Tuesday, May 17, 2011

Jom Berusaha Kerana Allah

Success! (baca dengan suara baby)

Ada 3 minggu lagi sebelum exam final. Tapi exam midsem pun tak habis-habis lagi. Ada satu subjek yang dengan kehendak Allah, ada additional exam kerana kejadian missing papers masa midsem exam aritu. Assignments pun masih banyak. Presentation, report, exam dalam masa 3 minggu ini. Dan seharusnya dalam masa tiga minggu ini juga, revision untuk exam final sepatutnya bermula. Tapi, tak perlu tanya, memang jawabnya belum mula ulangkaji lagi la kan. Haru saya dengan 'ilmu sihir' ini dah memasuki zon birunya (haru biru...saya suka biru tapi bukan haru biru.. camne nih.. =.= ). Tambah lagi dengan urusan lain yang InsyaAllah saya yakin tak akan menjejaskn urusan pelajaran saya (sepatutnya). Sedang berusaha.

Teringat kenangan dekat-dekat nak exam final masa first year dulu. Kalut macam ni jugak. Dah nak dekat exam final, assignments tak habis-habis lagi. Dah third year pun macam ni jugak. MasyaAllah, kadang-kadang rasa nak menjerit cakap, 'dah-dah la assignments nih, nak study untuk exam final pulak!'. Tapi Allah tak bagi itu terjadi. Sampai ke third year macam ni jugak situasinya. Tak reti-reti nak faham lagi ke kan? Allah bagi tu kan ikut kemampuan hambaNya... Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya... (2:286)



Soal Exam

Bila berbicara soal exam pasti semua kita menginginkan keputusan cemerlang.Ya, Cemerlang! Benar, bagus sekali niat tersebut. Jika kita dapat keputusan cemerlang pastinya kita akan lebih dipandang tinggi oleh masyarakat menandakan umat Islam itu hebat, orang Islam itu bijak. ‘Islam itu hebat dan hanya dipegang oleh orang-orang yang hebat’. Kita semua nak jadi orang yang hebat kerana ingin menampakkan Islam itu hebat. Apatah lagi, Allah lebih menyukai mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah bukan?

Orang beriman yang kuat lebih disukai Allah s.w.t berbanding orang mukmin yang lemah’. Di manakah kekuatan orang beriman sebenarnya? Adakah hanya pada peperiksaan bertulis semata-mata? Mendapat keputusan cemerlang lalu merasakan diri sendiri adalah seorang yang sangat bijak. Lalu lupa, Allah yang Maha Bijaksana lah yang memberikan kebijaksanaan itu.

Soal Keberkatan.

Keberkatan. Satu perkataan yang sangat sukar digambarkan dengan kata-kata kerana ianya halus dan tidak nampak. Mata kepala akan melihat buku untuk ditelaah, mata hati pula akan melihat keberkatan di sebalik ilmu yang diperoleh. Melihat dengan mata kepala membolehkan kita membaca, memahami ilmu, menghafal untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan. Mata hati pula membolehkan kita melihat jalan menuju Allah melalui segenap ilmu yang diperoleh. Itulah keberkatan ilmu. Semakin berkat sesuatu ilmu itu, semakin terbuka luas jalan untuk mendapatkan cinta Allah. Inilah mukmin yang kuat. Mukmin yang melihat dengan mata kepalanya dan mata hatinya. Mukmin yang tidak melepaskan setiap peluang untuk mendapatkan redha dan cintaNya.

Mungkin kita boleh dikatakan sudah hebat untuk melihat dengan mata kepala. Kita semua tidak ada masalah untuk berusaha, kerana Allah s.w.t telah memberi kelebihan zahir kepada kita. Kelebihan dari sudut kebijaksanaan dalam menganalisa sebagai seorang pelajar universiti (samada dalam negara mahupun luar negara). Namun ingatlah, kelebihan kurniaan Allah itu disertai dengan tanggungjawab yang berat.


Pepatah barat ada mengatakan bahawa ‘great power comes with great responsibility’. Oleh itu, tidak ada lebihnya kita berbanding mereka yang tidak Allah kurniakan kebijaksanaan seperti mana kita, kerana ukuran Allah itu hanyalah pada setakat mana kita akan menggunakan kelebihan kurniaanNya itu untuk mencari redhaNya. Jika seseorang yang diberi kelebihan mengangkat kayu api sekalipun, adalah sama dengan kita yang diberi kelebihan pada kecerdikan otak, asalkan dia dan kita sama-sama berusaha bersungguh-sungguh menunaikah amanah Allah dengan kelebihan tersebut. Mungkin kita akan lebih dari sudut dunia, namun itu langsung tidak memberi apa-apa erti kerana hakikatnya, hidup di alam dunia ini paling sekejap berbanding kehidupan roh kita di alam-alam seterusnya.

