa rugi kalau lepaskan peluang untuk mendengar ceramah isu ummat ni hanya semata-mata ujian dalam dewan peperiksaan yang hanya beberapa jam. Sedangkan rakyat Palestin telah melalui ujian hebat itu berpuluh-puluh tahun. Lagipun rasa dah jarang dengar isu Palestin ni. Kali terakhir saya dengar kisah Palestin adalah ketika cuti summer yang lepas dari Dr. Ustaz Hasanuddin bin Mohd Yunus, Pengerusi Aqsa Syarif. Dan rasa sangat gembira melihat wajah-wajah teman Brisbane yang datang bersama, terutamanya adik-adik yang ada exam hari ini. Moga Allah permudahkan kalian untuk menjawab exam hari ini. InsyaAllah.

Dr. Fauziah
Sedikit kisah tentang penceramah iaitu Dr Fauziah Mohd Hassan. Merupakan seorang doktor pakar sakit puan di Ampang Puteri dan juga salah seorang board of trustee Aqsa Syarif Berhad iaitu suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Beliau banyak terlibat dalam misi kemanusian dan pernah menyertai Humanitarian MERCY Mission ke Palestine, Pakistan, Aceh, Afghanistan, Maluku dan juga Kosovo. Sebenarnya beliau sedang bercuti di Brisbane tapi jiwa seorang yang hebat tak akan membiarkan cuti berlalu sekadar bercuti. Tetap ingin memberi dan terus memberi. Semuanya melalui perantara anak saudaranya yang menyarankan untuk diadakan satu ceramah Palestin ini di sini.

Apa kaitan kita dan Palestin?

Bukan senang nak terangkan apa kaitan kita dengan Palestin nih. Kita di Malaysia. Bukannya rakyat Palestin. Negara jiran pun tak. Saya ambil tahu pasal isu Palestin secara sedar (sebab sebelum ni tak pernah ambil tahu!) dari tahun lepas tapi secara jujurnya tak nampak sangat apa significant isu Palestin ini. Bukan senang nak dapatkan betul-betul kesedaran akan isu ini dan lagi-lagi susah bila nak maintain kesedaran itu. Sebab itu, bila situasi mengizinkan, kena hadirkan diri ke talk, ceramah untuk mengambil tahu kisah Palestin.

Mungkin bagi yang sudah biasa mendengar ceramah Palestin akan menganggap ini point ulangan, tapi kena ulang sebab cepat sangat lupa!

Palestin adalah isu aqidah umat Islam dan kita ada tanggungjawab ke atasnya. Ini merupakan petanda kekuatan pegangan ummat Islam. Dari sudut Islam, Palestin adalah Bumi Barakah, Bumi Anbiya', adanya Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama.


Antara keistimewaan Masjidil Aqsa adalah:
1) kiblat pertama
2) salah satu dari 3 masjid utama untuk solat
3) tempat berlakunya Isra' dan Mikraj
4) merupakan kiblat para Anbiya selepas Yaakub
5) digalakkan menziarahinya (masjid ketiga suci)

Dan sekarang, Masjidil Aqsa ini sedang dikorek Zionis. Kalau tengok gambar, memang nampak ok, tapi sebenarnya tanah di bawahnya sudah berlubang dikorek Zionis Laknatullah. Mereka menganggap itu juga tempat suci mereka.

Dan antara point yang saya sangat suka adalah tentang Bumi Palestin Bumi Barakah.


Maksudnya: Mahasuci (Allah), yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari MasjidilHaram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat. (Al-Israk:1)

Mengikut tafsir Syaamil Al-Quran, 'hawlahu' iaitu berkah itu kerana para nabi diturunkan di negeri tersebut berikut kesuburan tanahnya.

Dan saya suka penerangan Dr. Fauziah mengenai 'concentric circles'. Keberkatan itu berpusat di Masjidil Aqsa dan radiates ke seluruh dunia tapi dengan keamatan (intensity) yang semakin berkurangan. Dan Baraqah itu sendiri bererti ketenangan jiwa. Dan kita, memang kita jauh dari Palestin, tambah-tambah yang duk di Down Under state ni =.= . Tapi persoalan jauh jarak itu tak sepenting persoalan sejauh mana hati kita tertaut dengan Bumi Barakah itu. <--- things to ponder, seriously!  


Sejarah Isu Palestin dan Pencerobohan Israel

Part ini sebenarnya sangat panjang untuk dihuraikan dan sangat penting. Perlu dengar lagi banyak ceramah Palestin, kena lagi rajin menekan-nekan pak cik google, kena lagi banyak membaca buku-buku isu Palestin.

