Sunday, May 8, 2011

Melatah ke tak?

Jika ada satu yang menyedihkan, carilah 10 lagi yang menggembirakan. Misi mencari 10 yang menggembirakan... Mood kena maintain baik, gembira dan bersemangat walaupun sebenarnya agak 'weng', at least till 11.59pm tomorrow night, due date submission essay psyc.. hoho!

Dalam mood nak meneruskan semangat, rasanya salah satu benda yang menggembirakan adalah dengan berkongsi ilmu berfaedah. InsyaAllah, moga bermanfaat.

Baca balik tajuk.

Melatah ke tak?

Ni bukan melatah yang style, "oitt! mak hang!". Tapi melatah versi lain sikit.

Sebelum tu, jom baca kisah Rasulullah SAW dan buah limau ini dan kemudian kita tengok pasal Melatah ke tak? pulak.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Keterangan:

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


Ok! Dah habis baca.. (senyum)

Pagi semalam, bertempat di meja makan ruang tamu BF, disaksikan cermin-cermin di dinding, barang-barang makanan yang bersepah belum dikemas atas meja, dua orang insan yang sedang tidur (tak cukup tidur sebab tidur pukul 3 pagi) di kerusi ala-ala katil ruang tamu, saya dan seorang adik berborak. Err.. sebenarnya dah lupa borak pasal apa, tapi yang pasti saya ingat kisah Rasulullah di atas yang diceritakan oleh si dia. (describe scene punyala dramatik, tapi lupa topik cerita =.=). Sebelum saya lagi terlupa, baik saya share sekarang jugak.

Saya nak kaitkan dengan kisah hot yang baru-baru berlaku. Pasal Osama bin Laden.

Dalam kalut-malut dengan assignments, tetiba heboh di facebook pasal kematian Obama Osama bin Laden. Mula-mula malas (banned malas!) tak rajin nak ambik tahu sangat, tapi macam kena ambik tahu jugalah sesikit pun. So, saya baca je la apa-apa yang pendek dan ringkas di media elektronik ni.

Nak share sikit pasal respon ini,

1. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

2. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

3. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

4. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

5. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

dari sini

Saya nak quote yang ini,

"sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel"

Sebenarnya isu ini jauh lagi penting daripada isu Osama bin Laden. Betul ke kejadian 9/11 tu dia dalangnya, betul ke dia telah terbunuh, setelah 10 tahun? Macam-macam persoalan yang timbul.

Tapi, saya rasa apa yang berlaku ini tak lain tak bukan hanya nak tengok kita, orang Islam ni, melatah ke tak. Nak tengok apa respon kita. Mungkin juga nak timbulkan balik isu, Muslim is terrorist. Janganlah. Nanti, kami di luar negara ini yang akan menerima tempiasnya dulu.

Sama juga dengan kes 'melukis potret Rasulullah' yang pernah heboh di facebook dan media elektronik yang lain satu ketika dulu. Nak tengok kita melatah ke tak jugak tu. Macam-macam idea yang keluar, 'kalau sayang Rasulullah kena bersuara lantang mengatakan protes'. Macam-macam kata-kata sesat kesat dikeluarkan, kononnya respon dan sayangkan Rasulullah. Saya bukanlah nak memberi hukum, haram bagi respon macam tu. Tapi nak tanya jugak la, abang-abang yang respon macam tu tu, 'pergi sembahyang subuh kat masjid tak pagi tadi bang?", adik-adik manis pulak, "adik pakai tudung tapi pakai baju T saiz 'adik-adik' lagi ke?"

Kadang-kadang kita tak perlu respon sangat dan melatah pun dengan isu-isu macam tu. Banyak lagi isu lain yang lebih penting.

Jom, tengok balik kisah Rasulullah SAW di atas. Bagaimana Rasulullah SAW berusaha untuk menelan kesemua limau masam tersebut dan tak lupa untuk terus tersenyum bagaikan limau itu limau yang sedap. Apa tujuan Rasulullah ea? Tak nak bagi para sahabat merasa ketidaksedapan buah limau tersebut dan kemudiannya memberi respon yang tidak bagus pada nonmuslim tersebut. MasyaAllah! hebatnya peribadi Rasulullah kita. Boleh dipraktikkan dalam urusan seharian ni. Dan satu lagi point yang boleh dikaitkan, janganlah melatah! Rasulullah sendiri tak nak bagi peluang kepada para sahabat untuk melatah sebab itu Baginda sanggup makan kesemua limau yang masam tersebut.

Moga Bermanfaat.


2 comments:

  1. Subhanallah,akhlak Baginda ialah al-quran. Semoga Allah bg kekuatan Dan ilham kepada sy Dan akak utk mencontohi akhlak Baginda

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Lily... akhlak yang automatik hadir itu sangat la susah nak capai, tapi kita perlu berusaha.. Allah kan pandang usaha tu yg pntg.. ^_^

    ReplyDelete

Komen anda..