Mereka yang dikurniakan kelebihan ini perlu belajar untuk menundukkan sifat angkuh manakala mereka yang lemah pula perlu belajar untuk redha dengan segala pemberian Allah. Lihatlah, Allah s.w.t itu Maha Adil dalam memberi kepada setiap hambaNya bukan? Menundukkan sifat sombong 'ujub dan menanam sifat redha dengan pemberian Allah bukanlah sesuatu yang mudah. Namun kedua-dua mujahadah tersebut dipandang sama di sisi Allah.

Mata hati yang terang akan selalu dapat melihat jalan menuju Allah dalam setiap amal perbuatannya. Namun, butanya mata hati kita. Kerana peperiksaan, kita berusaha untuk mendapat keputusan cemerlang sehingga melakukan perkara yang dilarangNya. Allah s.w.t menyuruh kita tidak berlaku zalim dan menunaikan hak sesama muslim, namun kita mengingkarinya. Hubungan dengan masyarakat sekeliling tidak dijaga kerana peperiksaan, keputusan peperiksaan itu lebih penting buat kita.

Kononnya agar Islam dipandang hebat kerana kita hebat.

Kononnya mahukan ibu bapa redha kerana redha Allah itu pada kedua ibu bapa.

Redhakah Allah jika kita berlaku zalim pada orang lain? Tidak percayakah kita akan pertolonganNya?

Alangkah bodohnya kita. Nampak sangat tidak ikhlas kepada Allah. Sehinggakan sembahyang pun tergopoh-gapah kerana takut tidak sempat membaca buku untuk exam. Padahal berapa minit sangatlah yang diperlukan untuk menyempurnakan solat. Berapa lama sangatlah membaca Al-Quran berbanding masa kita melayan cerita korea. Berapa lama sangatlah kita berselawat atau bertahlil 100 kali sehari berbanding dengan melayan hawa nafsu tidur selepas subuh yang makruh itu.

Ingatlah, hebatnya kita di dunia tidak menjanjikan hebat juga kita di akhirat. Bahkan, mereka yang pernah dipandang rendah oleh kita itu mungkin sekali mendapat kemuliaan di sisi Allah, dan dibanggakan Allah akan orang tersebut kepada para malaikat dan sekalian makhlukNya yang lain. Bangganya Allah kerana hambaNya yang taat dan patuh padaNya, pada hambaNya yang tidak putus asa untuk mendapatkan cintaNya, pada hambaNya yang sanggup meninggalkan kesenangan hidup dunia keranaNya, pada hambaNya yang sanggup meninggalkan sifat takabbur dan sombong keranaNya dan pada hambaNya yang tidak melayan hawa nafsu keranaNya. Bukankah kita juga mahu tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat cinta Allah?

Oleh itu wahai sahabat-sahabat saudaraku sekalian, marilah kita bermujahadah untuk menjadi mukmin yang kuat, mukmin yang memanfaatkan mata kepalanya dan dapat melihat dengan mata hatinya. Mukmin yang akan melihat Allah adalah sebab untuk segala apa yang dilakukannya. Ingatlah, kita tidak tahu bila mati akan datang menjemput, maka mujahadahlah sepenuhnya untuk mendapatkan redha Allah.

Jom kita berusaha bersungguh-sungguh keranaNya.

Tak kira lah berapa banyak tugasan assignments yang masih bersisa dan berapa banyak perkara yang perlu diulangkaji serta betapa banyak urusan-urusan lain yang juga sama penting dengan study, itu semua adalah kurniaNya.

Remember this:

if ALLAH bring you to it, He will bring you through it....

Kalau rasa bosannya banyak kerja nak buat, cuba fikir betapa bosannya kalau TAK ada kerja nak buat?

Nikmati kesibukan ini dan gunakan nikmat ini untuk lebih dekat denganNYA. Dengan cara BERUSAHA KERANA NYA!




Point-point penting dari artikal di sini

p/s: menulis untuk peringatan kepada diri sendiri kerana yang menulis ini membacanya terlebih dahulu... artikal perkongsian sempena demam exam yang dah bermula (pelajar-pelajar di Australia khususnya)...

2 comments:

  1. alhamdulillah..syukran ya atas penulisan ini, memberi kekuatan kepada ana :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah jika secara tak langsung memberi kkuatan kpd ukhti, saya jgak mgharapkn yg sama utk diri ini... ^_^

    jzkk sudi snggah ke TZ ^_^

    ReplyDelete

Komen anda..