Tuesday, June 7, 2011

Doa untuk menghadapi peperiksaan

~dah nak final exam lagi sekali rupanya.. ~

Minggu ini merupakan minggu SWOTVAC bagi kami di UQ. SWOTVAC ni macam 'study leave' la sebenarnya. SWOTVAC tu istilah yang digunakan di sini. Merujuk kepada 'Study Without Teaching Vacation. (tanx p.cik google ^_^).  Ada sesetengah universiti di Australia ini dah pun start minggu exam mereka, tapi kami di sini hari exam pertama universiti adalah pada 11 Jun 2011, Sabtu nanti. Walau di state mana pun sahabat berada di Australia ini, yang sedang dan bakal menghadapi hari-hari peperiksaan dan juga buat sahabat-sahabat di Malaysia mahupun negara-negara lain, semoga urusan pembelajaran kita semua dipermudahkanNya, InsyaAllah.

Kalau zaman sekolah dulu, di samping mengajar, cikgu akan ajar doa-doa yang berkaitan untuk kita bukan? Tapi dah besar-besar ni, kena pandai-pandai berdikari. Saya cari balik doa-doa yang boleh kita amalkan. Moga ada kebaikannya, InsyaAllah.

Doa memulakan ulangkaji:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

Doa selepas mengulangkaji:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْء

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa pada hari peperiksaan

Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya:“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Ketika menerima kertas soalan:


قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

atau


اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Jika sahabat terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.

Kita sambung sikit dengan tips-tips study leave or SWOTVAC ni:


1. Susun pembelajaran sahabat mengikut jadual.

2. Bahagikan hari-hari untuk setiap subjek.

3. Senaraikan tajuk-tajuk penting untuk setiap subjek.

4. Jawab latihan di dalam buku-buku latihan ataupun soalan-soalan pada tahun lepas.

5. Bagi pembuat nota yang berjaya, manfaatkan nota-nota semaksimum mungkin.

6. Sesekali adakan perbincangan ilmiah dengan ahli study group anda (bagi yang ada) ataupun dengan ahli beit (housemates).

7. Jangan terpengaruh dengan cara study kawan-kawan anda.

8. Junior-junior boleh bertanya kepada senior-senior yang terlebih dahulu makan garam untuk mendapatkan lebih keyakinan dan maklumat-maklumat penting tentang peperiksaan.

9. Jangan cuba menekan teman-teman dengan soalan yang tidak logik dan memeningkan fikiran.

10. Jika masih payah untuk memahami dan menghadapi kekangan masa, hafal sajalah fakta tersebut sama seperti yang tertulis di dalam buku teks dan fahami isi sebenar hanya selepas peperiksaan. =.=

~tips-tips di atas hanyalah sebagai rujukan tambahan~

Tapi ada dua perkara yang kita perlu titikberatkan juga sepanjang minggu peperiksaan ini (terutamanya) dan juga sepanjang tahun (sebenarnya) iaitu:

1) hubungan kita dengan manusia
2) hubungan kita dengan Allah

Pertama, tunaikan hak ke atas orang lain. Jangan lupa tanggungjawab dan hak kepada ahlul bait yang perlu ditunai. Jangan pentingkan diri dan bersikap kedekut ilmu. Sharing is caring kan? Dalam situasi sesiapa sahaja boleh stress bila-bila masa ni, kita kena la sama-sama jaga hati sahabat dan jangan cari pasal! :D

Kedua, dekatkan lagi hubungan dengan Allah. Kena sentiasa ingat DIA. Macam mana kalau kita nak sesuatu dengan mak ayah, kita buat baik kan? Ini apatah lagi dengan Allah yang menciptakan kita. Kena lagi rapat dengan DIA (dah lepas exam pun kena rapat denganNya jugak tau!). Niatkan belajar ini untuk mendapat keredhaanNya.

Akhir kata, BITTAUFIQ WANNAJAH ! MAN JADDA WAJADA!

Bittaufiq - dengan petunjuk
Wannajah - dan kejayaan
maknanya: moga diberikan petunjuk dan kejayaan

Man Jadda Wajada - barangsiapa bersungguh-sungguh pasti dapat



~semoga bermanfaat~

rujukan :
1. koleksi doa dari sini
2. tip-tips study leave dari sini



3.14am, 7 Jun 2011, 14degree
BF, Brissy
SWOTVAC sem 5 (third year)

~nak siapkan report microb sebenarnya, tapi terfikir nak kena study untuk final jugak =.= ~

4 comments:

  1. binnajah ya ukhti...
    suke utk berkongsi..
    yg dilihat & diukurNYA bkn sejauh mana usahamu..
    tp yg d harap sjauh mana TAWAKKAL, PERCAYA nan jitu..
    pergantunganmun padaNYA...
    tp x bermakna tdk perlu berusaha..
    USAHALAH semampumu..
    tp jgn sesekali beraqidah bhw byk usahamu penentu kejayaan..
    ttpi berimanlah bhw TAWAKKALmu itu sebenarnta hanya semata-mata padaNYA...
    itulah penentu kejayaanmu..
    kejayaan bkn milik sesiapa...
    ttp adalah milik ALLAH...
    jd, seyakinnya dikau pohon dariNYA semata..
    ;)

    ReplyDelete
  2. Bitaufiq wannajah ya ukhti..:)

    ReplyDelete
  3. murabbi,

    Subhanallah, itulah kata2 motivasi n dorongan yg dperlukan... jzkkk ukhti! ^____^

    wlaupun kite tak prnh brsua muka, ukhuwah fillah d alam maya ini ade 'sweet'nya bilamana akidah n kefahamannya sama...

    smoga murabbi sntiasa dlm rahmatNya... ^_^

    ReplyDelete
  4. WaNie^^,

    jzkkk ukhti... moga ukhti juga sntiasa brjaya dlm apa jua yg ukhti lakukan... ^_^

    ReplyDelete

Komen anda..