Tapi secara ringkasnya, ianya bermula pada penghujung zaman Turki Uthmaniyyah, pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, 1876. Kemudian berlakunya Perjanjian Balfour 1971. Diikuti Partition Plan 1947, Resolusi 181 PBB. Ada satu peristiwa malapetaka yang dinamakan Hari Nakhbah pada 15 Mei 1948. Kemudiannya ada 6 Hari Naksah iaitu 5-10 Jun 1967. Ada juga Perjanjian Oslo.

Fuhh! memang blur la tengok semua tu @_@ ... Antara banyak-banyak tu, satu je yang saya agak tahu kisahnya iaitu Hari Nakhbah. Sebab baru lepas dan kami berkongsi kisah itu sesama ahlul bait dan adik-adik usrah. Yang lain blur2 lagi... Kena banyak bertanya dengan pakcik google dan cik buku la nampaknya. Moga Allah izinkan diri ini terpilih untuk mendapat kebaikan, iaitu kefahaman dalam agamaNya, InsyaAllah.

Untuk setiap peristiwa tu, satu post yang lebar panjang diperlukan. InsyaAllah, nanti kita berkongsi lagi k!

Ok! Tak kiralah berapa banyak yang kita tahu tentang sejarah itu, tapi yang paling penting adalah part TAKE ACTION! tapi nak buat apa nih? pergi perang????

JOM! erk! tapi dalam dewan exam la...

By the way, berani ke nak pergi berperang? Kalau nak tengok para syuhada yang berlumuran darah, yang tidak berkepala, tidak bertangan, tidak berkaki pun takut-takut? Hurmm, masing-masing ada jihad masing-masing di sini. Saya dulu juga sangat takut semua itu. Maunya 2 minggu duk terbayang gambar tu je. But at one point in my life, I force myself to look at those pictures. Dan tak sangka sekarang saya dah boleh tengok gambar para syuhada yang tidak berkepala. Tapi tak la tenung lama-lama.. huhu.. Berdebar-debar juga tengok tapi Alhamdulillah tak adalah sampai menghantui hidup. Berdebar-debar dan 'getaran' di hati itulah yang penting saya rasa. Supaya kita ni sedar siapa kita dan tanggungjawab kita. Tak akan nak bergelak tawa sahaja setiap hari kan?

Apa yang kita boleh buat?

1) Masukkan mukjizat (Al-Quran) dalam hati, jiwa dan amal
2) tambahkan kekuatan iman, ilmu, teknologi, dana dan lain-lain
3) kesatuan ummah yang utuh
4) belajar daripada sejarah
5) mesti ada misi dan visi seperti Muhammad Al-Fateh
6) memastikan kita jalani kehidupan dengan Islam sebagai ad-deen yang suci, kamil wa syamil
7) meyakini kemenangan
8) BOIKOT !!!
9) sokongan harta dan fikiran


Tapi yang pasti, satu je saya nak cakap.

Allah telah menjanjikan kemenangan. Dan DIA tak memerlukan kita untuk memberi kemenangan. Kita yang memerlukan DIA.

Andai kita tak mahu naik TRAIN DAKWAH ini, ramai lagi akan naik. Allah akan ganti dengan orang lain. Persoalannya kita. Adakah kita mahu atau tidak? Untuk muhasabah diri sendiri juga..



9.04am, 11 Jun 2011, 12degree
BF, Brissy
1st exam day di Uni, Bella Hana: smoga Allah permudahkan urusanmu dik!
~masa untuk belajar sungguh-sungguh, man jadda wajada, my time is running out~


3 comments:

  1. erkkk, tonight supposed to be an event reg palestine down here. igt tak nak pergi because of exam selasa ni. alhamdulillah have read this post. jzkk for the constant reminder <3 <3 <3

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, moga Allah permudahkn urusan Lily nk jwb exam tu nnti... pergila dgr... jadikan itu sbg ceramah motivasi utk mguatkn lg smgt Lily nk stdy! Nak mnolong mreka d sana kita x mmpu, tp skurang2nya kita ambil tahu kisah mreka dgn mghadiri ceramah Palestin...

    Bittaufiq Wannajah Lily.. ^_^

    ReplyDelete
  3. salam..k.ayu nanti kalau dah buat post tentang semua history2 tu...link kan lah ke post ni tau..=)

    ReplyDelete

Komen anda..